Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serbu Gereja sedang panas ni dan ini isu sensitif yang akhirnya bagi aku Islam akan tewas hanya kerana kuasa politik. Isu Murtad di kalangan umat Islam Malaysia sudah lama diperkatakan tetapi sering disampingkan kerana hendak menjaga hati agama lain.
Petikan Utusan Online : ” Dakwaan mengatakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya malam Rabu lalu mendapati ada bukti penyebaran agama lain ke atas penganut Islam sebagai cukup serius sekiranya ia benar.”
Ada yang kata 12 umat Islam yang ditangkap berada di dalam Gereja ketika itu sudah terhutang budi kerana menerima bantuan kewangan daripada Gereja tersebut. Ini isu biasa yang kita dengar bukan sahaja di Malaysia tetapi Indonesia dan negara Islam yang lain. Kemiskinan boleh menyebabkan Murtad.
Bagi aku kejadian ini berlalu kerana kegagalan pemimpin Islam memimpin umah dan sibuk mengejar kuasa. Tidak kurang ramainya pemimpin Islam yang tinggi ilmunya memandang remeh soal ini sehingga menyukarkan umat Islam yang bermasalah untuk meminta bantuan sehingga mereka mencari jalan lain yang lebih mudah. Orang tua kata ada budi ada balasannya. Takkanlah setelah mereka yang bukan Islam membantu umat islam kemudian dibiarkan begitu sahaja.
Mungkinkah fenomena Murtad ini berlaku akibat kegagalan pemimpin Islam dan Ulama menjadi tempat rujukan untuk menyelesaikan masalah umah. Pihak lain memang setiasa mencari peluang kelemahan Islam dan umat Islam sendiri tiada usaha untuk meningkatkan kemampuan malah semakin berpecah. Apa pandangan rakan blogger?
117 Comments
duitduitduitduitduitduit…tu semua duit.!!!!
Curahan rasa sukacuka @ ..Payudara idaman kaum hawa
yang salah ialah pemimpin. dan orang ramai. semua duk nampak benda ni dari perspektif politik. ramai yang condemn tindakan JAIS sebab nak jaga hati kaum lain. tapi sensitiviti umat Islam siapa yang jaga? dan boleh tengok sendiri apa yang berlaku kepada orang yang berusaha untuk jaga umah, jaga sensitiviti umat Islam.
umat Islam diperkotak-katikkan umat sendiri. isu orang murtad pun tak mampu nak bersatu. apatah lagi nak bersatu menentang penindasan orang bukan Islam terhadap saudara kita di tempat lain, macam Palestin contohnya.
Curahan rasa Nasih @ ..Hello, Dunia
Rasa-rasanya ramai dah tahu kisah orang islam yang murtad yang selalu menghadirikan diri kat gereja sekitar PJ,namun bukti masih tak diperolehi. Tak siapa berani untuk memaparkan bukti kecuali kisah terbaru dimana JAIS telah menyerbu gereja setelah bukti diperolehi.
Ada bukti pun masih tak boleh nak disettlekan,kena menjawab pulak tuh..Jadi siapakah yang harus dipersalahkan? Sedih, Sekira berterusan nampaknya usaha untuk memurtadkan orang islam semakin lama semakin terbuka..Nauzubillah
Malangkan Islam ni yang sepatutnya lebih tinggi martabatnya dari politik tetapi telah dijadikan sebagai isu politik untuk meraih kuasa. Allah swt sedang melihat drama kita ni.
ish bahaya ni, hal hal yang macam ni la boleh gugatkan iman seseorang tu..
KA harap ada tindakan susulan
Curahan rasa Kamarul Azri™ @ ..Misi advertlets dan KA
Mudah-mudahan masalah ini dapat diatas dengan segera.
Curahan rasa anastasyea @ ..Pertandingan Hias Laman Web/Blog Dengan Jalur Gemilang Dan Menang Hadiah Berjumlah RM7,500 !
Semoga saja tidak ada dari kalangan kita yang Murtad
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Lapar Yang Membawa Hikmah
Murtad adalah suatu fenomena yang maha dahsyat. Murtad menjual keimanan dengan kekufuran. Orang yang beriman adalah orang yang di dalam cahaya yang terang dan orang yang kafir adalah orang yang berada didalam kegelapan. Maka orang yang memeluk Islam adalah orang yang dibimbing ALLah Taala keluar dari kegelapan menuju cahaya dan orang yang murtad adalah orang yang dibimbing Syaithan keluar dari cahaya masuk kedalam gelap dzulmat.
