Mitsubishi Electric Lancar Peti Sejuk Model Folio JX dan BX

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada hari Jumaat lepas Team Denaihati telah hadiri majlis Pelancaran Peti Sejuk Mitsubishi Electric Model Folio JX & BX yang diadakan di Aloft Hotel Kuala Lumpur. Turut bersama dalam majlis hari tu adalah pengedar, pemaju, perunding dan wakil Mitsubishi Electric dari Jepun.

Ini merupakan event kedua jemputan daripada Mitsubishi Electric Sales Malaysia. Sebelum ni pernah dijemput semasa pelancaran Peti Sejuk Mitsubishi L4 Grande.

Mitsubishi Folio JX Folio BX Series Product Launch

Mitsubishi Electric Lancar Peti Sejuk Model Folio JX dan BX

Model yang diperkenalkan baru-baru ni ialah Folio MR-JX64W dan Folio MR-BX52W. Menariknya dengan produk Peti Sejuk Mitsubishi model terbaru ni ianya menggabungkan ciri-ciri terbaik dengan teknologi canggih. Rekaan peti sejuk ni juga sangat menarik.

Klik untuk Minda Aktif menguatkan ingatan dan hafalan untuk calon PMR

Peti sejuk Mitsubishi ni mempunyai rekaan ergonomik, ruang pembeku berdiri kompak bebas fros dengan laci menggelongsor yang meminimumkan kehilangan udara sejuk, dan juga pelbagai laci untuk ruang simpanan serbaguna seperti ruang menyimpan sayur-sayuran. Selain tu, peti sejuk Mitsubishi ini sangat mesra alam dan menekankan penjimatan tenaga.

Mitsubishi Folio JX Folio BX Series Product Launch

Pelancaran model ini bagi memenuhi keperluan pengguna yang inginkan pengalaman menggunakan peti sejuk berkapasiti luas dan besar menerusi Smart Cube untuk penggunaan maksimum. Disertakan dengan teknologi dan rekaan yang unik mampu mengubah kehidupan keluarga menjadi lebih baik.


Ciri-Ciri Peti Sejuk Mitsubishi Folio JX & Folio BX

  • Vitamin Factory
  • Pembuat Ais Automatik
  • Pembekuan Lembut
  • Penyah Bau Anti-Bakteria
  • Rak Auto
  • Penyejuk Bukan CFC
  • Smart Cube
  • Struktur Penebat Kepanasan Nipis Baru

Mitsubishi Electric Folio JX Folio BX

Memang sangat menarik ciri-ciri dan fungsi yang terdapat pada model terbaru peti sejuk Mitsubishi. Dalam majlis pelancaran hari tu juga ada dibuat demo yang menunjukkan fungsi istimewa peti sejuk Mitsubishi Folio JX dan Folio BX. Rasa betul-betul terpegun dengan demo yang ditunjukkan sebab tak pernah tengok peti sejuk yang berfungsi seperti peti sejuk Mitsubishi yang terbaru ni.

Untuk maklumat lanjut tentang Peti Sejuk Mitsubishi Model Folio JX dan Folio BX boleh layari laman web www.MitsubishiElectricMalaysia.com.

Gambar menarik sekitar majlis pelancaran.
[customgallery]


Spread the love

93 Comments

  1. wah…awesome! gabungan ciri2 yang diidamkan oleh semua pengguna peti sejuk. beznye kalau dpt peti sejuk ni. kat umah peti ais biasa je. selalu terjadi lebihan fros especially bahagian sejuk beku tu. kengkadang nak tarik plastik sampai terkoyak plastik. selang 3-4 hari kena buang ais coz byk fros yang melekat sampai susah nak tutup cover bhgn sejuk beku tu.

    paling kelakar bila nak letak air minuman yg x habis. bukan jenis cawan tertutup. so bila nak minum esok tu terasa macam2 bau n rasa ada dlm air. bau peti sejuk, bau bawang. beznye klo dpt peti ais ni yg menyahkan bau..anti-bakteria lg tu. blh simpan pelbagai saiz bekas dlm peti ais ni, yg mini, kecik, sederhana, yg besar tinggi pun muat. hmmm..even besar tp menjimatkan tenaga. tu yg penting tu. jimat karan. jimat bajet.

  2. Bagus betul apabila mitsubishi dapat menggunakan alternatif lain peti ais yang lebih mesra alam yang tidak menipiskan lapisan ozon kita iaitu selain penggunaan CFC.

