Mitsubishi Electric Lancar Peti Sejuk Model Folio JX dan BX

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada hari Jumaat lepas Team Denaihati telah hadiri majlis Pelancaran Peti Sejuk Mitsubishi Electric Model Folio JX & BX yang diadakan di Aloft Hotel Kuala Lumpur. Turut bersama dalam majlis hari tu adalah pengedar, pemaju, perunding dan wakil Mitsubishi Electric dari Jepun.

Ini merupakan event kedua jemputan daripada Mitsubishi Electric Sales Malaysia. Sebelum ni pernah dijemput semasa pelancaran Peti Sejuk Mitsubishi L4 Grande.

Mitsubishi Folio JX Folio BX Series Product Launch

Mitsubishi Electric Lancar Peti Sejuk Model Folio JX dan BX

Model yang diperkenalkan baru-baru ni ialah Folio MR-JX64W dan Folio MR-BX52W. Menariknya dengan produk Peti Sejuk Mitsubishi model terbaru ni ianya menggabungkan ciri-ciri terbaik dengan teknologi canggih. Rekaan peti sejuk ni juga sangat menarik.

Klik untuk Minda Aktif menguatkan ingatan dan hafalan untuk calon PMR

Peti sejuk Mitsubishi ni mempunyai rekaan ergonomik, ruang pembeku berdiri kompak bebas fros dengan laci menggelongsor yang meminimumkan kehilangan udara sejuk, dan juga pelbagai laci untuk ruang simpanan serbaguna seperti ruang menyimpan sayur-sayuran. Selain tu, peti sejuk Mitsubishi ini sangat mesra alam dan menekankan penjimatan tenaga.

Mitsubishi Folio JX Folio BX Series Product Launch

Pelancaran model ini bagi memenuhi keperluan pengguna yang inginkan pengalaman menggunakan peti sejuk berkapasiti luas dan besar menerusi Smart Cube untuk penggunaan maksimum. Disertakan dengan teknologi dan rekaan yang unik mampu mengubah kehidupan keluarga menjadi lebih baik.


Ciri-Ciri Peti Sejuk Mitsubishi Folio JX & Folio BX

  • Vitamin Factory
  • Pembuat Ais Automatik
  • Pembekuan Lembut
  • Penyah Bau Anti-Bakteria
  • Rak Auto
  • Penyejuk Bukan CFC
  • Smart Cube
  • Struktur Penebat Kepanasan Nipis Baru

Mitsubishi Electric Folio JX Folio BX

Memang sangat menarik ciri-ciri dan fungsi yang terdapat pada model terbaru peti sejuk Mitsubishi. Dalam majlis pelancaran hari tu juga ada dibuat demo yang menunjukkan fungsi istimewa peti sejuk Mitsubishi Folio JX dan Folio BX. Rasa betul-betul terpegun dengan demo yang ditunjukkan sebab tak pernah tengok peti sejuk yang berfungsi seperti peti sejuk Mitsubishi yang terbaru ni.

Untuk maklumat lanjut tentang Peti Sejuk Mitsubishi Model Folio JX dan Folio BX boleh layari laman web www.MitsubishiElectricMalaysia.com.

Gambar menarik sekitar majlis pelancaran.
[customgallery]


Spread the love

93 Comments

  1. Mitsubishi Folio nama diberi
    Nampak canggih dan menarik hati
    Peti sejuk di rumah sudah boleh ditukar ganti
    Kualiti terbaik didatangkan dengan guaranti

    Harga berpatutan itu kena singgah kedai nanti
    First impression menarik sekali
    Kalau saya belikan untuk isteri
    Tentu dia tersenyum2 pipi

    Ciri menarik teruja sekali
    Berapakah harga harap dapat dikongsi
    Ciri ciri menarik gambar mempesona sekali
    Meh sini meh sini, takde orang nak hadiahkan untuk saya ke ni?