Biasa juga kita dengan Murtad karena cinta, merupakan fenomena ironis yang sekian banyak telah terjadi, menambah daftar dosa-dosa para pemburu cinta. Murtad karena cinta, merupakan “kejahatan spiritual” yang layak dicela. Karena, Islam ini menuntunkan keistiqamahan dalam beragama.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Links for 2011-08-04 [del.icio.us]
“Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (QS Al-Baqarah : 217)
sedangkan Khalifah Abu Bakar memerangi puak yang murtad dan halal darah mereka untuk dibunuh
Curahan rasa ekspresiruang @ ..The Strand Craft 122: Super Bot Yang Memuatkan Super Car
Murtad tu Tak boleh… betol3
Curahan rasa Cerpen @ ..Secret Garden
banyak sebab..pemimpin, institusi keluarga, sekolah dan yg paling penting diri sendiri..hurmm
Curahan rasa miss lyzeer @ ..Give Away " Saya Giler Bola"
sebelum fenomena ni semakin meruncing, pemimpin bersama rakyat perlu sedar dan mengambil langkah bersama.
Curahan rasa SS @ ..Pertandingan Menghias Blog Sempena Bulan Kemerdekaan
pemimpin Islam yg kaya raya terus kaya, dan menindas orang islam sendiri.
banyak di negara2/tempat2 penduduk islam miskin, org2 dari agama lainlah yg akan hulurkan bantuan kewangan dan membantu org Islam. Sepatutnya org Islam sedar bahawa ia juga merupakan satu cara utk mereka “menarik” org Islam untuk murtad. Nau’zubillah
Curahan rasa Affan @ ..Kartun Comel: Renungan Ramadhan {Bahagian 1}
Contoh di Kemboja orang Islam yang kaya raya memberi gaji yang sedikit kepada pekerja Islam walaupun kekayaan mereka membolehkan mereka memberi gaji yg lebih akhirnya umat Islam kemboja meminta2 di seluruh dunia.
perkara ini dah lama terjadi pada umat ISLAM
manusia yang lemah akan meminta pertolongan
pada manusia lain tanpa cuba berusaha
mencari jalan keluar… akhirnya agama
menjadi tawaran…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Sekadar ingatan untuk diri
ada betulnya salah pemimpin…mcm mana masyarakat x hilang kepercayaan.. yg alaim ulama bukan membantu mendorong ke arah kebaikan..
kadang-kala, mereka yg lebih buat salahnya…banyak dah isu libatkan agama diperkotak-katikkan… sighhh….
Curahan rasa hakimfaridzul @ ..Resepi Biskut Raya Sepanjang Zaman.
kefakiran membawa kepada kekafiran..ada kes di terengganu,ibu tunggal mohon bantuan untuk bawa anak ke hospital tapi ditolak pejabat zakat atas alasan tertentu.akhirnya ada gereja yg memberikan bantuan.bila ditanya ibu tunggal itu,apakah akidahnya sudah terpesong.jawabnya belum.tapi tak mustahil andai orang islam sendiri gagal membantunya…
Curahan rasa izwannizam @ ..Sebelum dan Selepas
baca gak bde nieh
seram n tkt dgr
Curahan rasa akmalhilmi @ ..LAGI BEST BERAYA DENGAN PERODUA ALZA
Kalau baca statistik lagi seram
Allah itu Maha Adil. Statistik orang Barat yang masuk Islam lagi ramai daripada orang Islam di yang murtad di nusantara ini. sumber dari satu ceramah agama.
Curahan rasa ub3y @ ..Tiga Perkara Tak Best Di Bulan Ramadhan!
di Inggris dan Amerika ramai orang masuk islam sejak peristiwa WTC tapi di bagian lain pula negara Islam saling memerangi dengan saudara mereka sendiri
Curahan rasa munir ardi @ ..Easy methods to Educate The kids to save Money
kegagalan pemimpin Islam dan Ulama menjadi tempat rujukan untuk menyelesaikan masalah umah la rasanya.
Comments are closed.