Murtad

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serbu Gereja sedang panas ni dan ini isu sensitif yang akhirnya bagi aku Islam akan tewas hanya kerana kuasa politik. Isu Murtad di kalangan umat Islam Malaysia sudah lama diperkatakan tetapi sering disampingkan kerana hendak menjaga hati agama lain.

Petikan Utusan Online : ” Dakwaan mengatakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya malam Rabu lalu mendapati ada bukti penyebaran agama lain ke atas penganut Islam sebagai cukup serius sekiranya ia benar.”

Ada yang kata 12 umat Islam yang ditangkap berada di dalam Gereja ketika itu sudah terhutang budi kerana menerima bantuan kewangan daripada Gereja tersebut. Ini isu biasa yang kita dengar bukan sahaja di Malaysia tetapi Indonesia dan negara Islam yang lain. Kemiskinan boleh menyebabkan Murtad.

Bagi aku kejadian ini berlalu kerana kegagalan pemimpin Islam memimpin umah dan sibuk mengejar kuasa. Tidak kurang ramainya pemimpin Islam yang tinggi ilmunya memandang remeh soal ini sehingga menyukarkan umat Islam yang bermasalah untuk meminta bantuan sehingga mereka mencari jalan lain yang lebih mudah. Orang tua kata ada budi ada balasannya. Takkanlah setelah mereka yang bukan Islam membantu umat islam kemudian dibiarkan begitu sahaja.

Mungkinkah fenomena Murtad ini berlaku akibat kegagalan pemimpin Islam dan Ulama menjadi tempat rujukan untuk menyelesaikan masalah umah. Pihak lain memang setiasa mencari peluang kelemahan Islam dan umat Islam sendiri tiada usaha untuk meningkatkan kemampuan malah semakin berpecah. Apa pandangan rakan blogger?


Spread the love

117 Comments

  1. Aku sokong tindakan Hasan Ali,tapi pelik masih ada orang islam yg mempertikaikan tindakan hasan ali..biarkan JAIS melakukan siasatan dan beritakan kenyataan mereka,tanpa sebarang tekanan.

    Aku setuju pengurusan zakat,mungkin bermasalah.Karenah birokrasi yang tah apa apa.Rasanya mungkin boleh mohon penjelasan kerajaan negeri berhubung zakat ini.

    Apa yang aku nampak,mungkin pengajaran yg boleh di sini,kita harus tgk gerak kerja dakyah kristian ni.Mereka turun padang,mencari orang,memberi bantuan,sebarkan pemikiran mereka..

    Tapi kita umat islam,kadang2 mendakwa sudahpun berdakwah dgn sekadar duduk depan laptop.(dgn share2 link bermanfaat).ini adalah baik,ttp lebih baik kita sama sama turun kepada masyarakat.sentuh mereka secara fardhi.

    moga moga masalah ini dapat diatasi.

    aku tak suke bila isu agama dipolitikkan.JAIS,penggunaan kalimah Allah,masjid dan gereja disabotaj.Fitnah akhir zaman mungkin.

    salam ziarah..
    Curahan rasa aminbaek @ ..~Suatu petang yang indah~My Profile

  2. Saya terkejut apabila penceramah bebas bekas penganut Kristain telah memeluk islam ada memberitahu dia pernah bekerja pusat zakat dan ada menyentuh mengenai kelewatan pengagihan wang zakat dan zakat fitrah kepada asnaf antaranya pengurusan tidak cekap dan ada segelintir amil lewat menghantar kutipan zakat fitrah kepada pusat zakat.

    Saya hanya mendengar disebelah pihak sahaja. Kalau betul sesuatu perlu dilakukan untuk menjadi sistem pengurusan dan pengagihan lebih efektif dan berkesan suapaya dana tersebut disalurkan dengan cepat dan tepat kerana yang miskin akan melarat.

  3. kalau serbu tu dengan niat nak tunjuk kuasa dan seolah-olah membela Islam rasa tak payah.. peranan Masjid dan Surau perlu dikuatkan setanding dengan peranan Gereja tu.. kenapa orang terhutang budi pun dah dijawab.. tak hairan ada orang pernah cakap duit tabung masjid sekadar menunjukkan jumlah beribu2 dipapan kenyataan sahaja tapi salurannya tak tahu kemana.. Moga pemimpin sedar isu ini bukan berkenaan kuasa siapa hebat dan sebagainya..

    1. 1. Isu penyebaran agama kristian kepada umat Islam dengan menyatakan kristian dan Islam sama sahaja dah lama kita dengar dan ini mungkin kejadian ini pertunjuk yang Allah nak tunjukkan kepada kita semua. Aku menyokong tindakan ini supaya Islam tidak dilihat lemah oleh pihak yang lain dan mereka akan lebih rasa gentar untuk meneruskan aktiviti yang dah bertahun jadi barah.

      2. Banyak yang memperkatakan duit zakat dan komen bro yang pertama bawa isu tabung masjid. aku sangat bersetuju kerana masjid mewakili kawasan yg lebih dekat dengan masyarakat.
      Curahan rasa denaihati @ ..Datuk Dr Hasan Mohd Ali aku di belakang anda dan mungkin ramai lagi My Profile

  4. Orang2 di pejabat agama sibuk melabelkan si anu wahabi, si anu shi’ah. Memang senang kita yg duduk di kerusi empuk depan komputer berkata2 kena kuat iman bla bla bla, tapi kalau keperluan asas tiada, tak tentu makan atau tidak hari tu, bagaimana utk tumpu perhatian kpd agama? Orang yg datang dari jauh mohon zakat, lepas tu disuruh datang balik utk dapatkan tandatangan atau cop mohor orang2 tertentu utk pengesahan dsbnya. Camano tu?

    Isu murtad dan pendakwah Kristian satu isu hangat dalam 10 tahun lepas kalau tak silap. Ada rakan berjogging di Bukit Kiara pernah didatangi oleh seorang mengajak hadiri jamuan. Fuh, Dato Datin pun ada. Rupanya, akhir2nya cerita pasal Kristian (sama dgn Islam bla bla bla). Katanya kawan tu, memang pandai mereka berkata2. Kalau tak kuat iman, memang terjerumus.

  5. Contoh di Kemboja orang Islam yang kaya raya memberi gaji yang sedikit kepada pekerja Islam walaupun kekayaan mereka membolehkan mereka memberi gaji yg lebih akhirnya umat Islam kemboja meminta2 di seluruh dunia.

  6. Kita ditakutkan dengan andaian ‘sekiranya undang2 islam dilaksanakan, bagaimana pula dengan agama-agama lain?’ Padahal, dibawah undang-undang islam hak-hak agama lain terjaga rapi, kita ditakutkan dengan unsur agama tidak bertoleransi, padahal tunggak kepimpinan Nabi Muhammad di Madinah adalah toleransi agama. Pemimpin tertolak dengan idealisme itu, bimbang dilabel ‘terlalu melebihkan agama’. apa salah melebihkan agama? sudah tentu tidak. untuk rakyat pula, kebanyakannya menjauh dari ulama kerana risau sangat dihakimi, tidak sembahyang nak datang jumpa imam, apakah salah berjumpa imam? mentaliti pemimpin dan mentaliti rakyat harus sama2 diperbaiki, bukan sahaja lebih terbuka, tetapi juga lebih mementingkan agama.

  7. kerajaan negeri selangor sendiri meminta semua ahlinya berdiam diri dahulu sehingga kebenaran terbongkor…itu cara bijak…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!