Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semua orang sudah maklum Malaysian Airline System Bhd (MAS) sudah menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya bermula 1 Jun 2015, disusuli surat tawaran kepada 14,000 kakitangan untuk menyertai entiti baharu Malaysian Airlines Bhd (MAB). 6000 kakitangan terpaksa meninggalkan MAB secara rela paksa dengan pengecilan operasi syarikat yang baru.
Dalam dunia korporat memang tiada yang akan kekal, berbagai kejadian pelik boleh berlaku tanpa dirancang. Aku pernah bekerja di KFC Malaysia sudah melalui pengalaman dipaksa berhenti kerja apabila syarikat besar tersebut diambil alih oleh syarikat lain. Dalam kes Malaysia Airlines Bhd lagilah sukar kerana syarikat asal MAS sudah ditutup kerana secara teknikalnya sudah muflis. Apa yang kita mampu buat setelah dipaksa berhenti melainkan redha dan meneruskan kehidupan tanpa rasa kesal.
Kepada rakan-rakan MAS yang diberhentikan kerja atau memilih untuk tidak menerima tawaran baru, perkara paling penting adalah menerima ketentuan ALLAH dengan rasa tenang dan redha. Ketenangan dan keredhaan menerima ujian ALLAH akan membuka seribu jalanan yang lain untuk kehidupan yang lebih berjaya. Aku dulu bersyukur sangat selepas diberhentikan oleh KFC Malaysia rezeki datang mencurah-curah. Kekadang kita tidak sangka bencana yang kita sangka rupanya menjadi permulaan kepada sebuah kejayaan yang tidak pernah kita mimpikan.
Apa yang aku buat dahulu setelah diberhentikan oleh KFC Malaysia adalah :
- Muhasabah keperluan ekonomi keluarga dengan menjual segala keperluan yang melebihi daripada kemampuan. Apalah nak dimalukan kalau terpaksa memandu kereta MyVi daripada sebelum itu memandu kereta Honda Accord. Jangan dikisah apa orang nak pandang pada kita tetapi yang penting kocek kita sentiasa berisi untuk menampung keperluan keluarga.
- Dapat nasihat daripada beberapa sahabat yang sudah berjaya apabila hendak memulakan bisnis dan pastikan jangan guna semua simpanan untuk bisnis tersebut. Modal bisnis mesti diasingkan dengan dana keperluan keluarga supaya keluarga tidak menjadi mangsa sekiranya perniagaan yang kita buat tidak menjadi.
- Berhati-hati dengan kawan-kawan yang sedia nak ngap duit kita dan apabila duit kita habis mereka akan lesap entah kemana.
- Rajin solat istikharah insyaa Allah kita akan sentiasa dibantu oleh ALLAH untuk membuat keputusan yang terbaik.
Kepada rakan-rakan MAS jangan pernah menyesal dengan setiap ujian yang diberi ALLAH kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Terima dengan redha pasti ALLAH akan tunjukkan jalan yang lebih baik yang selama ini terselindung disebalik keselesaan yang ada. Tidak mustahil suatu hari nanti akan ada yang menjadi Jutawan kerana hari ini anda diberhentikan kerja. Semuga sahabat kami Zarul Umbrella tabah dengan ujian setelah bertugas berbelas tahun dengan MAS.
83 Comments
agak sukar menghadapi ujian begini..tetapi percayalah ada hikmahnya nanti..terus berdoa dan berusaha untuk membuat yang terbaik..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Peluang Terbaik Jana Pendapatan Kedua
memang kesian kepada 6000 keluarga yang terpaksa diberhentikan kerja. pampasan ada dapat x, kalau x dapat memang lagi naya
Curahan rasa Simkad OneXoX @ ..Beli Simkad OneXoX Secara Online Dari Saya
semoga mereka terus tabah menghadapi dugaan ini, dan rezeki sentiasa berpihak kepada mereka selepas ini.
Curahan rasa adarain @ ..Blogger Semakin Melampau Dalam Menyebarkan Maklumat
semoga ada peluang kerja di tempat lain, rezeki ada di mana mana asalkan kita berusaha.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Emel Susulan Untuk Bisnes Simkad
Semoga Allah permudahkan urusan mereka dalam membina kerjaya baru … life goes on.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Cara Dapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan
menjana side income atau mempunyai bisnes sampingan pada saya merupakan salah satu penyelamat untuk kita sekiranya kita berhadapan dengan situasi di atas sebab kita tidak dapat jangka apa akan jadi kepada keadaan kewangan kita di masa hadapan.
Curahan rasa kaki pelangi @ ..KENAPA SUSAH BERHENTI MEROKOK?
Bagi yg dah berkeluarga tu pasti dah kelan kabut mcm mana nak sara keluarga lepas ni. Semoga allah permudahkan urusan cari kerja baru
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kek Gulung Coklat Sedap dan Murah
Sedih jgk kalau jadi pekerja mas. Lepas ni mesti ramai yg nemohon airline lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kek Gulung Coklat Sedap dan Murah
bukan sedikit pekerja lelaki dan wanita yang diberhentikan, dan bukan semua di antara mereka ditawarkan kerja kembali.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Emel Susulan Untuk Bisnes Simkad
Semoga abang Zarul dan rakan2 lain yang terlibat tabah dan terus kuat untuk keluarga dan masa depan.
Semoga rezeki lain akan terbentang luas, InsyaAllah.
Curahan rasa EjamOthman @ ..Kerana PetPet Mahal Kita Tukar Diapex Pula.
semoga bekas pekerja MAS tabah dan tidak lemah dalam menghadapi dugaan ini.
walau apa-apa pun musibah yang melanda hidup mesti diteruskan. tak guna kalau nak mengeluh dan salahkan sesiapa. kita perlu usaha cari jalan penyelesaian. Semoga tabah pekerja MAS
Curahan rasa Mohd Rasul @ ..Kisah Kejayaan Pengasas Butik Bella Ammara
Tentu satu kejutan kerana setia kepada kerjaya yang satu dan tidak terfikir untuk merancang pelan luar jangkaan. Mungkin kesibukkan rutin bekerja menghalang untuk mencari sumber pendapatan sampingan. Beban yang berat ditanggung oleh mereka untuk meneruskan kehidupan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Bawa famili ke Royal Floria Putrajaya 2015
allahuakbar,
hanya mampu bg semangat dan semoga mereka tabah.
Ujian Allah.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Terima ketentuan dgn hati yang redha. Rezeki ada di mana2. Allah maha pemberi rezeki
Curahan rasa Explorasa @ ..Nasi Kukus Ayam Berempah RM3 dan Menu Sedap di U-Cafe Wangsa Walk Wangsa Maju
Comments are closed.