Assalamualaikum dan salam 1Dunia, salah satu pemandangan yang paling aku suka bila memandu di Lebuhraya Persekutuan adalah melihat iklan billboard dengan berbagai jenama dan keunikan. Aku berangan suatu hari nanti Denaihati Network akan mempunyai iklan billboard yang merupa salah satu cara penjenamaan minda bawah sedar yang sangat berkuasa. Tapi itu hanya mimpi yang tidak mustahil menjadi kenyataan.
Baru-baru ini semasa memandu di Lebuhraya Persekutuan selesai perjumpaan dengan salah seorang penaja majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, ternampak satu billboard yang agak misteri. Billboard tersebut berjaya mencuri perhatian aku sebab ianya hanya mempunyai gambar seorang budak kecil yang sedang berbaring di atas rumput hijau sedang memegang sebuah telefon. Sekali pandang nampak macam nak ambil gambar selfie pun ada, tapi mungkin juga dia nak ambil gambar langit yang membiru. Billboard ini membuatkan aku rindu pulak pada emak abah di kampung teringat kisah sedih kisah benar “Teguran ibu dijadikan musuh” dan kisah “Marah ayah ibu satakat mana“.
Billboard yang terletak tidak jauh daripada Angkasapuri ini tidak mempunyai sebarang jenama, no telefon, url atau apa-apa sumber rujukan tidak seperti billboard-billboard yang lain. Membuatkan aku lebih tertanya-tanya apa yang mereka cuba capai dengan meletakkan billboard yang besar begitu tanpa apa-apa informasi.
Kalau nak dikaitkan dengan sambutan Tahun Baru Cina, hanya terdapat perkataan Hello. Mother misses you. Budak perempuan itu rindu dengan emaknya ke? atau emak dia yang sebenarnya rindu dengan budak yang sedang pegang telefon tersebut? Buntu juga dibuatnya semakin aku memikirkan mengenai billboard ni. Kalau tuan punya billboard ini meletakan billboard sekadar untuk mengingatkan kita kepada emak abah kita di kampung pasti besar pahala yang dia dapat.
Kalau rakan-rakan pembaca boleh bagi pendapat apa yang cuba disampaikan, jom kongsikan di ruangan komen. Pasti terdapat mesej yang cuba disampaikan, tapi team Denaihati sudah cuba untuk berbincang antara kami, tetapi masih menemui jalan buntu.
Dalam banyak-banyak billboard yang berada di jalanan, ini pertama kali mesej yang cuba disampaikan menjadi tanda tanya. Imej yang digunakan adalah menarik, ayat juga ringkas, tetapi ianya seakan ingin menceritakan sesuatu yang diluar dari apa yang terpampang pada billboard tersebut.
Harap rakan-rakan pembaca dan blogger yang boleh berkongsi idea dan buah fikiran, mengenai billboard ini. Apa yang cuba disampaikan dengan ayat Hello. Mother misses you tersebut, dan mesej yang lebih besar dengan penyediaan billboard ini. Kepada photoblogger aku nak bagi peluang hebat ini kepada yang dapat snap gambar billboard yang paling cantik dan tag di Facebook Denaihati dengan hashtag #MotherMissesYou akan mendapat hadiah misteri. Tiga hadiah misteri untuk tiga gambar paling cantik dan paling banyak dapat klik like.
191 Comments
Mungkin iklan syarikat telekomunikasi atau internet service provider..baiknye hati tuan punye blog Denaihati nak kasi hadiah dkt pics yg menarik..moga satu hari nanti billboar Denaihati.com akan naik di federal highway..aminnn..
Beli Shaklee Dengan Harga Ahli
betul tu sebab perkataan hello tu yang membuatkan ianya sangat sinonim dengan syarikat telekomunikasi
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
kagum sebab billboard yang sebesar ni hanya paparkan mesej yang baik sahaja tanpa mempromosikan apa-apa produk ataupun syarikat
Curahan rasa internship malaysia @ ..Internship for Engineering Discipline (Intake April 2014 – August 2014)
betul tu sebab jarang jumpa iklan billboard yang sebegini rupa kat malaysia ni
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Ye sayangi keluarga kita
Curahan rasa weschairs @ ..Tayar dan alignment
sayangi la keluarga kita selagi mana mereka masih berada di sisi kita semua
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
sayangi la keluarga kita selagi mana mereka masih berada di sisi kita semua kan
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
kasih ibu tiada tandingan..
