Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah setelah berbulan-bulan merancang bersama Eizil akhirnya blog Denaihati tampil dengan muka blog baru yang lebih mengikut trend semasa.
Make over blog Denaihati adalah make over yang ke empat semenjak berpindah ke platform WordPress. Perubahan paparan baru ini adalah perubahan sempena bakal menyambut ulang tahun ke lima blog Denaihati berada di persada alam maya. Kalau pembaca melihat archives Denaihati pasti dapat mengimbau entri pertama blog Denaihati lima tahun lepas ketika itu di platform blogspot pada 13/7/2008.
“Yang ditunggu sudah tiba > Teknik Buat Duit dengan Affiliate dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu”
Muka blog baru Denaihati ini bukan sekadar penampilan design yang berbeza tetapi akan menambah berbagai fasiliti yang akan memberi kepuasan kepada PEMBACA SETIA. Antara projek baru Denaihati adalah Kedai Denaihati yang akan menjual berbagai produk fizikal dan eBook keluaran team Denaihati. Di masa akan datang Kedai Denaihati akan dibuka kepada Rakan Denaihati untuk memasarkan produk dengan yuran yang minima.
Paparan [tooltip text=”Paparan galeri gambar juga telah dikemaskini untuk memudahkan anda untuk melihat gambar-gambar yang terdapat dalam sesuatu artikel”]Galeri Gambar[/tooltip]
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/06/theme-baru-denaihati-2013-top.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/06/theme-baru-denaihati-2013-footer.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/06/theme-baru-denaihati-2013-bottom.jpg[/imagetab]
[/tabs]
[one_half]
Theme ini dibina dengan memikirkan keselesaan pembaca sebagai perkara utama yang perlu dicapai.
[/one_half]
Dalam tempoh enam bulan ke hadapan berbagai sistem baru akan diintergerasi secara berperingkat di blog Denaihati. Blog Denaihati bukan sahaja sebuah blog personal tetapi bakal menjadi sebuah platform yang akan memberi kenikmatan baru kepada Rakan Blogger.
Semuga muka blog baru dengan button sosial media yang berbeza akan menjadi pencentus baru kepada Rakan Blogger untuk menyebarkan setiap artikel baru yang dikongsikan dan menjadikan motivasi Rakan Blogger untuk lebih bersungguh-sungguh menjadi Blogger profesional yang boleh dijadikan sebagai kerjaya.
Terima kasih kepada Eizil dan team Denaihati yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Jutaan terima kasih juga kepada semua Pembaca Setia yang sentiasa bersama walaupun kekadang server error. Tunggukan berbagai insentif yang akan diumumkan khas untuk semua.
Penghargaan yang tidak terhingga kepada pembaca setia sehingga blog Denaihati mencapai berbagai penghargaan antaranya Best of the best blog 2012, Most creative blog 2013 dan terkini top 3 DiGiwwwow Blogger of the year. Ini adalah motivasi kepada perubahan terbaru ini. Sila kongsikan cadangan dan komen yang boleh meningkatkan kualiti blog Denaihati. Mohon juga cadangan idea baru yang boleh dilaksanakan oleh blog Denaihati untuk kemudahan pembaca setia.
Sebagai menghargai Rakan Denaihati, RM100 akan diberi kepada 20 review muka blog baru Denaihati yang melebihi 300 perkataan dengan beberapa gambar screenshot. Sila jadi 20 yang pertama menulis entri review muka blog baru Denaihati dan tinggalkan link entri review di SINI.
105 Comments
alhamdulillah, semoga terus success 🙂
Curahan rasa Zuan @ ..Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434 Hijrah Kepada Semua
terbaiklah design baru ni..rasa lagi best..
Curahan rasa Berita Harian @ ..Syarat Permohonan Guru Minimum SPM 7A (Semenangjung ) & SPM 5A (Sabah & Sarawak).Respon Anda?
wah.. ini sangat menarik…
Curahan rasa boni ultra kacak @ ..Program Sambutan Ramadhan Anak Muda
Err bagi jer rm100 tu x boleh ka bang…he he
Curahan rasa weschairs @ ..Guide to speak malay (2)
Cantik, elegant dan memudahkan bagi pengunjung serta pembaca blog DH
cantik tn.. sangat kemas dan senang nak baca
Curahan rasa myvitrd @ ..Ada Rezeki Tahun 2047 Baru dapat Tunai Haji
Perghh.. memang nice la Bro DH..
x serabut.. simple dan berteknologi gtu..
hehe
Curahan rasa Fakarepain @ ..KELEBIHAN SETIAP HARI DI BULAN RAMADHAN
tahniah DH dan team, reka bentuk blog yg lebih kemas dan pro..
sebelum ni biasa dgn 3 kolum, rite? skrg 2 kolum…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Jalan-jalan Sabah – Day 2
pilihan theme yang sangat bagus nie sebab loadingnya cepat dan lagi enak di mata
kedepannya makin sukses 🙂
Curahan rasa Rina As @ ..How To Create jQuery Featured Content Slider For Website
Cantik dan mudah utk membaca.
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Review muka blog baru Denaihati
perubahan yang menawan tuan , semoga blog den satu hari nanti dapat guna theme cantik-cantik macam nih…:)
Curahan rasa papa mifz @ ..Toon Toon Toon Keretapi Berbunyi
Senang nak akses..paparan pun cantik..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Jom Kita Puasa Esok Haris
Tahniah bro, ni theme user friendly…..
Curahan rasa hafiz @ ..Jadual berbuka puasa dan imsak bagi negeri Johor
Terbaik….kemas, pantas dan trending….
Curahan rasa Perling Putih @ ..Skim ‘1Pelajar1Laptop’ Kementerian Pendidikan 2014
Selama ni jadi silent reader je kat sini..theme ni ‘more freindly user’ dari yang sebelum ni.
Tahniah Denaihati 🙂
Curahan rasa Shukor @ ..Selamat Tahun Baru 2012!
Sorry, typo error…‘more friendly user’
Curahan rasa Shukor @ ..Selamat Tahun Baru 2012!
Comments are closed.