Assalamualaikum dan Salam Sejahter, siapa sangka kita sudah sampai ke penghujung 2015. Sebelum kita melangkah ke tahun 2016 dan meninggalkan tahun 2015, apakata mari kita muhasabah diri setahun apa yang telah kita lakukan sepanjang 2015.
Muhasabah diri dan rancang dalam 6 bahagian utama:
- Kerjaya atau tugas di tempat kerja
- Kesihatan diri
- Kewangan diri dan keluarga
- Hubungan dengan orang lain (isteri/suami, anak, ibubapa dll yang penting dalam kehidupan)
- Hubungan dengan Allah (contoh: solat, ilmu agama yang telah kita pelajari/amalkan/istiqomahkan, mengaji Quran dan lain-lain)
- Diri sendiri (contoh: pengurusan masa, kesabaran diri, tabiat yang boleh dibaiki, dan lain-lain).
Di bawah ini adalah soalan – soalan asas untuk tanya diri sebelum buat perancangan.
- Apakah 10 kejayaan untuk tahun 2015?
- Apakah 10 kegagalan untuk 2015?
- Apakah 3 pengajaran yang boleh belajar dari 2015 daripada tindakan saya?
- Apakah 1 tindakan yang paling bijak yang memberi impak besar dalam 2015?
- Apakah risiko terbesar yang saya ambil pada 2015?
- Apakah satu perkara jika saya boleh kembali ke masa itu dalam 2015, saya akan membuat tindakan yang berbeza?
- Apakah yang boleh merumuskan berkenaan pencapaian diri pada tahun 2015?
Kemudian review jawapan dan cari apa yang boleh pelajari tentang diri dan buat nota sebagai ‘kata kata ingatan’ untuk 2016. Lepas tu jawab 4 soalan lagi.
- Apa yang saya boleh ‘start’ buat untuk 2016?
- Apa yang saya boleh ‘stop’ buat untuk 2016?
- Apa yang saya boleh ‘do more’ untuk 2016?
- Apa yang saya boleh ‘do less’ untuk 2016?
Setelah jawab semua soalan di atas, review semula dan muhasabah diri untuk mencari ‘pattern’ dan ‘trend’. Doa pada Allah untuk memberi petunjuk. Niat membaiki diri untuk merapatkan diri kepada Allah. Lepas tu baru cari idea untuk buat halatuju dan set KPI diri 2016.
Kepada yang mengunakannya tips ini untuk merancang diri dan keluarga semoga capai apa yang dihajatkan dan yang akan usahakan pada tahun 2016. Kepada yang lansung tidak tahu apa yang nak dijawab pada semua soalan di atas bermakna anda sudah mensia-siakan setahun hidup anda tanpa arah tujuan. Jadikan kesilapan silam sebagai pengajaran untuk perancangan yang lebih baik pada tahun 2016.
Jangan persiakan hidupkan kita yang hanya sebentar di dunia ini.
185 Comments
Azam dan hasrat di hati sentiasa diingati selalu supaya apa yang dirancang boleh kita kecapi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Marilah sama-sama kita rancangkan sesuatu yang bermakna buat diri kita, keluarga, saudara kita dan rakan kita agar ianya lebih baik dan mendapat sesuatu yang menjadi harapan kita lebih bermakna.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Kegagalan kita ditahun 2015 bukan titik noktah untuk berputus harapan. Jadikan tahun 2016 adalah tahun yang memberi kehidupan yang sempurna.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Dengan keazaman yang tinggi, maka sudah tentu kita mahu sesuatu yang indah dan makna dalam kehidupan kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Bolehkah kita bersedia untuk menghadapi tahun baru 2016? Apakah rancangan yang perlu kita lakukan? Hanya kita sendiri yang perlu rancangkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Amalan kita terhadap Allah Taala sentiasa meningkat agar kehidupan kita diberkati dan mendapat pahala berganda-ganda.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Setiap permulaan dengan merancang sesuatu yang boleh memberi kehidupan yang lebih baik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Jangan tinggalkan tahun 2015 dengan kegagalan dan jangan mulakan tahun 2016 dengan perkara yang tidak mendatangkan kebaikan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Semoga tahun 2016 adalah titik permulaan untuk mendapatkan kehidupan yang baik bagi keluarga kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Rancang saja tiada maknanya jika tidak disusuri dengan tindakan yang betul. Semoga tahun 2016 tahun yang terbaik sepanjang hidup kita selama ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Ya Allah Ya Tuhan Ku…. semoga tahun 2016 adalah tahun yang paling bermakna dalam hidup ku ini. Semoga bisnes yang aku jalankan boleh mengubah hidup ku lebih baik daripada tahun 2015.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Apa yang Tuan Denaihati sarankan patut dipuji, ia boleh dijadikan panduan untuk semua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Target tahun 2016 biarlah realistik, jangan berangan menggunung tinggi tanpa menilai kemampuan kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Tahun 2016 nampaknya semakin hampir tiba dan tahun 2015 akan kita tinggalkan , namun jika disemak banyak yang belum mencapai apa yang kita idamkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Rancanglah sebetul-betulnya untuk tahun 2016 dan jangan hangat-hsngat tshi ayam sahaja, bila di penghujungnya ng tahun semuanya tidak menjadi seperti yang kita harapkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Comments are closed.