Modal RM5000 boleh buat apa

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “idea bisnis dengan modal RM200K“. Kali ini Abang nak berkongi idea bisnis dengan modal RM5000.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Abang terbaca status facebook Tuan Mohd Zahid Arifen minta pendapat cara untuk gandakan duit RM5000. Macam-macam idea bagus dikongsikan oleh kawan-kawan tuan Zahid. Abang pun tidak mahu ketinggalan berkongsi sedikit ilmu yang ada.

Abang cadangkan beliau guna modal RM5000 melabur saham Bursa Malaysia untuk gandakan duit tersebut. Tuan Zahid balas balik cadangan Abang, adakah cukup  dengan modal RM5000 untuk melabur saham BSKL. Pasti ramai juga pembaca yang bertanyakan soalan yang sama kerana persepsi masyarkat untuk melabur saham BSKL mesti perlukan modal yang banyak.

Abang cadangkan buka akaun CDS di syarikat broker yang boleh memberi fasiliti margin contohnya RHB Securities, Kenanga Securities, Maybank Securities atau lain-lain yang berdaftar. Guna modal RM5000 beli saham yang asasnya kukuh untuk jangka masa panjang contoh Dagang Nexchange Bhd (Dnex).

Ketika entri ini ditulis harga Dnex adalah RM0.60. Dengan pembelian ini kita layak dapat fasiliti margin katalah tiga kali ganda daripada syarikat broker yang kita berdaftar, jadi kita boleh membeli saham lain bernilai RM15,000.

Klik untuk beli eBook Jual Beli saham yg menguntungkan

Katalah daripada fasiliti RM15,000 kita guna RM5000 untuk beli saham Censof Holding pada harga RM0.33 (harga semasa ketika entri ini ditulis). Kalau naik RM0.05 makna kenaikan 15% boleh lah dapat keuntungan lebih kurang RM750. RM750 untung guna semula beli saham Dnex untuk tambah fasiliti margin kita yang akan jadi RM17,000.

Pemilihan belian saham mestilah ikut indikator dan nasihat dari pakar saham. Ulang ulang ulang dan ulang jual beli saham dan tambah margin sehingga mencapai target yang ditetapkan. Kita tidak perlu beli saham hari-hari tetapi beli apabila mendapat pertunjuk yang jelas.

Mungkin ada yang target nak kumpul sehingga RM50,000 atau RM100,000 atau sejuta. Rugi pasti ada bukan confirm semua untung.

Abang sudah bertemu dengan seorang anak muda dari Kota Kinabalu yang trade saham BSKL secara part time dengan modal permulaan RM5000. Pada awal 2017 ketika Abang bertemu beliau, dana yang sudah terkumpul adalah RM700,000 dalam tempoh dua tahun lebih. Khabarnya pada Julai 2017 dana terkumpul terlah mencecah angka RM1juta.

Dari pengalaman Abang lebih 10 tahun memang boleh melabur saham BSKL dengan modal RM5000. Kuncinya mesti disiplin dan ikut teknik yang betul. Sekarang lagi mudah ada ramai sifu-sifu saham yang mengajar teknik saham yang betul untuk berjaya antara sifu saham yang Abang cadangkan adalah Master Yusnizam Yusoff.

Kepada kawan-kawan yang ada modal lebih banyak hasil daripada bisnis, pelaburan saham BSKL lah antara cara terbaik untuk mengandakan duit anda. Topik ini sudah beberapa kali Abang sentuh dalam entri-entri sebelum ini. Biarkan duit buat duit untuk kita.

Kawan-kawan pulak bagaimana nak gandakan duit RM5K.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

64 Comments

      1. Ibu dengar ramai juga yang jadi full time investor sebab pasaran saham ni memang boleh buat duit

        Cuma risiko tu wajib pandai urus

    1. Ilmu yang di amal kan biarpun sedikit sumbernya

      pasti akan nampak hasil nya

      Daripada banyak belajar tapi tiada tindakan

      1. Ibu pun rasa ter tertarik dengan melabur saham selepas baca artikel tuan denai hati ni

        Kena dalami dengan sungguh sungguh

    1. Betul, sebab tu kena belajar dengan orang yang dah ada pengalaman dan terbukti berjaya

      Itu yang smart

      Tak perlu buat silap yang sama

      1. Masuk kelas pakar tiruan dan pakar jadian sekejap saja hilang rm5000 tu

        Tak berbaloi. Cuba buat kajian dulu sebelum pergi

        Testimoni peserta lepas pun boleh di buat buat sekarang ni

      1. Memang hebat. Sesiapa yang serius dalam membina aset dan kekayaan

        Perlu ada mentor dan ilmu untuk berjaya dalam pasaran saham

        1. Masuk asb memang terjamin sebab kerajaan akan kawal instrumen ni

          Tapi memang lambat pulangan

          Kalau nak untung besar boleh main pasaran saham terbuka macam ni

          Risiko tanggung sendiri

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!