Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.
Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.
Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.
Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.
Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.
Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.
1,285 Comments
Walaupun ramai yang tidak berminat tetapi jika diusahakan bersungguh-sungguh pasti berjaya. Kalau berminat saja tetapi tidak diusahakan, bagaimana mahu dapat duit.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
Sesiapa yang rebut peluang keemasan yang ada, dialah yang paling bijak mengunakan kesempatan ini. Kalau tidak dapat banyak, sekurang-kurangnya kita dah berusaha, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
Ramai yang sudah berjaya, kita pula bila lagi. Takkan nak lihat orang lain bilang duit tiap-tiap hari, kita tengok saja.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
Banyak peluang yang ada sekarang ini. Jual produk sendiri, pasang iklan di blog, iklankan di Facebook, jadi agen affiliate, jual ebook dan sebagainya.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
Kalau tidak pandai buat secara online, cari ikon yang boleh dibuat rujukan. Pasti ada rahsia kenapa mereka berjaya.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
Yalah duit merupakan satu bentuk nilai yang tinggi nilainya sekarang ini. Kalau tiada duit, bagaimana nak beli sesuatu barangan. Jalan yang paling sesuai berniaga, yakni secara langsung dan secara online.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
Kalau dapat duitpun sekadar bekerja dengan kerajaan atau pun swasta. Tetapi begitu sukar nak dapat secara online kecuali yang betul-betul serius.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
hanya yang betul2 akena betul tahu selok belok bisnes online ni. baru boleh buat duit
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Duit merupakan sesuatu yang membolehkan kita membeli apa saja yang dikehendaki tetapi masih ramai yang tidak tahu cara nak dapat secara sampingan atau sepenuh masa.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
Semua orang mahu duit, kalau tak kerja mana mungkin dapat duit. Kerja bersungguh-sungguh barulah hasilnya positif.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Data Peribadi Pekerja Malaysia Diceroboh
Kalau dah tak yakin buat apa susah-susah nak mencuba. Kita kena yakin barulah semua kerja menjadi.
nak buat duit skng ni macam-macam peluang ada, cuma kena rajin cari je. yg paling penting biarlah mematuhi syariah
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Mealshake Bantu Anak Ekzema
macam kenal je Mak Jemah Jual Vitamin ni..salam kak hanum..kalau akak tengok blog saya mesti kenal punye..hehehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Huawei Honor Tablet
betul. sekarang ni macam macam medium boleh buat duit. kalau bijak boleh kaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
gandaan dua tengok ja kecil kalau ramai join beribu-ribu dapat rezeki allah kan dengan usaha ja..berkat tu..
Curahan rasa adna2029 @ ..Handphone Punya Pasai
hari ini dapat lagi duit komisen.
kalau hari-hari macam ini kan best..
hehe..
lima ribu satu..lima ribu dua..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 21 dari Ashadee.com
hebat en titan. jeles betul tengok jumlah komisen kat blog. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Untuk berjaya kita harus ketepikan rasa malu dan segan. Berusaha sampai berjaya
Curahan rasa myra @ ..Terima Barang dari Luar Negara Tetapi ditahan Kastam, apa perlu saya buat?
Buat duit dengan blog ni kalau kena cara memang lumayan. Dapat la jana pendapatan sampingan untuk menampung kos isi rumah.
Curahan rasa Mohd Norzali @ ..Google Street View
klau dapat sikit pun takpe. kalau lepas untuk bayar bil letrik pun jadi la. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Comments are closed.