  3. memang menjadi idaman untuk
    memiliki peti ais yang mempunyai ciri-ciri yang berteknologi canggih dengan ruang simpanan yang luas. Biasalah bagi yang punya ahli keluarga ramai, pasti banyak stok keperluan makanan basah untuk disimpan di dalam peti ais.

    Kalau boleh nak simpan stok makanan untuk sebulan ;). Apatah lagi ianya dilengkapi dengan ciri mesra alam dan jimat tenaga elektrik. Juga jimatkan tenaga kita sebab ruang pembeku adalah bebas fros, tak payah nak cuci2 bagai. Hmm senang nak jaga peti ais ni ye ;).

  4. Dear readers,

    One thing that I really salute about this fridge is environmental friendly. This kind of item is really good especially for our future generation including environment. As we know, people are always concern with green technology and yeah! Mitsubishi tried to implement this green technology by producing free CFC and user friendly too. Wow! I never imagined how smart the engineer, designer and creator of this fridge combining this idea and become one superb idea. Wide space with multi-function absolutely is a great idea.

    Perhaps, the price is also higher compared to normal fridge, but if you are affordable to buy, why not we try to at least we might reduce and help earth and environment. Congratulations Mitsubishi!
    Curahan rasa fendy @ ..Permainan Kanak-Kanak Zaman Dahulu Yang Di LupakanMy Profile

  5. Menarik juga Peti Sejuk Mitsubishi Model Folio JX dan Folio BX ni,di dalam pemilihan peti sejuk pasa masa ini memang ramai yang memilih dari jenis yang mempunyai ciri-ciri seperti Penyah Bau Anti-Bakteria dan Penyejuk Bukan CFC kerana menepati standard piawaian untuk menepati citarasa pengguna yang inginkan peti sejuk yang bukan sahaja menjadi tempat penyejuk beku, tetapi mesra alam.
    Curahan rasa wazy @ ..Cara Berniaga Melalui FacebookMy Profile

  6. Mempunyai peti sejuk yang besar dan luas pasti menjadi idaman semua orang. Tapi peti sejuk yang besar sebegini pasti bukan semua orang mampu memilikinya. Harganya juga mungkin agak besar selain kekangan ruang (rumah kecil mana mungkin masuk peti sejuk besar).

    Ciri-ciri mesra alam dan penjimatan tenaga yang ditekankan selain fungsinya yang pelbagai memang sangat bagus kerana ia juga bermaksud akan jimat wang disamping menjaga alam sekitar. Cuma harapan kebanyakan orang, Mitsubishi dapat pelbagaikan variasi model dan saiz peti sejuk keluarannya dengan harga yang mampu milik agar semakin ramai orang yang mampu memiliki peti sejuk canggih keluaran Mitsubishi seperti model Folio JX dan Folio BX ini.

  7. Besar sungguh peti sejuk Mitsubishi ini.
    Pelbagai fungsi canggih dalam satu peti,
    Banyakknya ruang boleh diisi,
    Yang penting mesra untuk bumi.

    Mesra alam sudah semesti,
    Sayangi bumi teknologi terkini,
    Secanggih mana ciptaan Mitsubishi,
    Pastikan bumi mesti dilindungi.

    Dari Jepun ia dicipta,
    Teknologi hebat jimat tenaga,
    Pelbagai fungsi untuk diteroka,
    Jaminan puas hati sudah semestinya.

    CFC penipis ozon bumi,
    Dalam petisejuk biasa diguna,
    Petisejuk Mitsubishi usah diragui
    Semestinya ia mesra pengguna.

    Petisejuk Mitsubishi inginku miliki,
    Apakan daya belum berkeluarga,
    Sesudah bekerja ku sambar nanti
    Untuk kegunaan seisi keluarga.

  8. Suka tengok peti ais besar gedabak cam nie..
    sebab bayangkan boleh letak macam-macam makanan dalam petis ais tu …. hiks

    pada pandangan saya lah kan Peti Sejuk Mitsubishi Electric Model Folio JX & BX sangat sesuai pada mereka yang pentingkan kesempurnaan … rasanya bagus jugak lh kan sbb ruang letak pun boleh di sesuaikan dengan barang yang mahu di letak kan dalam peti ais tu jadi ianya akan nampak lebih kemas dan tersesun … paling penting tak akan ada bau yang kurang enak ….

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!