Assalamualaikum dan Salam Sejahter, siapa sangka kita sudah sampai ke penghujung 2015. Sebelum kita melangkah ke tahun 2016 dan meninggalkan tahun 2015, apakata mari kita muhasabah diri setahun apa yang telah kita lakukan sepanjang 2015.
Muhasabah diri dan rancang dalam 6 bahagian utama:
- Kerjaya atau tugas di tempat kerja
- Kesihatan diri
- Kewangan diri dan keluarga
- Hubungan dengan orang lain (isteri/suami, anak, ibubapa dll yang penting dalam kehidupan)
- Hubungan dengan Allah (contoh: solat, ilmu agama yang telah kita pelajari/amalkan/istiqomahkan, mengaji Quran dan lain-lain)
- Diri sendiri (contoh: pengurusan masa, kesabaran diri, tabiat yang boleh dibaiki, dan lain-lain).
Di bawah ini adalah soalan – soalan asas untuk tanya diri sebelum buat perancangan.
- Apakah 10 kejayaan untuk tahun 2015?
- Apakah 10 kegagalan untuk 2015?
- Apakah 3 pengajaran yang boleh belajar dari 2015 daripada tindakan saya?
- Apakah 1 tindakan yang paling bijak yang memberi impak besar dalam 2015?
- Apakah risiko terbesar yang saya ambil pada 2015?
- Apakah satu perkara jika saya boleh kembali ke masa itu dalam 2015, saya akan membuat tindakan yang berbeza?
- Apakah yang boleh merumuskan berkenaan pencapaian diri pada tahun 2015?
Kemudian review jawapan dan cari apa yang boleh pelajari tentang diri dan buat nota sebagai ‘kata kata ingatan’ untuk 2016. Lepas tu jawab 4 soalan lagi.
- Apa yang saya boleh ‘start’ buat untuk 2016?
- Apa yang saya boleh ‘stop’ buat untuk 2016?
- Apa yang saya boleh ‘do more’ untuk 2016?
- Apa yang saya boleh ‘do less’ untuk 2016?
Setelah jawab semua soalan di atas, review semula dan muhasabah diri untuk mencari ‘pattern’ dan ‘trend’. Doa pada Allah untuk memberi petunjuk. Niat membaiki diri untuk merapatkan diri kepada Allah. Lepas tu baru cari idea untuk buat halatuju dan set KPI diri 2016.
Kepada yang mengunakannya tips ini untuk merancang diri dan keluarga semoga capai apa yang dihajatkan dan yang akan usahakan pada tahun 2016. Kepada yang lansung tidak tahu apa yang nak dijawab pada semua soalan di atas bermakna anda sudah mensia-siakan setahun hidup anda tanpa arah tujuan. Jadikan kesilapan silam sebagai pengajaran untuk perancangan yang lebih baik pada tahun 2016.
Jangan persiakan hidupkan kita yang hanya sebentar di dunia ini.
185 Comments
Setiap masa itu perlu dipenuhi dengan azam dan usaha yang kental untuk menjadi yang terbaik.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Ia bertepatan dengan sebuah hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi di mana Allah lebih suka kepada seorang muslim yang melakukan apa jua perkara secara sempurna dan teratur, malah sentiasa pula berusaha untuk memperbaiki usahanya pada setiap ketika.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Betul tu. Kena ada azam yang tinggi bagi mencapai apa-apa cita-cita yang di hajati bagi tahun 2016 nanti.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Azam nak kena sentiasa kuat, jangan cepat mengalah sebelum mencapai apa yang di hajati.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Inilah masanya memeriksa senarai yang kita buat, apa yang sudah dan belum dilaksanakan lagi. Inilah.masanya kita melakukan check and balance orang kata.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Azam yang tinggi perlu disusuri dengan tindakan yang drastik dan penuh kesungguhan yang jitu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Kesungguhan dalam merialisasikan Azam itu yang pentingnya tuh, supaya apa yang kita idamkan tidak kelauttt…
Jangan sesekali takut untuk bangun semula setelah jatuh, itu adalah pengalaman namanya.Teruskan usalah untuk mencapai Azam yang 1.
Betul tu. Kena sentiasa berusaha untuk buat dan dapat hasil yang terbaik. Insyallah akan berhasil.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Tugasan AdvertorialMY Akhir Tahun
Azam ini mestilah dijadikan panduan dalam melaksanakan segala aktiviti kita supaya ia selari dan sejajar dengan tindakan yang akan diambil. Jadi tidaklah akan tersasar dari matlamat asal.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Yang terbaik memang menjadi idaman semua orang, namun pancaroba yang besar perlu ditempuh
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kisah Pengalaman Pesakit yang Disahkan Bebas Kanser Tahap 3
Perlukah kepada azam dan minda yang baru menjelangnya tahun baru? Secara umumnya, sebagai seorang individu, kita perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa juga mahu maju ke hadapan dalam melakukan apa saja perkara yang baik.
