Mitsubishi Electric Lancar Peti Sejuk Model Folio JX dan BX

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada hari Jumaat lepas Team Denaihati telah hadiri majlis Pelancaran Peti Sejuk Mitsubishi Electric Model Folio JX & BX yang diadakan di Aloft Hotel Kuala Lumpur. Turut bersama dalam majlis hari tu adalah pengedar, pemaju, perunding dan wakil Mitsubishi Electric dari Jepun.

Ini merupakan event kedua jemputan daripada Mitsubishi Electric Sales Malaysia. Sebelum ni pernah dijemput semasa pelancaran Peti Sejuk Mitsubishi L4 Grande.

Mitsubishi Folio JX Folio BX Series Product Launch

Mitsubishi Electric Lancar Peti Sejuk Model Folio JX dan BX

Model yang diperkenalkan baru-baru ni ialah Folio MR-JX64W dan Folio MR-BX52W. Menariknya dengan produk Peti Sejuk Mitsubishi model terbaru ni ianya menggabungkan ciri-ciri terbaik dengan teknologi canggih. Rekaan peti sejuk ni juga sangat menarik.

Klik untuk Minda Aktif menguatkan ingatan dan hafalan untuk calon PMR

Peti sejuk Mitsubishi ni mempunyai rekaan ergonomik, ruang pembeku berdiri kompak bebas fros dengan laci menggelongsor yang meminimumkan kehilangan udara sejuk, dan juga pelbagai laci untuk ruang simpanan serbaguna seperti ruang menyimpan sayur-sayuran. Selain tu, peti sejuk Mitsubishi ini sangat mesra alam dan menekankan penjimatan tenaga.

Mitsubishi Folio JX Folio BX Series Product Launch

Pelancaran model ini bagi memenuhi keperluan pengguna yang inginkan pengalaman menggunakan peti sejuk berkapasiti luas dan besar menerusi Smart Cube untuk penggunaan maksimum. Disertakan dengan teknologi dan rekaan yang unik mampu mengubah kehidupan keluarga menjadi lebih baik.


Ciri-Ciri Peti Sejuk Mitsubishi Folio JX & Folio BX

  • Vitamin Factory
  • Pembuat Ais Automatik
  • Pembekuan Lembut
  • Penyah Bau Anti-Bakteria
  • Rak Auto
  • Penyejuk Bukan CFC
  • Smart Cube
  • Struktur Penebat Kepanasan Nipis Baru

Mitsubishi Electric Folio JX Folio BX

Memang sangat menarik ciri-ciri dan fungsi yang terdapat pada model terbaru peti sejuk Mitsubishi. Dalam majlis pelancaran hari tu juga ada dibuat demo yang menunjukkan fungsi istimewa peti sejuk Mitsubishi Folio JX dan Folio BX. Rasa betul-betul terpegun dengan demo yang ditunjukkan sebab tak pernah tengok peti sejuk yang berfungsi seperti peti sejuk Mitsubishi yang terbaru ni.

Untuk maklumat lanjut tentang Peti Sejuk Mitsubishi Model Folio JX dan Folio BX boleh layari laman web www.MitsubishiElectricMalaysia.com.

Gambar menarik sekitar majlis pelancaran.
[customgallery]


Spread the love

93 Comments

  1. Sekarang kalau nak pilih, pilih yang jimat tenaga elektrik. Sebab peti Ais merupakan salah satu barang yang paling banyak menggunakan elektrik. Kalau nak jimat elektrik, pilihlah yg jimat. Biar, harga mahal pada mula, tapi bulanan untuk letrik murah.

    Orang kata “Saving first, Spent later”…
    Bukan kedekut tapi bijak memilih… Aku support teknolagi yg dibawa Mitsubishi ini… terbaik…
    Curahan rasa neelofa @ ..Jep Sepahtu gaya bini Mat Yo dalam Super Spontan!My Profile

  2. Peti sejuk memang jadi salah satu perkara asas dalam rumah.

    Dulu awal2 kahwin, dah request dengan suami, takde TV takpe, jangan takde peti sejuk..
    Lagi besar lagi bagus hahaha. Tapi budjet mana cukup, so dapat yang sederhana pon dah ok.

