Saham Denaihati dibuka tinggi di bursa Empire Avenue

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, minat aku dalam pasaran saham memang sudah lama. Aku telah terlibat dalam jual beli saham di BSKL sejak tahun 1997, untung dan rugi sudah menjadi mainan. Menjadi cita-cita ramai ahli perniagaan untuk mengapungkan syarikat mereka di pasaran terbuka.

Melalui jemputan Ariff Shah akhirnya aku berjaya mengapungkan saham Denaihati di bursa Empire Avenue. Saham Denaihati dibuka tinggi pada harga e22 dan ini agak mengejudkan berbanding saham teman yang lain. Kenaikan harga saham di Empire Avenue bukanlah bergantung nilai perniagaan tetapi nilai aktiviti bersosial secara online berdasarkan aktiviti anda di Facebook, Twitter, Flicker, LinkedIn dan Youtube.

Empire Avenue tempat yang sesuai untuk menguji kehebatan anda bersosial. Yang paling menarik teman-teman boleh melabur dengan membeli mana saham yang dijangka berpotensi naik. Sudah pasti saham teman-teman yang kaki bersosial secara online menjadi rebutan apabila dibuka dengan harga rendah contohnya Mohd Isa yang dibuka pada e10 dan sekarang sudah kepada e24.96.

Nilai saham ada benar-benar dianalisa setelah seminggu saham kita diapungkan di Empire Avenue. Memang seronok bila melihat harga saham kita naik dan ramai yang membeli saham kita. Setakat ini sudah lebih 29 pemegang saham dalam dan luar negara membeli saham Denaihati dan pasti angka ini akan terus bertambah.

Kepada semua pengujung blog denaihati jom join Empire Avenue free je dan banyak perkara baru dan kenalan baru yang kita boleh jumpa 1Dunia. Aku menunggu waktu yang sesuai untuk membina komuniti sendiri Denaihati Network di Empire Avenue. Sesiapa yang join komuniti ini pasti yang pertama aku akan beli maksimum saham mereka…. Macam menarik tak?

Antara saham yang aku dah beli Ariff Shah, Ruhani Rabin, Kujie, Problogger, Ejam, RestnRileks, Mohdisa, Zara, eBay, Nico, Wazy, Marzie, Lizarazak, Eizil, Shamhardy, AmanF, Guyk, Moneytweet, Riccarda, Namie, Emila Yusof, Mizie, Scoop88, Menteil, Eyriqazz dan banyak lagi.

[ad#nuffnang336]

[ad#Adsense234x60]


Spread the love

76 Comments

    1. Dah connect dgn akaun facebook n twitter ke? Kalau dah ge ke akaun kawan n klik buy utk beli saham kawan2 esok lusa dah naik harga jual balik.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!