Bisnis 2016 pilihan saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pengalaman bisnis aku adalah sikit daripada pengalaman dan pemerhatian. Mungkin sedikit kelebihan kerana aku berani menceburi berbagai bisnis sebelum ini. Pada awal tahun 2000 aku berhijrah ke industri IT daripada industri kulinari yang aku pelajari di Universiti, berkhidmat di hospital kerajaan dan syarikat swasta dan berniaga lebih dua belas tahun. Aku berani menceburi industri IT apabila seorang usahawan berkata trend perniagaan dunia adalah perniagaan berteraskan IT. Katanya tanpa internet anda bukan peniaga dan aku menyahut cabaran tersebut.

Trend industri dot com dunia
Trend industri dot com dunia

Pada pertengahan tahun 2000 jemaah bisnis online kami mula melibatkan diri dalam bisnis emas yang digabungkan dengan konsep IT. Ketika itu harga emas dunia hanya USD200 se ounce. Keberanian kami sangat berbaloi apabila harga emas naik sehingga USD1925 se ounce pada akhir tahun 2009. Ketepatan analisa kami bukan kerana kebijaksanaan kami tetapi menerima nasihat daripada beberapa mentor bisnis ketika itu. Itulah pentingnya berbisnis dalam jemaah, mempunyai beberapa mentor bisnis yang betul dan berada dalam trend bisnis masa depan yang betul seperti sebelum ini trend dot com dan trend emas. Bisnis masa depan pasti trend akan berubah.

Trend industri emas dunia
Trend industri emas dunia

Dalam kegawatan ekonomi 2015 dan next 2016 majoriti bisnis akan merudum tetapi ada bisnis akan menaik. Banyak syarikat akan tutup kedai dan ada juga berbagai cabang bisnis yang sudah dan bakal tumbuh bagai cendawan selepas hujan ketika musim ekonomi sedang merudum. Ada bisnis kelihatan sangat real tapi bukan real dan ada juga real tapi hayat tidak akan panjang berdasar sejarah bisnis yang lepas. Lebih baik kita membuat bisnis berdasarkan sedikit kajian dan nasihat pakar bisnis bukan sekadar ikut-ikut begitu sahaja. Bisnis yang bakal anda ceburi mesti ada kaitan dengan sosial media kerana inilah trend bisnis sekarang seperti statistik terkini. Pakar ekonomi kata dimana manusia berkumpul disitu duit berhimpun dan kini lebih 15 juta rakyat Malaysia kaki Facebook.

Trend sosial media Malaysia
Trend sosial media Malaysia
Pengguna internet dan Facebook Malaysia 2015
Pengguna internet dan Facebook Malaysia 2015

Kepada yang sudah dan bakal menceburi bisnis apa pun pengalaman yang bakal dilalui anggap semua itu sebagai pengalaman yang akan mendewasakan kita dalam dunia bisnis. Pengalaman adalah ijazah yang paling mahal apabila kita bersedia menerima penghasilan dengan ikhlas dan redha samada untung apatah rugi. JANGAN give up apabila bisnis pertama, kedua, ketiga yang kita ceburi berakhir dengan kerugian. Muhasabah diri dan jangan salahkan orang lain.

2016 aku memilih bisnis setelah menganalisa semua pengalaman silam dan analisa masa depan. Kami memilih bisnis yang boleh dilakukan secara berjemaah untuk mengurangkan persaingan dan berjaya bersama. Bisnis yang menggunakan sistem online, sistem sosial media dan pasaran yang luas bukan setakat Nusantara tetapi berpotensi berkembang keseluruh dunia. Sukses atau tidak ALLAH sahaja yg tahu kerana tugas kita Doa sentiasa, Usaha sungguh-sungguh ikut sistem yang betul, Istiqomah dalam usaha biar ketika susah dan senang dan paling penting Tawakal pada yg Esa kerana perancangan ALLAH yg terbaik.

Beranikah anda mempunyai pekerjaan kedua dengan berniaga secara online atau anda antara 67% yang tidak berani berubah dan terus mengkritik diri sendiri melalui kelemahan sistem semasa.

149 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!