Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kehangatan Sepetang Bersama Blogger 2014 masih terasa sehingga hari ini, inilah acara yang sangat dinantikan oleh blogger dan pengamal media sosial untuk mereka berkumpul bagi mengeratkan silatulrahim. Majlis yang mengumpulkan blogger-blogger Asia Tenggara dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan mungkin negara-negara yang lain juga. Terima kasih kepada pihak Yeo’s Malaysia kerana sudi menjadi penaja utama bagi majlis ini.
Pelbagai hadiah menarik telah pun dimenangi oleh peserta-peserta SBB 2014 tempoh hari, antaranya gajet canggih seperti iPhone 5s dan 5c, iPad Mini, Motorola Moto G, pakej percutian dan pelbagai lagi hadiah dimenangi . Beberapa cabaran juga telah dilakukan sebelum bermulanya lagi majlis Sepetang Bersama Blogger dengan Yeo’s 2014 bagi memeriahkan suasana. Sebelum ini 2 peraduan dari Yeo’s telah pun berlangsung iaitu LOL with FUNderful Video Contest dan Peraduan Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger.
Untuk makluman semua, Yeo’s Malaysia akan mengadakan satu peraduan yang menarik dan hebat iaitu ‘ Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest ‘. Peraduan yang dianjurkan oleh Yeo Hiap Seng Trading Sdn. Bhd. menawarkan hadiah bernilai RM500,000 dan menangi RM 3,000 setiap hari selama 80 hari.
Tempoh peraduan bermula dari 13 Mac 2014 sehingga 31 Mei 2014 sehingga tepat jam 6:30 petang. Pihak Penganjur berhak untuk meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak sekalipun mengikut budi bicara penganjur. Penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan secara automatik hilang kelayakan.
Untuk menyertai peraduan ini , sila rujuk langkah-langkah penyertaan di bawah : –
Langkah 1:
Beli mana-mana minuman Yeo’s, Justea atau SoyRich dibawah dengan Kod Peraduan pada pek minuman atau boleh menggunakan nombor resit rasmi yang bercetak bagi produk minuman Yeo’s, Justea atau Soyrich yang tidak mempunyai Kod Peraduan.
- Tetra Pak 250ml ,
- Tetra Pak1L ,
- botol PET 350ml,
- botol PET 500ml atau
- botol PET 1.5L
Langkah 2:
Sertai Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia dengan mengimbas Kod QR pada pek atau menambah ID WeChat : YeosMalaysia
Langkah 3:
Hantarkan Kod Peraduan dan lampirkan gambar kepada Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia sebagai bukti pembelian. Terdapat 2 cara untuk menghantar Kod Peraduan: –
1. Menggunakan nombor resit rasmi sebagai Kod Peraduan bagi sebarang produk minuman Yeo’s Justea atau Soyrich yang tidak mempunyai cetakan Kod Peraduan atau;
2. Kod Peraduan yang dicetak pada produk minuman Yeo’s Justea atau Soyrich
Gambar yang dihantar hendaklah memenuhi kriteria berikut: –
a) Bagi minuman Yeo’s tanpa Kod Peraduan
– gambar mestilah jelas menunjukkan kuantiti minuman Yeo’s yang dibeli dan juga nombor resit rasmi. Resit yang berlipat tidak diterima.
b) Bagi minuman Yeo’s yang mempunyai Kod Peraduan
– gambar mestilah jelas menunjukkan kod produk Yeo’s yang telah digunakan iaitu: –
- Tetra Pak 250ml : Penyedut minuman dimasukkan dalam produk ataupun pek dilipat.
- Tetra Pak 1L : Tarik dan penutup mesti dibuka atau dilipat.
- Botol PET : Penutup botol mesti dibuka dan diletakkan sebelah botol tersebut.
Langkah 4:
Jika penyertaan anda berjaya, peserta akan dimaklumkan oleh pihak WeChat Yeo’s Malaysia dengan hyperlink untuk melihat iklan komersial Yeo’s melalui Youtube.
