Assalamualaikum dan Salam Sejahter, siapa sangka kita sudah sampai ke penghujung 2015. Sebelum kita melangkah ke tahun 2016 dan meninggalkan tahun 2015, apakata mari kita muhasabah diri setahun apa yang telah kita lakukan sepanjang 2015.
Muhasabah diri dan rancang dalam 6 bahagian utama:
- Kerjaya atau tugas di tempat kerja
- Kesihatan diri
- Kewangan diri dan keluarga
- Hubungan dengan orang lain (isteri/suami, anak, ibubapa dll yang penting dalam kehidupan)
- Hubungan dengan Allah (contoh: solat, ilmu agama yang telah kita pelajari/amalkan/istiqomahkan, mengaji Quran dan lain-lain)
- Diri sendiri (contoh: pengurusan masa, kesabaran diri, tabiat yang boleh dibaiki, dan lain-lain).
Di bawah ini adalah soalan – soalan asas untuk tanya diri sebelum buat perancangan.
- Apakah 10 kejayaan untuk tahun 2015?
- Apakah 10 kegagalan untuk 2015?
- Apakah 3 pengajaran yang boleh belajar dari 2015 daripada tindakan saya?
- Apakah 1 tindakan yang paling bijak yang memberi impak besar dalam 2015?
- Apakah risiko terbesar yang saya ambil pada 2015?
- Apakah satu perkara jika saya boleh kembali ke masa itu dalam 2015, saya akan membuat tindakan yang berbeza?
- Apakah yang boleh merumuskan berkenaan pencapaian diri pada tahun 2015?
Kemudian review jawapan dan cari apa yang boleh pelajari tentang diri dan buat nota sebagai ‘kata kata ingatan’ untuk 2016. Lepas tu jawab 4 soalan lagi.
- Apa yang saya boleh ‘start’ buat untuk 2016?
- Apa yang saya boleh ‘stop’ buat untuk 2016?
- Apa yang saya boleh ‘do more’ untuk 2016?
- Apa yang saya boleh ‘do less’ untuk 2016?
Setelah jawab semua soalan di atas, review semula dan muhasabah diri untuk mencari ‘pattern’ dan ‘trend’. Doa pada Allah untuk memberi petunjuk. Niat membaiki diri untuk merapatkan diri kepada Allah. Lepas tu baru cari idea untuk buat halatuju dan set KPI diri 2016.
Kepada yang mengunakannya tips ini untuk merancang diri dan keluarga semoga capai apa yang dihajatkan dan yang akan usahakan pada tahun 2016. Kepada yang lansung tidak tahu apa yang nak dijawab pada semua soalan di atas bermakna anda sudah mensia-siakan setahun hidup anda tanpa arah tujuan. Jadikan kesilapan silam sebagai pengajaran untuk perancangan yang lebih baik pada tahun 2016.
Jangan persiakan hidupkan kita yang hanya sebentar di dunia ini.
185 Comments
Bagus buat perancangan macam ni. Nanti senang nak semak dan perbaiki kelemahan diri untuk tahun 2016.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Tugasan AdvertorialMY Akhir Tahun
Teknik listing macam ini adalah mudah untuk membaca dan mengenalpasti. Buat dalam bentuk point dari isi isi tersebut.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Ada entries macam ni lain kali boleh kita rujuk sahaja kat blog denaihati ni.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Checklist nih memang penting, supaya tak lah terjadi macam Bro DH di tahun 2015 yang tertinggal kad pengenalan diri tat kala nak fly… hurmmm…
Kena selalu semak matlamat dan visi yang ingin dicapai setiap hari sebagai ingatan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kisah Pengalaman Pesakit yang Disahkan Bebas Kanser Tahap 3
tahun 2015 memang mencabar
tahun 2016, makinnn mencabar
memang kene bersedia mental dan fizikal nak hadap 2016 pulak..huhuhu
Curahan rasa mashitahmamat @ ..New Year Giveaway By HoneyOnnee.Com
Nampaknya macam tulah mashitah mamat. Memang kena bersedia secara fizikal dan mental.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Jika gagal merancang. usaha kita tidak akan ada target. Jadi nak selamat kena ada perancanag yang di buat sejak awal tahun lagi.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Iyup betul tuh, perancangan adalah penting untuk memastikan matlamat yang di bina dapat di realisasikan.
