Blog Emilayusof.com menang Peugeot 308 VTi

Spread the love

Aku pernah buat blog review untuk blog Emilayusof.com. Aku memang tak pernah lupa singgah ke blog Emilayusof.com dan aku yakin sangat bahawa blog ini ada potensi yang sangat hebat. Aku mengikuti entri-entri beliau untuk contest BLOG for FT yang dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Hasil ilustrasi dan lukisan sangat cantik dan menghiburkan. Orang tua kata sejuk mata memandang.

Gambar dipetik dari Emilayusofcom

Malam semalam ketika Emila Yusof dalam penerbangan pulang daripada menghadiri Bologna’s World Children’s Book Fair di Italy dalam suatu majlis gilang gemilang blog Emilayusof.com telah diumumkan sebagai pemenang utama contest dengan membawa pulang sebuah kereta Pegeout 308 VTi.

Aku juga tumpang gembira di atas kejayaan Emila Yusof dan sudah pasti kejayaan ini adalah hasil kerja  kuat dan disiplin yang ditunjukkan oleh beliau dalam berblogging. Siapa kata berblogging tidak berbaloi. Emilayusof.com buktikan bahawa berblog ini memang berbaloi-baloi. Tahniah kepada Emila Yusof.

[ad#advertlets336]


Spread the love