Langkah 5:
Jawab soalan yang mudah berkaitan dengan Yeo’s. Penganjur boleh mengubah soalan dalam tempoh peraduan pada bila-bila masa.
Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan Kod Peraduan yang berlainan. Setiap Kod Peraduan hanya untuk satu penyertaan sahaja bermakna 1 minuman Yeo’s untuk 1 penyertaan peraduan. Bagi mendapatkan maklumat peraduan yang lebih jelas anda boleh saksikan video peraduan di Yeo’s 80 Days Drink To Cash Contest
Sangat mudah bukan peraduan yang dianjurkan oleh pihak Yeo’s Malaysia ini, anda hanya perlu membeli minuman Yeo’s Justea atau Soyrich, ambil gambar dan hantar ke Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia. Apa lagi yang ditunggu, rebut peluang ini sekarang dengan hadiah bernilai RM 500,000 untuk dimenangi dan hadiah harian RM 3,000 untuk dimenangi selama 80 hari.
73 Comments
Hari ni dah hantar 2 penyertaan.. Air Yeo’s ada banyak lagi ni.. Simpan untuk penyertaan esok lusa pulak..
Curahan rasa Anarm @ ..Seminar Social Media MSMW 2014
nak kena daftar wechat pulak… huhuhu
Curahan rasa yangbaik @ ..Minuman Tenaga STING
Tudia besarnya hadiah..
Curahan rasa azlanvai @ ..Apa itu TOMNOD?
Yeayyyy!! nak join..
Harini start kan? 🙂
Mudah2an ada rezeki 😀
Curahan rasa Myra Jay @ ..Kisah sebelum majlis Sepetang Bersama Blogger 2014
ya, bermula hari ni. 13Mac2013.
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri MH370 teruskan berdoa bukan mengutuk
Menarik peraduan ni.. Jom pakat-pakat join 🙂
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Aplikasi Waktu Solat Terbaik Android
13 Mac…hari ni la kan contest Yeo’s ni sudah bermula…kena cuba ni…tak boleh lepaskan peluang keemasan di depan mata ni… 😀
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Kenapa TOSHIBA Menjadi Pilihan ?
Betul tu. kena cuba.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Aplikasi Waktu Solat Terbaik Android
Blogger luar negara boleh ikut ke ni?
Curahan rasa anazkia @ ..Berkunjung ke Google Indonesia
Lumayan sangat hadiah yang ditawarkan..hehe..rule dia pun tak susah mana..hehe
Curahan rasa Pondok Papan @ ..Cara Buat Duit Dari Rumah
Satu lagi contest yang terbaik dari Yeos,syarat-syaratnya pula nampak mudah sangat ni
Curahan rasa wazy @ ..Formula Pantas Seru Rezeki
In sha Allah mahu turut serta peraduan mudah ini
Curahan rasa Ustazah Ain @ ..Sayur Rebus Mudah ( Jangan Bening )
wah, Yeos anjurkan contest lagi lumayan hadiahnya…menarik… siapa yang menang contest SBBYEos baru-baru ni?
Curahan rasa ema @ ..Memetik kata-kata dari Kapten Norudin
Saudara HafizMohd yang menang kak 🙂
Menarik! Boleh mulakan dgn install wechat dulu… =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 Semanis Kurma!
Kawe belum lagi install WeChat lagi. Tapi ada pasang angan nak join. mana tahu bulan Mac ni bulan bertuah. Siapa tahu kan bro? 😀
Curahan rasa Ismail N @ ..Thanks A Million
jadikan angan-angan tu kenyataan bro…heee.
Curahan rasa Denaihati @ ..Mencari berita terkini pesawat MH370
Emm memang sangat menarik tawaran yang diberikan…terpengun seketika.hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Duit Gaji Tak Pernah Cukup???
Wah hebat hadiah ni…kena join ni…Mana tau ada rezekikan..
Curahan rasa Raudzah @ ..GA Mac 2014 By Emas Putih
Comments are closed.