Murtad

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serbu Gereja sedang panas ni dan ini isu sensitif yang akhirnya bagi aku Islam akan tewas hanya kerana kuasa politik. Isu Murtad di kalangan umat Islam Malaysia sudah lama diperkatakan tetapi sering disampingkan kerana hendak menjaga hati agama lain.

Petikan Utusan Online : ” Dakwaan mengatakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya malam Rabu lalu mendapati ada bukti penyebaran agama lain ke atas penganut Islam sebagai cukup serius sekiranya ia benar.”

Ada yang kata 12 umat Islam yang ditangkap berada di dalam Gereja ketika itu sudah terhutang budi kerana menerima bantuan kewangan daripada Gereja tersebut. Ini isu biasa yang kita dengar bukan sahaja di Malaysia tetapi Indonesia dan negara Islam yang lain. Kemiskinan boleh menyebabkan Murtad.

Bagi aku kejadian ini berlalu kerana kegagalan pemimpin Islam memimpin umah dan sibuk mengejar kuasa. Tidak kurang ramainya pemimpin Islam yang tinggi ilmunya memandang remeh soal ini sehingga menyukarkan umat Islam yang bermasalah untuk meminta bantuan sehingga mereka mencari jalan lain yang lebih mudah. Orang tua kata ada budi ada balasannya. Takkanlah setelah mereka yang bukan Islam membantu umat islam kemudian dibiarkan begitu sahaja.

Mungkinkah fenomena Murtad ini berlaku akibat kegagalan pemimpin Islam dan Ulama menjadi tempat rujukan untuk menyelesaikan masalah umah. Pihak lain memang setiasa mencari peluang kelemahan Islam dan umat Islam sendiri tiada usaha untuk meningkatkan kemampuan malah semakin berpecah. Apa pandangan rakan blogger?


Spread the love

117 Comments

  1. Ini disebabkan iman yang lemah. Kemiskinan menjadi syaitan ke2 menggoda iman yang lemah. Sebab ke2 ialah ‘orang atas’ tidak memainkan peranan memberi kesedaran iman pada ‘orang bawah’. Menguatkan iman bukan hanya peranan empunya diri, pentadbir juga wajib menyekat ruang yang boleh menggugat iman orang yang ditadbirnya.

  2. permasalahan pokok kepada isu ini adalah ke mana perginya agihan wang zakat yang dikutip setiap tahun?
    wang zakat dikutip utk dibelanjakan dan menjadikan umat Islam berdaya saing di kalangan bukan Islam, bukannya untuk disimpan dan digunakan utk projek2 yg xbermanafaat.
    kalau ikut apa yg aku dengar dlm satu kuliah, wang zakat ni perlu diberikan kpd muslim sehingga muslim tu menjadi kaya. kalau nak berniaga, berikan duit zakat sbg modal. kelak bila dpt rezeki, beliau akan keluarkan smula zakat yg diperoleh drpd rezeki berniaga itu utk menolong muslim yg lain
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..The Strand Craft 122: Super Bot Yang Memuatkan Super CarMy Profile

    1. Iya aku sokong ER….
      Duit zakat memang hampir sentiasa kena PUMP IN oleh orang Islam yang bayar zakat. Tapi kaedah menyalur dia mcm xberkesan. Kebanyakan nampak macam investmenet untuk menambahkan lagi duit tu.
      Kalaulah umat Islam miskin mendapat bantuan semewah apa yg agama lain boleh bagi, kompem isu murtad akibat miskin xdak.
      Curahan rasa lAl @ ..Misai Charlie.My Profile

  3. Memangnya kemiskinan boleh menyebabkan berlakunya murtad..biasanya golongan2 agama ini akan masuk ke kampung2 dan menawarkan pelbagai bentuk bantuan..dan impaknya penduduk kampung atau orang ramai akan membuat persepsi baik terhadap agama ini..

    pemberian zakat misalnya..ada golongan yang layak mendapat bantuan zakat tapi atas alasan2 tertentu tidak menepati kriteria2 yang sepatutnya permohonan mereka ditolak sedangkan selayaknya mereka mendapat bantuan tersebut..