Sebagai umat Islam pula, kita digesa untuk sentiasa bermuhasabah dengan memperbaiki diri dan amalan dalam kehidupan
Ini kerana seorang individu muslim yang baik adalah mereka yng sentiasa berusaha untuk menjadi individu yang terbaik, di mana amalan dan kehidupannya pada hari ini lebih baik daripada yang semalam, manakala kehidupan pada keesokan pula seharusnya lebih baik daripada hari ini.
Matlamat dan usaha ke arah kebaikan pula tidak tertumpu hanya pada ketika atau waktu yang tertentu sahaja, seperti menjelang tahun baru dan sebagainya, bahkan ia dituntut berlaku pada setiap masa.
Dalam perniagaan juga inilah masa menentukan halatuju syarikat pada tahun hadapan, contoh paling mudah Kalau kita tiada kepakaran dalam perladangan , tapi kita mahir dalam hartanah, sepatutnya kena fokus bisnes dalam hartanah dan yang seangkatan dengannya.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Contoh yang kedua katakan sebelum ni kita buat dropship menjual produk orang lain, adakah boleh saya keluarkan produk sendiri memandangkan saya modal terkumpul yang banyak, produk apa yang saya perlu fokus?
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Kena fokus dengan apa yang dibuat, kalau dah berjaya baru la kembangkan ke bisnes lain pula
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kisah Pengalaman Pesakit yang Disahkan Bebas Kanser Tahap 3
Kena perbaiki diri. Baiki balik apa-apa yang kurang pada tahun ini dalam tahun depan insyallah.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Kena diri dengan lebih mendalam lagi, perbetulkan segala kekurangan diri, insyallah akan maju jaya.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Sikap memperbaiki diri memang kena sentiasa ada, bermaksudbkita kena sentiasa belajar, supaya dapat menambah apa yang kurang, tidak kira lah ilmu spiritual atau duniawi.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Apa yang tidak dicapai tahun lepas boleh perbaikinya di tahun ni,semoga tercapai la impian
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kisah Pengalaman Pesakit yang Disahkan Bebas Kanser Tahap 3
Itulah yang sebaiknya. Sentiasa bermuhasabah diri dan amalan kita agar sentiasa buat yang baik-baik sahaja hendaknya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Tugasan AdvertorialMY Akhir Tahun
Islam menggalakkan umatnya sentinel bermuhasabah setiap hari sebelum mereka tidur, dan berazam untuk memperbaikinya esok.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
perancangan sudah ada, insyaAllah semoga Allah permudahkan semua urusan kita dalam tahun 2016
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Keperluan Vitamin D Untuk Kanak-kanak
Amin. semoga Allah bantu kita semua nak jadi lebih baik lagi pada tahun akan datang. Usaha tangga kejayaan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Setelah segala peancangan di buat, berdoalah agar Allah memperkenankan sega apa yang kita hajati, tapi ingat nak kena berusaha k…
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Jika dah ada perancangan alhamdulilah. Semoga tercapai apa yang di azamkan akak.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Tugasan AdvertorialMY Akhir Tahun
Moga diperkenankan perancangan yang baik tu Raihanah. Mereka yang berbisnes memang seharusnya ada perancangan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Orang bijak pandai kata kalau gagal merancang, adalah merancang untuk gagal sebenarnya.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Dah sampai masanya kita bermuhasabah diri… buat senarai semak untuk tahun 2015… dan rancang strategi untuk tahun 2016..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Betul tu tuan. Kena buat senarai semak. Mana-mana yang perlu diperbaiki pada tahun 2016 nanti.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Perbaiki mana yang patut, tinggalkan mana yang tidak patut. Terus maju jaya di tahun baru 2016.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Entri yang baik untuk dijadikan panduan mereka yang belum pernah membuat list azam tahun baru seperti ini.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Senarai semak memang nak kena sentiasa ada, demi untuk memastikan apa yang kita hajati akan tercapai dengan jayanya.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Senarai tu boleh ditampal untuk dijadikan tatapan setiap hari, barulah makin bersemangat untuk meneruskan kerja kita.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Matlamat yang kita rangka dapat menggambarkan, dengan penuhnya setiap satu matlamat, ia mampu meneguhkan matlamat utama kita.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Yea tu. Kena setkan matlamat yang akan kita capai lepas tu berusaha ke arah tersebut. Insyallah akan ada hasilnya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Matlamat kena batul, jangan merangka matlamat yang bebukan pulak, baru lah boleh berjaya.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Mestilah realistic dan boleh dicapai, tetapkan satu tahap yang boleh kita sentuh. Selepas ditingkatkan lagi tahap tu.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Kalau matlamat sebelum ini untuk dapatkan jualan RM 30,000 sebulan jadi sasaran setiap hari adalah jualan sebanyak RM 1,000′ sehari. Jadi selepas ini naikkan sasaran ke Rm100,000 sebulan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Selepas itu kembangkan cara untuk dapatkan jualan RM3,000 sehari. Berapa trafik yang diperlukan, untuk dapatkan sales sebanyak itu.