    Terliur sudah di mata ini
    Isteri nampak semakin berselera nak ke dapur la nanti
    Peti sejuk terbaik pilihan hati
    Ciri-Ciri Pilihan ada pada Mitsubishi Folio ini
    Curahan rasa eyriqazz @ ..Seri Mutiara Setia Alam dari SP SetiaMy Profile

  2. Teknologo kini semakin canggih dan semakin berkualiti tapi siapakah yang dapat miliki peti sebegini kalau bukanhanya untuk orang-orang berada saja…..tak layak rasanya nak beli dan miliki sebesar begini. Lihat je….. 🙂
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kontes Review Klinik CintaMy Profile

  3. Wahh sangat cantik, moden dan multifunction. Sangat berguna untuk keperluan pengguna. Selain aplikasi yang pelbagai dan luang linkup dalamannya luas.. pastinya akan menjadi pilihan rakyat malaysia

  4. Sejak kecil lagi saya cukup teruja bila tengok peti sejuk yang besar, tambah lagi kalau di pintu peti sejuk tu ada ‘ice dispenser’, ada dua pintu pula. Memang teruja lah, setiap kali ikut mak ayah jalan-jalan dulu mesti nak singgah kedai jual peti sejuk semata-nak tengok peti sejuk macam tu. Kalau ada rezeki lebih, nak belikan untuk keluarga lah. mesti best… ^_^

  5. Sekali pandang peti sejuk keluaran terbaru dari Mitsubishi Electric ini nampak BESAR dan pelbagai fungsi.
    Kalau bekeluarga memang sangat sesuai.
    sangat sesuai untuk rakyat Malaysia yang mempunyai ahli keluarga yang besar

  6. Harapan aku semoga Mitsubishi Electric akan segera mengeluarkan mesin kupas bawang jenama Mitsubishi sebab kesian dengan orang rumah aku yang selalu mengalirkan airmata tiap kali kupas bawang..barangkali sedih dengan bawang tu yang di “bogel” kan…..heheheeee………..
    Curahan rasa Mohd Azuan @ ..Senarai Program Buat duit Dengan BlogMy Profile

  7. Menarik dan berdaya intelligent tinggi model terbaru peti sejuk Mitsubishi ni. Sangat mesra alam dan menjimatkan kuasa pengaliran elektrik. Peti sejuk berkapasiti luas dan besar untuk penggunaan maksimum yang disertakan dengan teknologi dan rekaan unik pasti mampu mengubah kehidupan keluarga menjadi lebih baik dan memuaskan hati siapa yang memilikinya. Tahniah Tuan Denaihati kerana terpilih untuk menyertai pelancaran model terbaru peti sejuk Mitsubishi

  8. peti sejuk keluaran terbaru dari Mitsubishi Electric ini memang tampak lebih menarik, besar dan multifunction.

    antara fungsi menarik ialah peti sejuk ini boleh membuat snow cone…boleh diletakkan snow cone tersebut di dalam air minuman kita dan anda akan nampak gunung ais akan terbentuk.. malah kalau letak ikan di dalam peti sejuk biasa, dan kemudian anda mesti akan rendam dahulu untuk siang/potong ikan bukan? tetapi dengan siri baru ini anda boleh terus potong ikan /daging /ayam tersebut dengan hirisan yang cantik.

  9. Menarik juga design baru Peti Sejuk Mitsubishi Folio JX & Folio BX nih. Nampak unik sangat dan ternyata berbeza dengan pati sejuk yang ada dipasaran sekarang ini. Dengan rekaan bahagian dalamnya yang luas, boleh simpan pelbagai jenis barangan makanan bagi mereka yang berkeluarga besar. Manakala dengan design laci tersendiri untuk simpanan sayur, tentunya bagus untuk menjaga kualiti sayur agar kekal berkhasiat. Selain itu, ada pula dia punya penyah bau anti bacteria. Bagus tuh, dah tak perlu simpan arang untuk hilangkan bau yang ‘tak best’ didalam peti sejuk.
    pendek kata, berbaloi gak lah kalau dapat beli peti sejuk yang sebegini… huhu~

  10. Rasanya peti ais seperti inilah yang diperlukan oleh rakyat Malaysia kini dengan ciri-ciri unik yang ditawarkan, selain menjimatkan penggunaan tenaga.
    Lagipun My Mum memang sukakan peti ais dengan keluasan yang besar di samping mempunyai ruang-ruang laci penyimpanan, tentulah bahan-bahan basah dapat disimpan dengan elok dan segar walaupun dah 3-4 hari.

    Memang berbaloi andai dapat memiliki 😀

  11. Kalau Aku Kayaaaa…..Aku Beli 10 Peti Ais Mitsubishi….Kan Ku sedekah pada jiran tetangga…..hehehehehehe.
    Memang awesome Peti Ais Mitsubishi ni. Saya amat terpikat dengan reka bentuknya. Boleh jadi kedai minuman ringan. Mesti anak-anak saya asyik melekat je kat Peti Ais Mitsubishi ni. Apa yang lebih menarik adalah Vitamin Factory..walaupun pertama kali tahu.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!