Sebelum tahun baru bermula dah ada matlamat tahun hadapan. Moga tahun depan lebih baik dari tahun ini.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tahun yang dilihat makin mencabar, bagaimana dengan harga petrol naik tak esok?
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Bila ada perancangan yang baik akan terhasil hasil yang baik. Kena rancang baru nampak apa untuk langkah seterusnya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Perancangan yang baik sudah mesti diperlukan, pelaksanaan juga kena mengikut cara yang betul, barulah boleh dapat hasil yang baik.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Bagus panduan ini. Kena mula merancang untuk tahun 2016 nanti. Banyak juga yang terlepas dari rancangan bagi tahun 2015 ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Untung lah sesiapa yang rajin lawat blog denaihati, boleh dapat macam macam panduan dan tips yang berguna.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Sememangnya blog Denaihati penuh dengan nasihat, panduan dan tip untuk kehidupan di dunia dan juga akhirat. Rugi kalau tidak melawat blog beliau.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
alhamdulilah..tulisan yang sungguh bernilai.
ringkas tapi mampu menguruskan perjalanan keseluruhan tahun 2016.
terima kasih atas perkongsian ini. 🙂
Tim Denaihati dah buktikan dengan projek projek yang mereka telah laksanakan. Memang tips yang mantap ni..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Perancangan tu penting… Sebab tu ada orang kata… Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk kegagalan…..
Curahan rasa Anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Orang bijak pandai kata, usaha itu tangga kejayaan, berakit rakit kehulu, berenang renang ketepian, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Semua orang mahukan kejayaan tetapi kejayaan tidak datang bergolek, ia perlu dengan tindakan yang betul.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
boleh buat seperti dlm entri ni..nak kena review dan plan utk setahun akan dtg ni..
Curahan rasa JMR @ ..Testimoni: Minuman Botani GlamoHealth â Pemecah Batu Karang
Praktikal sangat tu bro JMR boleh diamalkan tu. Hanya salin dan ubah mana mana yang perlu.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Saya suka posting kali ini. Walaupun ringkas, tapi sebenarnya inilah framework untuk menetapkan halatuju 2016. Panduan untuk dijawab secara jujur oleh diri sendiri dan mengambil tindakan yang sewajarnya sempena tahun baru.
Curahan rasa Azwan @ ..Pemenang RM 1 Juta Sijil Simpanan Premium BSN bagi Tahun 2015.
Hanya tanya diri sendiri dan isikan untuk siapakan matlamat diri tahun 2016.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
banyak persoalan yang tidak terjawab. kita berupaya merancang walaupun tidaklah merancang untuk gagal tetapi kadang-kadang gagal juga melaksanakan perancangan kerana kurang teliti dalam melaksanakan perancangan… huhuhu
Curahan rasa yangbaik @ ..Mencari pintu kebaikan
Kalau tidak diperhalusi memang banyak lompang lompang yang perlu ditampal kelak. Cuba baiki pula pada tahun.hadapan. Harap harap sukses semuanya.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Betapa ramai juga individu yang merancang tetapi merancang untuk menjadi gagal, walaupun sebenarnya tiada sesiapa yang mahukan kegagalan. Namun pada asasnya, individu yang berjaya adalah mereka yang bukan semata-mata merancang, tetapi juga melaksanakan apa yang telah mereka rancangkan.
Orang yang hebat adalah.Mereka yang boleh merealisasikan matlamat mereka, walaupun berbagai cabaran yang mendatang.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Persoalan lain timbul apabila terdapat mereka yang berazam, namun disudahi dengan kegagalan. Memang wujud perbezaan antara orang yang gagal dengan mereka yang berjaya walaupun mempunyai azam dan semangat yang berkobar-kobar.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Ramai yang gagal sebab tiada perancangan, mereka tak nampak halatuju yang jelas.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Azam merupakan matlamat yang menjadi impian seseorang. Impian ini bukan angan-angan kosong, tetapi seharusnya adalah hasrat dan keinginan yang realistik.
Objektif inilah antara yang tersirat di sebalik azam baru menjelang setiap kali tahun baru.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Secara rasionalnya, persediaan kita pada setiap waktu dan ketika adalah untuk berubah menjadi yang lebih baik di masa akan datang dan meninggalkan semua kesilapan silam.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Comments are closed.