8 Sebab kenapa hati selalu tidak tenang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mesti kita pernah tertanya, kenapalah susah sangat nak dapat ketenangan hati, hidup sentiasa positif dan lain-lain.

Hari ni saya kongsi 8 PENYEBAB kenapa kita susah untuk sentiasa kekal positif dan susah untuk mendapat ketenangan hati.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

1. Selalu bersedih.
Maksudnya, kita tidak bersedih atas sesuatu perkara sehingga melampau-lampau. Contohnya kematian. Betul, memang sedih. Tetapi tidaklah melampau-lampau sehingga meratap dan seumpamanya. Sebab ia akan mengganggu ketenangan hati dan hidup sentiasa negatif.

2. Rasa gelisah.
Gelisah ini biasanya berkaitan dengan dosa. Sebab Rasulullah pernah beritahu dalam satu hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad, yang mana dosa adalah segala perkara yang membuatkan kita gelisah dan tak nak orang tahu. Maka, bertaubatlah!

3. Malas
Ini sikap yang semua orang maklum bahawa ia akan menjadi penyebab utama kita susah nak positif, dan hilang ketenangan. Sebab banyak kerja tertangguh.

4. Lemah
Rasulullah pernah menyebut dalam suatu hadis riwayat Muslim dan Ahmad, yang mana Allah lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah. Hidup jangan lembik je.

5. Pengecut
Hidup kena berani, apatah lagi bila berhadapan perkara yang kita tak suka. Jangan jadi pengecut, lebih-lebih lagi kalau kita dah buat salah. Kena berani hadapi.

6. Bakhil
Apabila kita sentiasa kedekut, percayalah, hidup kita tak akan tenang, malah kita sentiasa akan merasa negatif dengan orang di sekeliling.

7. Cengkaman hutang.
Yang ini pun ramai sedia maklum. Berhutang ini membuatkan kita rasa gelisah, hidup tak tenang, rasa serba salah, dan macam-macam lagi.

8. Penindasan orang.
Apabila kita lemah, malas dan sentiasa bersedih, akan ada kemungkinan besar bahawa hidup kita akan sentiasa ditindas orang. Dan bila kita selalu di tindas, itu yang menyebabkan kita sentiasa rasa negatif dengan kehidupan, rasa sedih, gelisah, dan seumpamanya.

Dan lebih menarik, semua ini adalah dalam doa perlindungan di dalam al-Mathurat.

Kalau kita selalu baca al-ma’thurat, inshaAllah kita akan selalu baca doa minta perlindungan daripada perasaan bersedih dan gelisah, sikap malas dan lemah, jiwa pengecut dan bakhil serta keadaan cengkaman hutang dan penindasan manusia.

Semoga bermanfaat 🙂

11 Comments

  1. A simple reminder tapi menusuk kalbu. Tahu pasal Al-Mathurat ni tapi tulah khilaf diri sendiri tak amalkan. Baca bila sedih jer…. huhuhuuuu…
    Curahan rasa Mrs. A @ ..KisahnyaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!