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Duit Bayaran Jobdirumah dan Komisen Masuk Lagi
memang tiada tandingan sebab dia dah jaga kita dari kecil hinggala sekarang
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
sempat lagi nak ambik gambar ye….
Curahan rasa Jamian Sarif @ ..BELVYA SCRUB UNTUK KURUS DENGAN MUDAH.
sebab iklan ni sangat menyentuh hati dan sangat menarik untuk buat simpanan
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
perubahan zaman dan jarak bukan penghalang untuk berhubung dengan orang tua. makin moden kita, makin canggih untuk berhubung. jangan sesekali abaikan kunci syurga kita
Curahan rasa myliferia @ ..Kawal Bacaan Kolestrol Dalam Badan
betul tu. makin moden dunia, makin mudah untuk kita berhubung dengan yang tersayang
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
dah jadi satu kerja masa memandu nih. haha..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Kenapa cikgu tak nak ajar kelas kami lagi?
haha hati hati ketika memandu. jangan hilang fokus pulak ketika nak tangkap gambar tu nanti
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
tanpa ibu siapalah kita..
Curahan rasa nicejobs @ ..Jawatan Kosong Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) (20 Februari 2014)
tanpa didikan ibu sudah tentu kita tidak akan jadi manusia seperti sekarang ni
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
teringat pula ibu dan bapa dikampung, kena selalu telefon mereka
Curahan rasa Juan @ ..Cara Hasilkan Jualan Produk Affiliate Dari Blog Dengan Berjaya
betul tu kita kena selalu tanya khabar supaya mereka tak rasa kesunyian nanti
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
berapa bayarnya tu.. tu pasti yang masang orang yang lagi kangen sama emaknya 😀
Curahan rasa Berita Unik @ ..Kisah Legenda Mae Nak Phra Khanong
betul tu kita pasti kangen berjumpa bonda selepas nampak iklan ni kat jalan raya
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
iklan yang membawa seribu makna dan membuat kita sendiri maksud yang cuba disampaikan.
Curahan rasa fyna @ ..By: fyna
betul tu kita kena hayati betul betul makna yang tersingkap di sebalik iklan tu
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Alat komunikasi membolehkan kita berhubung dengan org yg kita sayang pada bila-bila masa walau dimana sahaja. Yang jauh terasa dekat. Tiada lagi alasan! Perkataan “MOTHER” digunakan memang sangat sinonim kerana dialah insan yg paling dirindui oleh semua orang. Tak kira agama atau bangsa…tua atau muda.Sebut saja IBU..pasti kita akan mengalirkan airmata. Dialah ratu hati kita semua yg tiada gantinya di dunia ini. BIla terbaca iklan ni..pasti kita akan berasa sedikit sebak dan berkata dlm hati..” dah lama tak kol mak aku..” . Apa lagi..keluarkan telefon anda..call sekarang sebelum terlambat!
Curahan rasa Room2Read @ ..Tip Menjaga Buku Antik
sememangnya satu penjelasan yang menarik. benar, kasih ibu tiada tandingannya
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Mungkin telco atau syarikat pengeluar handphone nak memaparkan kepentingan saling berhubung dengan keluarga terutama dengan ibu yang melahirkan kita . Jadi dengan sedikit ungkapan itu kita akan terus menggunakan handphone untuk terus menghubungi insan yang kita sayang tersebut.
Curahan rasa rahimah @ ..Prabayar Atau Pascabayar ?
betul tu kita hendaklah menggunakan alat telekomunikasi dengan cara yang betul
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
betul tu kita hendaklah menggunakan alat telekomunikasi dengan cara yang betul dan berhemah
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Pengiklan ajak orang ramai gunakan teknologi untuk rapatkan perhubungan kekeluargaan rasanya.
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..Senarai panduan yang boleh anda beli untuk tambah pendapatan
boleh jadi juga sebab kita kena guna telefon bimbit kita dengan cara yang betul dan berhemah
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
mungkin iklan syarikat telekomunikasi. Menjadikan telefon sebagai pengantara kasih sayang. Jika rindu boleh call, jika terbayang wajah buat je video call.
Mungkin barangkali.
Curahan rasa Alin Marlini @ ..1 Litre of Tears
betul tu sebab biasanya kalau iklan begini melibatkan syarikat telekomunikasi di malaysia
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Comments are closed.