Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.
Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.
Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.
Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.
Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.
Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.
1,285 Comments
Setiap yang berjaya mesti suatu masa dahulu pernah gagal. Jadikan kegagalan satu cabaran untuk maju ke depan. Reminder to myself 🙂
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..ESP kudapan terbaik wanita hamil
Betul tu, yang penting kita jangan berputus asa dan menyerah kalah. Berusaha teruslah agar berjaya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Patience
mesti yakin dan tidak berputus asa. insyaAllah boleh berjaya juga macam orang lain. kalau sendiri tak yakin buatlah cara hidup biasa, tak bolehlah jadi luar biasa.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Manfaat Ibadah Korban
Baru kita boleh berjaya kalau kita yakin dengan apa yang kita buat dan tidak berputus asa ni.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Patience
mesti yakin nak buat duit..kalau tak yakin tak akan dapat punya…orang kata macam tu
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bagaimana Nak Ajak Isteri Bermesra?
Alhamdulillah, sekarang dapat juga buat duit dari blogging ini untuk kegunaan pembelajaran di universiti. dah 3 semester dah tak minta satu sen pun dari ibubapa. Alhamdulillah 🙂
Curahan rasa amirnawawi @ ..Buat Duit Dengan Blog
Alhamdulillah rezeki.
gunakan kebijaksanaan yang ada untuk menjana wang sendiri. untuk mak ayah awak 🙂
Curahan rasa sekilass @ ..Sudah seminggu berlalu. Rindu pula rasanya.
seronok kalau kita dapat duit dengan berblog tapi ia bukannya mudah, kerana perlukan kesungguhan dan kekuatan untuk berjaya serta tidak kenal erti putus asa.
Curahan rasa iuzira @ ..Menangi Loket Emas 916 : Peraduan Blog Kedai Emas DuaLogam Merlimau
Kata orang sekali gagal bukan selamanya gagal, ada masanya kita kana berjaya juga. Usahalah hingga berjaya tetapi syaratnya kena mula dangan langkah pertama.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
jika gagal tu bermakna ada kelamahan yg perlu diperbaiki. syaratnya jangan putus asa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Peraturan Baru Cermin Gelap 2014
Kalaulah dapat satu kali income di blog, pasti berkobar-kobar nak mula lebih serius. Mongkin juga kena jual jenama blog kita dahulu.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
benda yang paling exited adalah tengok komisen pertama masuk. pergh
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Sangat mudah nak dapat duit dengan blog kecuali orang-orang yang tidak kenal erti gagal saja yang boleh dapat. Anda semua bagaimana pula?
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
Bukan mudah nak dapat duit dengan blog kecuali orang-orang yang tidak kenal erti gagal saja yang boleh dapat.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
Kebanyakan kita rasa tidak yakin pada didri sendiri, itulah punca utama kita sering gagal.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
Tidak yakin pada diri sendiri yang menjadi masalah terhadap diri kita. Kenapa orang boleh saja tapi kita serba tak menjadi.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
Nampak senang nak dapatkan duit melalui blog tetapi dah buat tak dapat duit juga. Apalah rahsia orang yang dah berjaya?
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
rahsia orang berjaya adalah tak mudah putus asa dan sentiasa bersyukur
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Nak buat duit kena yakin…kalau sentiasa takut dan tak berani ambil risiko, itulah masalahnya..susah nak bermula.
http://www.bondasihat.com
nak buat bisnes apa apa pun kena ambik risiko. tapi itu lah nak mula tu memang susah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
dalam semua perkara kita semua perlu yakin…kalau tak semua barang tak akan jadi punya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Alangkah Nikmatnya Ada Ujian Kehidupan
betul. yakin mesti ada. klu tak yakin, jangan buat pape. memang takkan jadi, kecuali luck 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Dah lama dah follow blog Cikgu Titan tu tapi sampai sekarang tak sepower beliau
Curahan rasa Siti travelog @ ..5 apps berguna untuk melancong
Comments are closed.