Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kehangatan Sepetang Bersama Blogger 2014 masih terasa sehingga hari ini, inilah acara yang sangat dinantikan oleh blogger dan pengamal media sosial untuk mereka berkumpul bagi mengeratkan silatulrahim. Majlis yang mengumpulkan blogger-blogger Asia Tenggara dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan mungkin negara-negara yang lain juga. Terima kasih kepada pihak Yeo’s Malaysia kerana sudi menjadi penaja utama bagi majlis ini.
Pelbagai hadiah menarik telah pun dimenangi oleh peserta-peserta SBB 2014 tempoh hari, antaranya gajet canggih seperti iPhone 5s dan 5c, iPad Mini, Motorola Moto G, pakej percutian dan pelbagai lagi hadiah dimenangi . Beberapa cabaran juga telah dilakukan sebelum bermulanya lagi majlis Sepetang Bersama Blogger dengan Yeo’s 2014 bagi memeriahkan suasana. Sebelum ini 2 peraduan dari Yeo’s telah pun berlangsung iaitu LOL with FUNderful Video Contest dan Peraduan Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger.
Untuk makluman semua, Yeo’s Malaysia akan mengadakan satu peraduan yang menarik dan hebat iaitu ‘ Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest ‘. Peraduan yang dianjurkan oleh Yeo Hiap Seng Trading Sdn. Bhd. menawarkan hadiah bernilai RM500,000 dan menangi RM 3,000 setiap hari selama 80 hari.
Tempoh peraduan bermula dari 13 Mac 2014 sehingga 31 Mei 2014 sehingga tepat jam 6:30 petang. Pihak Penganjur berhak untuk meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak sekalipun mengikut budi bicara penganjur. Penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan secara automatik hilang kelayakan.
Untuk menyertai peraduan ini , sila rujuk langkah-langkah penyertaan di bawah : –
Langkah 1:
Beli mana-mana minuman Yeo’s, Justea atau SoyRich dibawah dengan Kod Peraduan pada pek minuman atau boleh menggunakan nombor resit rasmi yang bercetak bagi produk minuman Yeo’s, Justea atau Soyrich yang tidak mempunyai Kod Peraduan.
- Tetra Pak 250ml ,
- Tetra Pak1L ,
- botol PET 350ml,
- botol PET 500ml atau
- botol PET 1.5L
Langkah 2:
Sertai Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia dengan mengimbas Kod QR pada pek atau menambah ID WeChat : YeosMalaysia
Langkah 3:
Hantarkan Kod Peraduan dan lampirkan gambar kepada Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia sebagai bukti pembelian. Terdapat 2 cara untuk menghantar Kod Peraduan: –
1. Menggunakan nombor resit rasmi sebagai Kod Peraduan bagi sebarang produk minuman Yeo’s Justea atau Soyrich yang tidak mempunyai cetakan Kod Peraduan atau;
2. Kod Peraduan yang dicetak pada produk minuman Yeo’s Justea atau Soyrich
Gambar yang dihantar hendaklah memenuhi kriteria berikut: –
a) Bagi minuman Yeo’s tanpa Kod Peraduan
– gambar mestilah jelas menunjukkan kuantiti minuman Yeo’s yang dibeli dan juga nombor resit rasmi. Resit yang berlipat tidak diterima.
b) Bagi minuman Yeo’s yang mempunyai Kod Peraduan
– gambar mestilah jelas menunjukkan kod produk Yeo’s yang telah digunakan iaitu: –
- Tetra Pak 250ml : Penyedut minuman dimasukkan dalam produk ataupun pek dilipat.
- Tetra Pak 1L : Tarik dan penutup mesti dibuka atau dilipat.
- Botol PET : Penutup botol mesti dibuka dan diletakkan sebelah botol tersebut.
Langkah 4:
Jika penyertaan anda berjaya, peserta akan dimaklumkan oleh pihak WeChat Yeo’s Malaysia dengan hyperlink untuk melihat iklan komersial Yeo’s melalui Youtube.
Langkah 5:
Jawab soalan yang mudah berkaitan dengan Yeo’s. Penganjur boleh mengubah soalan dalam tempoh peraduan pada bila-bila masa.
Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan Kod Peraduan yang berlainan. Setiap Kod Peraduan hanya untuk satu penyertaan sahaja bermakna 1 minuman Yeo’s untuk 1 penyertaan peraduan. Bagi mendapatkan maklumat peraduan yang lebih jelas anda boleh saksikan video peraduan di Yeo’s 80 Days Drink To Cash Contest
Sangat mudah bukan peraduan yang dianjurkan oleh pihak Yeo’s Malaysia ini, anda hanya perlu membeli minuman Yeo’s Justea atau Soyrich, ambil gambar dan hantar ke Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia. Apa lagi yang ditunggu, rebut peluang ini sekarang dengan hadiah bernilai RM 500,000 untuk dimenangi dan hadiah harian RM 3,000 untuk dimenangi selama 80 hari.
73 Comments
Mesti rebut peluang untuk masuk contest nie…dah lama tak join contest…
pergh hadiah tak boleh nak mantap lagi ke tu? best kalau dapat menang contest ni.hehehehe
Curahan rasa Lizz @ ..DS Factor Ubat Kanser Payudara Dan Pelbagai Jenis Kanser Lain
boleh cuba sertai kontes ni bermula khamis ni nanti… mana tahu ada peluang menang…hee 😀
boleh cuba contest terbaru nih , mana tau ada rezeki kan…
Curahan rasa papa mifz @ ..Bawa Pulang Sebuah Moto G Dari SBBYEOS2014
wah bestnya dapat minum yeos tengah2 panas..
lagi best kalau dapat menang contest ni
Tahun ini nak join contest la.
Curahan rasa Eddy @ ..Doa Hari Khamis
hadiahnya amat lumayan…berita baik untuk mereka yang bijak merebut peluang!
Curahan rasa kakiblog @ ..10 Blogger Terhebat Februari 2014
nak cuba juge… mana tau rejeki dapet tuu
Nak masuk mencuba nasib. Mana tahu ada peluang untuk menang hadiah gempak.
Curahan rasa akubiomed @ ..Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 satu lagi sejarah tercipta
Kontes yang mudah namun dahsyat hadiahnya.
huh menarik, berkira-kira nak join atau tidak..:)
Curahan rasa W.R @ ..Beli Barang Online – Saudagar Adidas
Menarik hadiah contest ni..bolehla try join,…
Curahan rasa eyriqazz @ ..For the Sake of your Family Safety
Menarik betul peraduan ni. Saya memang penggemar soya dan kebiasaannya Yeo’s akan jadi pilihan. Teringat tag line Yeo’s satu ketika dulu “Yeo’s Pilihan Ramaiiii…”
Curahan rasa JunAina @ ..MH370 Salah Seorang Penumpang Rakan Sekerja
sungguh teruja sekali…kali pertama baca memang tidak berapa nak faham. Kena ulang baca banyak kali baru dapat faham. akan datang semula untuk ulang baca sekali lagi…
contest yang hebat di awal tahun 2014…
Curahan rasa yangbaik @ ..Bila langgar prosedur
Lumayannya hadiah dia!! Syarat pun senang.. Lunch hour harus serbu beli Yeos satu carton.. Hehe..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Bantu Kesuburan: ESP Shaklee Alternatif Kepada Clomid?
Comments are closed.