Nasihat untuk rakan-rakan MAS

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semua orang sudah maklum Malaysian Airline System Bhd (MAS) sudah menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya bermula 1 Jun 2015, disusuli surat tawaran kepada 14,000 kakitangan untuk menyertai entiti baharu Malaysian Airlines Bhd (MAB). 6000 kakitangan terpaksa meninggalkan MAB secara rela paksa dengan pengecilan operasi syarikat yang baru.

Dalam dunia korporat memang tiada yang akan kekal, berbagai kejadian pelik boleh berlaku tanpa dirancang. Aku pernah bekerja di KFC Malaysia sudah melalui pengalaman dipaksa berhenti kerja apabila syarikat besar tersebut diambil alih oleh syarikat lain. Dalam kes Malaysia Airlines Bhd lagilah sukar kerana syarikat asal MAS sudah ditutup kerana secara teknikalnya sudah muflis. Apa yang kita mampu buat setelah dipaksa berhenti melainkan redha dan meneruskan kehidupan tanpa rasa kesal.

Malaysian Airline System kini menjadi Malaysian Airlines Berhad.
Malaysia Airline System kini menjadi Malaysia Airlines Berhad.

Kepada rakan-rakan MAS yang diberhentikan kerja atau memilih untuk tidak menerima tawaran baru, perkara paling penting adalah menerima ketentuan ALLAH dengan rasa tenang dan redha. Ketenangan dan keredhaan menerima ujian ALLAH akan membuka seribu jalanan yang lain untuk kehidupan yang lebih berjaya. Aku dulu bersyukur sangat selepas diberhentikan oleh KFC Malaysia rezeki datang mencurah-curah. Kekadang kita tidak sangka bencana yang kita sangka rupanya menjadi permulaan kepada sebuah kejayaan yang tidak pernah kita mimpikan.

Apa yang aku buat dahulu setelah diberhentikan oleh KFC Malaysia adalah :

  1. Muhasabah keperluan ekonomi keluarga dengan menjual segala keperluan yang melebihi daripada kemampuan. Apalah nak dimalukan kalau terpaksa memandu kereta MyVi daripada sebelum itu memandu kereta Honda Accord. Jangan dikisah apa orang nak pandang pada kita tetapi yang penting kocek kita sentiasa berisi untuk menampung keperluan keluarga.
  2. Dapat nasihat daripada beberapa sahabat yang sudah berjaya apabila hendak memulakan bisnis dan pastikan jangan guna semua simpanan untuk bisnis tersebut. Modal bisnis mesti diasingkan dengan dana keperluan keluarga supaya keluarga tidak menjadi mangsa sekiranya perniagaan yang kita buat tidak menjadi.
  3. Berhati-hati dengan kawan-kawan yang sedia nak ngap duit kita dan apabila duit kita habis mereka akan lesap entah kemana.
  4. Rajin solat  istikharah insyaa Allah kita akan sentiasa dibantu oleh ALLAH untuk membuat keputusan yang terbaik.
Sahabat Zarul Umbrella dalam satu event blogger
Sahabat Zarul Umbrella dalam satu event blogger

Kepada rakan-rakan MAS jangan pernah menyesal dengan setiap ujian yang diberi ALLAH kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Terima dengan redha pasti ALLAH akan tunjukkan jalan yang lebih baik yang selama ini terselindung disebalik keselesaan yang ada. Tidak mustahil suatu hari nanti akan ada yang menjadi Jutawan kerana hari ini anda diberhentikan kerja. Semuga sahabat kami Zarul Umbrella tabah dengan ujian setelah bertugas berbelas tahun dengan MAS.

83 Comments

  1. tumpang sedih kat kawan-kawan yang diberhentikan kerja dari MAS tau… siapa yang pernah mengalaminya pasti akan faham bagaimana perasaan mereka… semoga mereka dimurahkan rezeki.. bumu Allah swt ni kan luas..
    Curahan rasa kak yatiadam @ ..SAKIT SELEPAS MAKAN VITAMIN.My Profile

  2. Memanglah ada hikmahnya, tapi kalau kena pecat usia 19 @ 29 thn tu ok lagi, ada peluang nak kerja kat tempat lain. Tapi kalau usia 39 thn kena “tendang” dari MAS, nak kerja apa?
    Memang ada kerja, bila ditanya pada kawan-kawan.
    Tapi nak menyesuaikan diri pada usia ni dengan kerja tu, maksudnya mula dari bawah bukan senang juga saudara-saudari sekalian.
    Ambil mudah, kerja “despatch”. Memang tak rasa malu nak buat. Tapi mampukah pantas dan bertahan lama macam mat-mat despatch lain.
    Apa pun, terima kasih sudi memberi pandangan dalam hal ni.

  3. Cool down dulu,ambik masa dalam 2 minggu dulu.Dekatkan diri kepada yang pencipta.Minta di beri petunjuk.Kalau dah ada duit VSS tu.,cuba cari peluang2 untuk memulakan perniagaan.Seeloknya biar ambil masa sikit untuk kaji potensi perniagaan tersebut.Nak berniagaa ni kena ada ilmu.Mungkin ada hikmah di sebalik pemberhentian ini.

    1. Duit pampasan VSS tidaklah sebanyak mana. Kerana majoriti yang tidak disambung perkhidmatan adalah mereka yang baru 3-6 tahun bekerja.. Dan pampasan akan mula dibayar pada bulan september..
      Curahan rasa Piratz @ ..Ulasan Penuh Xiaomi Mi 3My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!