    akibatnya golongan gereja mengambil kesempatan atas kesempitan dgn menghulurkan bantuan yang tidak seberapa..hasilnya ramai orang Islam MURTAD…
    Curahan rasa princessmia @ ..Make money on Twitter & FB.Bring your friends to sign up today.My Profile

  4. jika dipikir secara universal ini bukan hanya kegagalan para Pemimpin dan ulama tapi kegagalan seluruh umat Islam , karena sejak keruntuhan khalifah terakhir yang di runtuhkan Mustapha Kemal Attarturk di Turki maka tiada lagi pemersatu umat islam , malahan mereka saling memerangi dan hidup tidak lagi berdasarkan Al qur’an dan Sunnah padahal hanya Kedua hal tersebut lah tempat kita seharusnya berpegang teguh agar tidak bercerai berai
    Curahan rasa munir ardi @ ..Easy methods to Educate The kids to save MoneyMy Profile

        1. Akidah mudah terpesong apabila ibubapa tidak mengenalkan anak dengan ALLAH sejak kecil. Cuba kita tanya anak-anak, siapa yang beri sihat? Selepas yang beri sedap makanan? Siapa yang jadikan kita pandai? dan lain-lain soalan. sekiranyanya jawaban nya ALLAH yang bagi sihat, ALLAH yang bagi sedap, ALLAH yang bagi segalanya maka itu lah akidah yang benar. Tetapi berapa ramai?

  5. kebenaran yang perlu kita tempuh. pendapat aku, kita kena fikir dari akar seseorang itu dididik.

    aku pernah berdepan dengan situasi dimana seorang wanita yang hampir memeluk agama lain di salah sebuah felda di kota tinggi.

    tak pernah terfikir dikawasan kampung pun ada kes-kes macam tu. bayangkan betapa lemahnya sistem didikan dirumah yang secara tak langsung sebabkan mangsa membesar dalam keadaan keliru.

    apatah lagi dalam kesusahan, ada yang datang membantu!
    Curahan rasa megat @ ..Perniagaan kebab dan Joe Satriani!?My Profile

    1. Bro banyak juga kes anak2 lepasan madrasah yg mendapat didikan agama yang menukar agama begItulah apabila Allah tarik hidayah kerana itu kita sentiasa kena berdoa semuga Allah swt tidak tarik nikmat Islam dari diri kita.

  6. rasanya kita tak boleh salahkan 100% kepada ulama..pendekatan Islam lain dari Kristian…Orang Kristian sogok dengan harta benda untuk pengaruh orang orang Islam tapi Islam lebih kepada dakwah mendekatkan manusia kepada Allah…Sebab tu kita tak boleh hanya pandang pada harta benda saje..
    Curahan rasa faiz @ ..Kisah Budak Penjual KuihMy Profile

    1. Ada kebenarannya tapi kena ingat Islam ada zakat masalahnya bagaimana zakat ini diuruskan sehingga ianya mudah diperolehi oleh mereka yg betul2 memerlukan tanpa melalui proses yg panjang. Soalnya pengurusan institusi agama seperti pusat zakat tu pun banyak kerenahnya. Itu belum lagi orang kaya Islam yg tidak membantu umah.

  7. masalah aliran masuk keluar duit kutipan zakat.

    adakah orang yg btul2 layak mndapat bantuan? sedangkn ada lagi yang sebetul-betulnya susah masih tak dapat walau dibuat beratus kali permohonan

    alasannya, borang diisi tidak lengkap untuk membolehkn penerimaan zakat.

    kenapa tidak pemimpin turun padang tgk sndiri keadaan rakyat. takkan perlu rakyat meminta-minta, sedangkn pihak yg bertngung jwab dok diam di ofis, tngu nak sign borang.

    bila berlakunya propagnda kristian, orang islam yang terdesak akan tertipu dengan dakyah mereka. kerana adanya ganjaran bagi setiap penganut baru.

    mungkin bukan 100% salah pihak berwajib, tetapi skurg2nya hal sekecil ini diambil berat.
    Curahan rasa Encik ji @ ..Perempuan bajet kutuk perempuan freehairMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!