Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah setelah berbulan-bulan merancang bersama Eizil akhirnya blog Denaihati tampil dengan muka blog baru yang lebih mengikut trend semasa.
Make over blog Denaihati adalah make over yang ke empat semenjak berpindah ke platform WordPress. Perubahan paparan baru ini adalah perubahan sempena bakal menyambut ulang tahun ke lima blog Denaihati berada di persada alam maya. Kalau pembaca melihat archives Denaihati pasti dapat mengimbau entri pertama blog Denaihati lima tahun lepas ketika itu di platform blogspot pada 13/7/2008.
“Yang ditunggu sudah tiba > Teknik Buat Duit dengan Affiliate dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu”
Muka blog baru Denaihati ini bukan sekadar penampilan design yang berbeza tetapi akan menambah berbagai fasiliti yang akan memberi kepuasan kepada PEMBACA SETIA. Antara projek baru Denaihati adalah Kedai Denaihati yang akan menjual berbagai produk fizikal dan eBook keluaran team Denaihati. Di masa akan datang Kedai Denaihati akan dibuka kepada Rakan Denaihati untuk memasarkan produk dengan yuran yang minima.
Paparan [tooltip text=”Paparan galeri gambar juga telah dikemaskini untuk memudahkan anda untuk melihat gambar-gambar yang terdapat dalam sesuatu artikel”]Galeri Gambar[/tooltip]
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/06/theme-baru-denaihati-2013-top.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/06/theme-baru-denaihati-2013-footer.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/06/theme-baru-denaihati-2013-bottom.jpg[/imagetab]
[/tabs]
[one_half]
Theme ini dibina dengan memikirkan keselesaan pembaca sebagai perkara utama yang perlu dicapai.
[/one_half]
Dalam tempoh enam bulan ke hadapan berbagai sistem baru akan diintergerasi secara berperingkat di blog Denaihati. Blog Denaihati bukan sahaja sebuah blog personal tetapi bakal menjadi sebuah platform yang akan memberi kenikmatan baru kepada Rakan Blogger.
Semuga muka blog baru dengan button sosial media yang berbeza akan menjadi pencentus baru kepada Rakan Blogger untuk menyebarkan setiap artikel baru yang dikongsikan dan menjadikan motivasi Rakan Blogger untuk lebih bersungguh-sungguh menjadi Blogger profesional yang boleh dijadikan sebagai kerjaya.
Terima kasih kepada Eizil dan team Denaihati yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Jutaan terima kasih juga kepada semua Pembaca Setia yang sentiasa bersama walaupun kekadang server error. Tunggukan berbagai insentif yang akan diumumkan khas untuk semua.
Penghargaan yang tidak terhingga kepada pembaca setia sehingga blog Denaihati mencapai berbagai penghargaan antaranya Best of the best blog 2012, Most creative blog 2013 dan terkini top 3 DiGiwwwow Blogger of the year. Ini adalah motivasi kepada perubahan terbaru ini. Sila kongsikan cadangan dan komen yang boleh meningkatkan kualiti blog Denaihati. Mohon juga cadangan idea baru yang boleh dilaksanakan oleh blog Denaihati untuk kemudahan pembaca setia.
Sebagai menghargai Rakan Denaihati, RM100 akan diberi kepada 20 review muka blog baru Denaihati yang melebihi 300 perkataan dengan beberapa gambar screenshot. Sila jadi 20 yang pertama menulis entri review muka blog baru Denaihati dan tinggalkan link entri review di SINI.
105 Comments
Mmg makin best bila singgah sini. Nak2 tang galeri gambar tu…puas hati sungguh!
Curahan rasa hafizmd @ ..Lelaki Kacak Lagi Super Melayu Boleh Mesti Sanggup Korban Masa Tidur!
Tahniah buat tuan denaihati. Ini hadiahnya..hehehe :p
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Muka Baru Blog Denaihati – Lebih Mesra, Kemas Dan Padu!
takut tak menepati syarat pulak. Ini linknya tuan 🙂 – http://fuh.my/muka-baru-blog-denaihati/
ada buat review juga 🙂
http://www.akupenghibur.com/2013/07/review-muka-blog-baru-denaihaticom.html
Curahan rasa aku penghibur @ ..Review Muka Blog Baru Denaihati.com | Hidupkan Untuk Memberi
Design simple macam ni memang sesuai dgn blog yg ada nama seperti denaihati. Artikel dah banyak, macam directory pun ada…
Curahan rasa Mohd Helmi @ ..Kehidupan Orang Kaya dan Miskin
ok..dah tulis.
sila baca. hoho..
http://ahmadfaizal.com/2013/07/08/ulasan-aku-tentang-muka-blog-baru-denaihati/
Curahan rasa titan @ ..Ulasan aku tentang Muka Blog Baru Denaihati
Design from scratches ke bro?
memang sangat berbeza berbanding muka blog yang sebelum-sebelum ni..nampak lebih pro..
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Teknik Seo Terbaik
memang sangat mesra
kenapa saya tak dapat lihat button social sharing ye?
Curahan rasa cikgu naman @ ..Muka Blog Baru Denaihati
baru je submit entah sempat ke tidak… tak sempat pun x pe ni sebagai tanda sokongan dari blogger utk blogger
Curahan rasa AUC @ ..Review Muka Blog Baru Denaihati
Blog Denaihati telah berhijrah setapak lagi dalam arena penulisan blog… Menampilkan sedikit kelainan berbanding wajah blog yang sedia ada di alam Maya… Tahniah saya ucapkan kepada Denaihati Krew di atas kejayaan ini… Secara jujurnya saya suka dengan wajah baru Blog Denaihati… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Blogger dan Novelis di Konvokesyen ke 8 PSIS
ok la. nampak lebih remaja. 🙂
Curahan rasa titan @ ..Melancong ke China.
Muka baru semangat Baru dan juga semangat bagi para pembaca untuk mendapatkan banyak ilmu dan pengetahuan juga tentunya….
Sukses selalu untuk Denaihati dan Denaihati Network juga…salut buat kalian para sahabat-sahabat blogger Malaysia
Curahan rasa Ferry @ ..Wajah Baru Denaihati
kita pun nak join jugak kedai denai hati
Curahan rasa kak baery @ ..TELEKUNG SULAM VIETNAM – HITAM DESIGN MELETOPS
Comments are closed.