Merancang Untuk 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahter, siapa sangka kita sudah sampai ke penghujung 2015. Sebelum kita melangkah ke tahun 2016 dan meninggalkan tahun 2015, apakata mari kita muhasabah diri setahun apa yang telah kita lakukan sepanjang 2015.

bye bye 2015

Muhasabah diri dan rancang dalam 6 bahagian utama:

  1. Kerjaya atau tugas di tempat kerja
  2. Kesihatan diri
  3. Kewangan diri dan keluarga
  4. Hubungan dengan orang lain (isteri/suami, anak, ibubapa dll yang penting dalam kehidupan)
  5. Hubungan dengan Allah (contoh: solat, ilmu agama yang telah kita pelajari/amalkan/istiqomahkan, mengaji Quran dan lain-lain)
  6. Diri sendiri (contoh: pengurusan masa, kesabaran diri, tabiat yang boleh dibaiki, dan lain-lain).

Di bawah ini adalah soalan – soalan asas untuk tanya diri sebelum buat perancangan.

  1. Apakah 10 kejayaan untuk tahun 2015?
  2. Apakah 10 kegagalan untuk 2015?
  3. Apakah 3 pengajaran yang boleh belajar dari 2015 daripada tindakan saya?
  4. Apakah 1 tindakan yang paling bijak yang memberi impak besar dalam 2015?
  5. Apakah risiko terbesar yang saya ambil pada 2015?
  6. Apakah satu perkara jika saya boleh kembali ke masa itu dalam 2015, saya akan membuat tindakan yang berbeza?
  7. Apakah yang boleh merumuskan berkenaan pencapaian diri pada tahun 2015?

Kemudian review jawapan dan cari apa yang boleh pelajari tentang diri dan buat nota sebagai ‘kata kata ingatan’ untuk 2016. Lepas tu jawab 4 soalan lagi.

  1. Apa yang saya boleh ‘start’ buat untuk 2016?
  2. Apa yang saya boleh ‘stop’ buat untuk 2016?
  3. Apa yang saya boleh ‘do more’ untuk 2016?
  4. Apa yang saya boleh ‘do less’ untuk 2016?

Setelah jawab semua soalan di atas, review semula dan muhasabah diri untuk mencari ‘pattern’ dan ‘trend’. Doa pada Allah untuk memberi petunjuk. Niat membaiki diri untuk merapatkan diri kepada Allah. Lepas tu baru cari idea untuk buat halatuju dan set KPI diri 2016.

Kepada yang mengunakannya tips ini untuk merancang diri dan keluarga semoga capai apa yang dihajatkan dan yang akan usahakan pada tahun 2016. Kepada yang lansung tidak tahu apa yang  nak dijawab pada semua soalan di atas bermakna anda sudah mensia-siakan setahun hidup anda tanpa arah tujuan. Jadikan kesilapan silam sebagai pengajaran untuk perancangan yang lebih baik pada tahun 2016.

Jangan persiakan hidupkan kita yang hanya sebentar di dunia ini.

185 Comments

  1. Insyallah.. Mudah-mudahan tahun 2016 ini bakal kami capai sasaran goal yang terbaik .. Kita doa-doakan semuanya dipermudahkan dalam menghadapi liku-liku kehidupan menghadapi tahun baru ..

  2. Wah.. dian tak dian dah pun berada di tahun 2016, semoga segala yang dirancangkan sudah pun mula di startkan di awal-awal tahun 2016 ini.

    1. Yang sudah berlalu tuh biarkan lah berlalu, sediakan diri untuk menghadapi tahun baru 2016 dengan perancangan yang lebih mantap.

  3. Tidak banyak yang bisa kuucapkan selain selamat tinggal tahun 2015. Terima kasih atas suka dan dukanya. Selamat datang tahun 2016, semoga tahun ini bisa menambah banyak rejeki pahala dan rejeki halal lainnya. Amin
    Curahan rasa yusep @ ..The Best In Kitchen RemodelingMy Profile

  4. Ramai yang meramalkan ekonomi di tahun 2016 lebih mencabar. Bagi masyarakat Cina, ia adalah tahun Monyet. Kita tahu monyet ini suka melompat turun dan naik. Kalau turun dan naik ia tidak seimbang. Maknanya ekonomi tidak menentu adakala naik dsn ada masanya turun.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016My Profile

  5. Perjalanan kita menuju ke tanggal 31 Disember 2016 tinggal 30 minit lagi, rancangan kita sebagai azam baru akan bermula. Ayuh mulakan dengan langkah kaki kanan tetapi dengan doa yang usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!