Assalamualaikum dan Salam Sejahter, siapa sangka kita sudah sampai ke penghujung 2015. Sebelum kita melangkah ke tahun 2016 dan meninggalkan tahun 2015, apakata mari kita muhasabah diri setahun apa yang telah kita lakukan sepanjang 2015.
Muhasabah diri dan rancang dalam 6 bahagian utama:
- Kerjaya atau tugas di tempat kerja
- Kesihatan diri
- Kewangan diri dan keluarga
- Hubungan dengan orang lain (isteri/suami, anak, ibubapa dll yang penting dalam kehidupan)
- Hubungan dengan Allah (contoh: solat, ilmu agama yang telah kita pelajari/amalkan/istiqomahkan, mengaji Quran dan lain-lain)
- Diri sendiri (contoh: pengurusan masa, kesabaran diri, tabiat yang boleh dibaiki, dan lain-lain).
Di bawah ini adalah soalan – soalan asas untuk tanya diri sebelum buat perancangan.
- Apakah 10 kejayaan untuk tahun 2015?
- Apakah 10 kegagalan untuk 2015?
- Apakah 3 pengajaran yang boleh belajar dari 2015 daripada tindakan saya?
- Apakah 1 tindakan yang paling bijak yang memberi impak besar dalam 2015?
- Apakah risiko terbesar yang saya ambil pada 2015?
- Apakah satu perkara jika saya boleh kembali ke masa itu dalam 2015, saya akan membuat tindakan yang berbeza?
- Apakah yang boleh merumuskan berkenaan pencapaian diri pada tahun 2015?
Kemudian review jawapan dan cari apa yang boleh pelajari tentang diri dan buat nota sebagai ‘kata kata ingatan’ untuk 2016. Lepas tu jawab 4 soalan lagi.
- Apa yang saya boleh ‘start’ buat untuk 2016?
- Apa yang saya boleh ‘stop’ buat untuk 2016?
- Apa yang saya boleh ‘do more’ untuk 2016?
- Apa yang saya boleh ‘do less’ untuk 2016?
Setelah jawab semua soalan di atas, review semula dan muhasabah diri untuk mencari ‘pattern’ dan ‘trend’. Doa pada Allah untuk memberi petunjuk. Niat membaiki diri untuk merapatkan diri kepada Allah. Lepas tu baru cari idea untuk buat halatuju dan set KPI diri 2016.
Kepada yang mengunakannya tips ini untuk merancang diri dan keluarga semoga capai apa yang dihajatkan dan yang akan usahakan pada tahun 2016. Kepada yang lansung tidak tahu apa yang nak dijawab pada semua soalan di atas bermakna anda sudah mensia-siakan setahun hidup anda tanpa arah tujuan. Jadikan kesilapan silam sebagai pengajaran untuk perancangan yang lebih baik pada tahun 2016.
Jangan persiakan hidupkan kita yang hanya sebentar di dunia ini.
185 Comments
Amanah kerja yang kita dipertanggungjawabkan perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Itu sudah semestinya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Sudah semestinya amanah yang diberi harus dijalankan dengan baik dan sempurna
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kisah Pengalaman Pesakit yang Disahkan Bebas Kanser Tahap 3
Berdoa banyak-banyak agar diampunkan disa dan dipanjangkan usia agar boleh menambah ibadat yang kurang sebelum ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Ada juga yang ingin berubah untuk mencari lebih banyak pendapatan untuk menampung keadaan ekonomi yang merudum.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Itu sudah semestinya, bertambahnya tahun makan bertambah jugalah umur masing-masing, anak-anak pun semakin mengkat dewasa, banyak perbelanjaan yang di perlukan.
Ada yang berazam untuk menambah pendapatan dengan membuat beberapa kerja dalam satu masa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Tahun 2016 dah nak sampai bebepa jam lagi. Pastinya setiap orang ada azam masing-masing.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Tahub baru 2016, pasti ada azam baru untuk ditargetkan. Moga ia lebih baik daripada tahun 2015.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
2016 ni ingat nak jadi orang yang pemurah dan juga jadi blogger yang berjaya … http://www.gerobokbuku.com/
Muslim itu bukan berazam setahun sekali, tapi berazam setiap hari. Malam ni muhasabah balik tahun 2015,besok buka baru.
Jgn lupa isi minyak keta malam ni, boleh tahan sampai tshun depan
Lagi 5 jam nak tutup buku 2015… selamat tinggal 2015.. dan welcome 2016.. harap2 kita semua lebih bersedia memperjuangkan ekonomi diri dan keluarga .. 😉
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Memang kena buat perancangan dengan jelas dan betul, supaya kita boleh fokus kepada.apa yang patut kita lakukan selepas ini.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
semoga kita semua mendapat apa yang kita hajati dan semoga diberkati Allah. InsyaAllah.
Curahan rasa Bistari Corner @ ..The End of The 2015
First sekali kena ada niat untuk berjaya… Bila dah pasang niat, kemudian disusuli dengan perancangan, usaha dan diakhiri dengan tawakal… In Shaa Allah kejayaan akan menjadi milik kita…
Curahan rasa Anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Kena buat azam awal tahun. Lepas ni kena tengok selalu adakah tercapai atau tak azam tersebut. Jika tidak kena usaha lagi.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Tugasan AdvertorialMY Akhir Tahun
Ya betul tu… Kena buat azam awal tahun dan juga pemantauan… kalau rajin buat Gantt Chart… Macam buat projek tu… Lepas tu boleh tengok progress kerja mingguan, bulanan atau tahunan…
Curahan rasa Anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Bukan senang nak capai azam tahunan kita jika tak ada kesungguhan dan usaha yang berterusan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Tugasan AdvertorialMY Akhir Tahun
Jika buat perancangan macam ni. Insyallah kita boleh selalu pantua azam tahun kita.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Tugasan AdvertorialMY Akhir Tahun
Comments are closed.