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Perancangan yang diuruskan dengan baik akan dapat membantu kita mengurus masa kita dengan baik.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Bila merancang. Masa kena tengok baik-baik. Jika tidak kita akan terlepas masa-masa berharga nanti.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Bila sudah dirancang pastikan kita melaksanakan mengikut perancangan tersebut, barulah kita boleh hasilkan kejayaan matlamat itu nanti.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Matlamat yang kita ditetapkan mencerminkan pengisian sebenar visi dan misi kita di sepanjang tahun 2016 nanti.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Pemahaman sebegini penting, kerana semua tindakan yang disusun akan menjurus kepada pencapaian matlamat ini.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Kita sendiri kena faham apa kelemahan dan kelebihan kita, tidak semestinya semua benda kita kena lakukan sendiri atau orang panggil one man show.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Ada setengah benda yang kita boleh outsource untuk melaksanakannya. Sudah tentu hasilnya lebih cantik berbanding bila kita laksanakan sendiri.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Yea, Kena ada matlamat yang jelas. Agar apa-apa yang di usahakan nanti akan tercapai dengan jayanya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Untuk lebih jelas sebaiknya kita print dan tampalkan supaya kita sentiasa aware dengan matlamat dan visi kita itu.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Perancangan disusun dan diatur bertujuan untuk mencapai sesuatu sasaran. Malah penetapan sasaran adalah langkah pertama, sebelum perancangan dirangka.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Result yang kita inginkan itulah sasaran yang kita hendak capai.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
‘start’ ‘stop’ ‘do more’ ‘do less’ untuk 2016? hurmm.. mau panjang berjela-jela listing nanti nih…
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Betul tu. Kena selalau tengok nanti. Agar ianya tak jadi balik untuk masa-masa akan datang.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Nampaknya memang panjang list tu nanti, tapi hasilnya nanti memang memuaskan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Sememangnnya nak kena muhasabah diri dalam nak menempuhi tahun baru nih. Semoga ada perubahan yang besar dalam hidup kita nanti.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Amin. Harapnya macam tu lah, ada perubahan untuk tahun 2016 nanti. Sama-sama berusaha.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Harap semua cita cita yang murni itu semua akan tercapai nanti.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Setiap orang ada azam dan cita-cita apabila tibanya tahun baru, maka jadikan azam itu satu plan tindakan yang boleh menjadikan kita lebih bersemangat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Tahun 2016 ni dengarnya lebih mencabar kena sedia fizikal dan.mental.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Mencabar jugak soalan2 yang nak kena jawab mengenai tahun 2015 tuh, memang terasa di smash2 dengan soalan tuh. Semoga tahun 2016 bakal merubah segala-galanya.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Jika nak jawap satu-satu memang banyak yang kena perbaiki pada tahun 2016 nanti.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Itu lahnya kan, rasanya memang setiap hari ade jer yang perlu di perbaiki tuh..
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Memamg membuka minda soalan soalan itu semua. Memang boleh dijadikan template bila nak buat perancangan nanti.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
“Jadikan kesilapan silam sebagai pengajaran untuk perancangan yang lebih baik pada tahun 2016”.Satu quote yang sangat bagus dari admin tuh…
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Jadikanya sebagai pengajaran untuk kita menjadi lebih baik pada tahun 2016 nanti. Harap ada kebaikannya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Jadikan ia titik tolak untuk kita bermula dengan sesuatu yang baru dan lebih baik lagi.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Semoga tahun 2016 nanti menjanjikan 1000001 kebahagian dan di kurniakan kesihatan yang sejahtera.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Itu memang menjadi impian semua warga netizen semua. Moga tercapai cita cita ru nanti…Aminnnn
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Nak kena pasang azam baru dah nih… Semoga azam2 kita yang lepas-lepas terlaksana dengan jayanya.Bagi yang tak berjaya tuh, tak per sesama kita teruskan tuk melaksanakannya …
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Orang kata buang yang keruh dan ambil yang jernih. Moga cahaya yang terang benderang menanti kita dihadapan nanti.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Begitu cepat masa berlalu.. rasanya macam baru jer jejakkan kaki ke tahun 2015, tp hari nih dah hari terakhir… Selamat datang 2016.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Kita jumpa lagi tahun hadapan nanti ya, rasa macam setahun baru jumpa ya….
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Comments are closed.