Aaron Ramsey tidak dapat disekat lagi

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, daripada tiga perlawanan yang lepas nama Aoran Ramsey meniti di bibir Arsenal Fan selain nama Mesut Ozil. Kejayaan Aoran Ramsey menjaringkan dua gol ketika Arsenal menewaskan Sunderland 3 – 1 kemudian satu gol ketika Arsenal menewaskan Olympic Marseille 2 – 1 untuk perlawanan pertama kumpulan F Champions League 2013/14 dan terkini satu gol ketika Arsenal menewaskan Stoke City 3 – 1.

Inilah kehebatan Arsene Wenger boleh mendidik pemain muda menjadi superstar dunia kalau sebelum Cesc Fabregas, Samir Nasri dan Van Persie yang kini sudah menjadi wira di kelab lain, kini giliran Aaron Ramsey yang bakan menganas selain Jack Wilshere. Kerana kehebatan Arsene Wengerlah maka Ozil sanggup meninggalkan Real Madrid berhijrah ke Arsenal untuk menjadi lebih baik daripada yang terbaik.

BPL 2013/14 standing week 5

Prestasi Arsenal dengan kehebatan pemain-pemain muda yang digabungkan dengan pemain baru Ozil dan Flamini telah meletakan The Gunners di posisi pertama Barclays Premier League 2013/14. Melihatkan jadual jika Arsenal terus dengan rentak pemainan yang baik pasti dapat mengekalkan di posisi pertama sehingga menentang musuh ketat Liverpool pada 2/11/13.

Champions League 2013/14

Kemenangan Arsenal kepada Olympic Marseille di tempat lawan untuk perlawan pertama kumpulan F Champions League 2103/14 juga memberi suntikan semangat. Kumpulan F yang juga dibarisi pasukan terkuat Napoli dan Borussia Dortmund dikatakan kumpulan paling sukar jadi kemenangan di tempat lawan membawa mata sangat penting untuk melayakan diri kepusingan seterusnya. Perlawanan yang seterusnya pada 1/10/2013 menentang Napoli di Stadium Emirates.

[box type=”shadow”]Keputusan Kumpulan F Champions League

Arsenal vs Napoli : 2 – 0
Borussia Dortmund vs Maarseille : 2 – 0
[/box]

Baca juga : Mesut Ozil superstar baru Arsenal

Capital One Cup 2013/13

Arsenal yang dibarisi pemain muda seperti Ryo Miyaichi, Chuba Akpom, Kristoffer Olsson, Thomas Eisfeld dan Serge Gnabry bersama beberapa pemain senior telah berjaya menewaskan West Brom dengan penentuan penalti. Seperti kata Ozil pemain-pemain muda Arsenal sangat berbakat yang boleh dilatih menjadi superstar dunia. Pada pusingan ke empat Arsenal telah diundi untuk bertemu dengan musuh ketat Chelsea pada 29/10/2013 di Stadium Emirates. Pasti perlawanan ini dinanti oleh ramai peminat bola sepak dunia. Yang pasti Arsene Wenger pasti akan menurunkan pemain muda sebagai platform untuk mengasah bakat dan ruang untuk merehatkan pemain senior yang lebih fokus kepada BPL dan CL.

Barclays Premier League 2013/14 Week #6

Minggu ke enam BPL 2013/13 Arsenal akan bertandang ke Liberty Stadium menentang Swansea sebuah pasukan yang buka mudah dikalahkan dengan taktikal pemainan yang terbuka. Top form Aaron Ramsey dengan gabungan Ozil, Wilshere dan Giroud diharap dapat menganas merobek benting pertahan Swansea disamping diharapkan Per Mertesacker dan Laurent Koscielny dapat menyekat kelincahan Michu yang berjaya merobek jaring Arsenal musim lepas.

Live streaming Arsenal vs Napoli @ Twitter


 

Keputusan BPL 2013/13 Week #6

[box type=”shadow”]Tottenham vs Chelsea : 1 – 1
Swansea vs Arsenal : 1 – 2
Fulham vs Cardiff City : 1 – 2
Aston Villa vs Manchester City : 3 – 2
Southamptom vs Crystal Palace : 2 – 0
Manchester United vs West Brow : 1 – 2
Hull City vs West Ham : 1 – 0
Stoke City vs Norwich City : 0 – 1
Sunderland vs Liverpool : 1 – 3
Everton vs Newcastle : 3 – 2[/box]

Barclays Premier League 2013/14 telah memakan mangsa pertama apabila pengurus Sunderland Paolo Di Canio telah dipecat pada minggu ke lima … siapakah selepas ini.

Gambar aksi menarik pemain utama Arsenal.

[customgallery]

53 Comments

    1. Huhuhu…amiin kan ajer la. Sebab wan tak sokong Arsenal. Wan sokong team lain yang ramai orang benci. Rasanya tau kan team tu. Malu nak bagitau. Makanya kalau Aaron Aziz atau Aaron Ramsey sekalipun mungkin menghadapi kesukaran di masa depan bila lawan team yang wan minat. Hahahah…
      Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu JuaMy Profile

  1. • Gan, Makasih banget Informasi dari agan memang lagi saya cari, dan Alhamdulillah nyanthol disini. Mantap….Nyus Banget Gan. Langsung mau Ane Praktekin. Buat Pembaca Yang Baru berkunjung….Sering-sering aja Mampir kesini…Infonya selalu Mak Nyus…TOP BGT.

  2. Tersenyum lebar penyokong Arsenal sekarang ya. Memang tidak dapat dinafikan prestasi pemain-pemain Arsenal dalam situasi memuncak sekarang dan layak menduduki tahta liga perdana Inggeris untuk bulan September ini.

    Akan tetapi musim Liga Perdana Inggeris amat panjang dan akan berlaku banyak keputusan2 mengejutkan sehingga bulan Mei tahun depan nanti. Tambahan lagi pasukan kerdil seperti Sothampton dan Ason Villa nampak impressive tahun ini.

    Apa-apa pun, may the best team win. Buat masa ini congrats Arsenal…
    Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Comment Contest No.1 Of 2013My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!