    Kalau la dapat peti sejuk mitsubishi ni, rasanya macam dapat Lancer sebijik dah hahaha..
    Ciri-siri dia memang superb, rasanya semua wanita especially yang dah bergelar isteri orang memang berangan dapat peti sejuk sebijak ni kan.. hehehe.. luaran dan dalaman memang hebat..

    My choice, Folio JX.. smart gilerrrrrrr.

  3. Zaman sekarang bukan sahaja smartphone sahaja besar malah peti ais juga tidak ketinggalan semakin besar dari biasa. Apabila semakin besar maka kepuasan juga bakal dapat dirasakan.

    Sekali tengok peti ais baru dari mitsubishi ini tak ubah seperti almari baju. Tetapi memang cantik dan menarik. Dengan pintu peti ais bermacam-macam tempat.

    Pelbagai barang atau makanan boleh diletakkan di dalam peti ais dengan banyak kerana ruangan yang luas. Ciri-ciri yang ada peti ais mitsubishi sangat menarik .

    Akhir sekali, semoga kita dapat mengambil manfaat yang direka khas untuk kemudahan pengguna.
    Curahan rasa Bahrain @ ..Kontes Review Klinik CintaMy Profile

  4. Peti ais sekarang ini bukan sekadar perlu untuk menyejuk dan menjadikan barang disimpan tahan tetapi perlu ekonomi, mesra alam dan pelbagai guna 🙂

  5. Memang tercari-cari lagi peti sejuk yang sesuai buat keluarga yang mempunyai anak seramai 5 orang. Akak yang suka memasak memang suka beli bahan masakan seminggu sekali dan sudah tentu memerlukan peti sejuk yang besar dan mempunyai ruang penyimpanan yang luas dan mempunyai banyak ruang. Peti sejuk mitsubishi model terbaru ini memang sesuai untuk keluarga kami kerana mempunyai pelbagai laci untuk mengasingkan sayur-sayuran, bahan beku dan buah-buahan di dalamnya.

    Yang menarik sekali kerana peti sejuk Peti Sejuk Mitsubishi Model Folio JX dan Folio BX ada Pembekuan Lembut terutama sekali dengan adanya Penyah Bau Anti-Bakteria kerana kadang kala anak-anak suka menumpahkan bahan terutama susu dan lain-lain yang tentunya akan membuat bakteria cepat ajer membiak yang mana tidak baik untuk kesihatan kami sekeluarga.

    Yang paling bagus sekali mengenai peti sejuk mitsubishi Mitsubishi Model Folio JX dan Folio BX kerana menjimatkan tenaga elektrik yang makin hari makin naik..tak lah membebankan suami yang membayar bil setiap bulan. Bolehlah pujuk suami nanti….mana tau tertunai hasrat di hati 🙂

  6. Peti sejuk yang semestinya menjadi pilihan ramai..1 peti sejuk semua ciri-ciri ada..memang berbaloi untuk memilikinya..

  7. Kita mungkin kenal Mitsubishi sebagai jenama kereta sporty seperti Evo & Lancer. Mitsubishi melalui Mitsubishi Electrics sebenarnya popular dalam industri air-cond, bina system elevator, TV, projektor, peti sejuk dan pelbagai lagi. Boleh search Mitsubishi Electrics (lihat website global mereka)

    Bagi saya, peti sejuk merupakan ‘mesin’ wajib ada & priority no. 1 sebelum membeli TV dan lain-lain alatan rumah.

    Pasangan yang baru beli rumah & sedang mencari peti sejuk, boleh cuba Folio JX/BX ini. Teknologinya bagi saya sangat menarik — ada kena mengena dengan proses fotosintesis & teknologi untuk kekalkan kesegaran makanan terutamanya sayur 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!