Misteri wangian yang hilang

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 

membaca sajak nukilan Sasterawan Negara Datuk Usman Awang bertajuk “Wangian Yang Hilang Di Timur Jauhpasti ramai yang masih tidak mengetahui misteri pemilihan tajuk tersebut. Tajuk tersebut tersangat indah dan sebenarnya menyimpan seribu rahsia yang masih belum terurai.

Kisah ini selain pernah aku baca di beberapa blog juga Facebook tetapi sebenarnya sudah pernah diceritakan oleh beberapa Maulana bertahun-tahun dahulu. Mari kita baca sedikit dari kisah misteri yang terlalu panjang untuk dirungkai.

Bani Jawi adalah pengembara yang hebat membawa misi ke Semenanjung di hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Telah lama Yahudi Illuminati mencari Bani Jawi atau ‘kaum yang hilang’.

Tanah Jawi ialah gelaran kepada Tanah Melayu. Orang Jawi ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu. Tulisan Jawi ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu. Masuk Jawi iaiatu berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim a.s dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

tahan Melayu Semenanjung Emas

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah atau Keturah yang kisahnya banyak tertulis di kitab kuno Yahudi. Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia.

…sent them away from his son Isaac to the land of the east.” (Genesis 25:6 New International Version)

Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al Mahdi. Diceritakan juga Al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim a.s dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu dan Wi=Tuhan, yakni maksudnya bangsa yang percaya kepada Satu Tuhan iaitu mentauhidkan Tuhan. Dimanakah negara di hujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu? 

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’

Wallahualam.

Begitulah secebis kisah misteri satu bangsa yang masih belum terungkai tetapi dari kisah inilah asalnya tajuk indah sajak “Wangian yang hilang di Timur Jauh”. Mungkin ada pembaca yang sudah pernah membaca kisah misteri ini dan mungkin ada yang baru pertama kali.

“Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun peti Tabut itu di bawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika kamu orang-orang yang beriman” – Surah Al Baqarah ayat 248

Begitulah kita usah nak mengenal bangsa sendiri masih ramai di antara kita yang tidak kenal susul galur atok nenek moyang dan keturunan sendiri dan lebih malang lagi ada di antara kita yang tidak kenal diri sendiri kerana dek sibuk dengan urusan seharian. Bila tidak kenal diri sendiri maknanya tidak kenal juga dengan Sang Pencipta yang mencipta diri kita ini.

Sekarang Bangsa Melayu sibuk bergaduh sesama sendiri mungkin tujuan ALLAH untuk membersihkan dengan meninggalkan yang taat pada ALLAH untuk menjadi tentera dari Timur yang akan bersama Imam Mahadi.


Spread the love

114 Comments

    1. bagus untuk mencari asal usul nenek moyang kita..tetapi aku harap janganlah ktia terlalu taksub dengan teori tertentu..sebenarnya ada banyak teori konspirasi yang berlegar di internet..jadilah pembac ayang bijak dengan menapis dan ambil cerita yang sahih serta boleh diperolehi sahaja
      Curahan rasa blogger lelaki @ ..Hujan Emas Hujan BatuMy Profile

  1. Ya Allah, selama ini langsung taknak ambil kisah tentang keturunan sendiri. Dina just tahu keturunan orang barat. Bila baca artikel ni rasa macam lupa daratan je dengan keturunan sendiri. Artikel ni menarik perhatian Dina. Nak kaji sikit tentang keturunan sendiri supaya tak terlalu taksyub dengan orang barat. Terima Kasih denaihati.

    1. Betul tu.. Lagi2 media sekarang pun bila watak “kolot”, digambarkan dengan gadis Melayu sopan berpakaian baju kurung.. Sedangkan tu yang normal, jadi bahan lawak pula. Budak2 pun cerna je apa yang dia nampak.. Semoga kita dapat mengajak diri sendiri & orang sekeliling untuk bangga dengan keturunan sendiri yang jauh lebih baik..
      Curahan rasa Rara Zack @ ..TravellingMy Profile

  2. Tertarik dengan petikan ‘Begitulah kita usah nak mengenal bangsa sendiri masih ramai di antara kita yang tidak kenal susul galur atok nenek moyang dan keturunan sendiri dan lebih malang lagi ada di antara kita yang tidak kenal diri sendiri kerana dek sibuk dengan urusan seharian’ . Moga urusan dunia ni tidak akan melumpuhkan segala perkara yang ada dalam diri kita semua.
    Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cintaMy Profile

    1. setuju dengan kenyataan ini..setiap hari waktu kita dihabiskan untuk mengejar hari esok..semakin lama semakin jauh kita tinggalkan hari yang lepas..mungkin di zaman kita masih lagi ingat asal usul walaupun sudah agak longgar ikatannya…bagaimana pula anak cucu kita nanti..kita terus biarkan longgar..sudah pasti sampai masanya ia akan terlerai jua..
      Curahan rasa blogger lelaki @ ..Hujan Emas Hujan BatuMy Profile

  3. pertama kali saya mendengar kisah wangian yang hilang…saya perlu banyak membaca lagi ni untuk mengetahui lebih mendalam tentang bansga jawi…terima kasih Tuan Denai hati atas perkongsian berguna ini…
    Curahan rasa Nurul Aina @ ..16.8.2013My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!