Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Pengurusan data lebih sistematik dengan blockchain dan smart contracts“. Kali ini Abang nak berkongi kisah kembara ke Kemboja untuk sekian kali bekerjasam dengan Koperasi Muslim Kemboja.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Tarikh 24/1/2010 adalah tarikh keramat yang membawa Abang buat pertama kali menjejaki bumi Kemboja. Semuanya berlaku apabila sahabat bisnis Tuan Hj Khanafi yang ketika itu berada di Mekah sedang mengerjakan haji menelefon memberi tahu niat hati beliau untuk memulakan usaha membantu umat Islam Kemboja. Mungkin ALLAH bagi hidayah kepada beliau untuk memulakan usaha yang ramai orang Malaysia sudah buat. Bermula daripada panggilan telefon tersebut maka gerak kerja bermula. Abang diperkenalkan kepada Tuan Hj Masrukhin yang ketika itu sering berulang alik ke Kemboja menguruskan pembantu rumah. Maka tertubuhlah syarikat eQurban khusus untuk projek Qurban dan Aqiqah di Kemboja.
Kali petama menjejaki bumi Kemboja
Kali pertama Abang ke Kemboja melalui Siem Reap dan terus ke Kampung Cham sehingga ke Stung Treng di sempadan Laos melihat lokasi terbaik menternak lembu untuk qurban dan aqiqah. Daripada Stung Treng kami terus ke Phnom Penh, keseluruhan jarak melebihi 1000 km memakan masa beberapa hari kerana keadaan jalan yang kurang baik. Kami tidak pergi bertiga tetapi ditemani Cikgu Fuad dan Cikgu Hanizan daripada UUM. Dalam perjalan ini juga kami berbincang untuk menubuhkan Koperasi Muslim Kemboja sebagai pengelaras segala bisnis dan bantuan yang akan masuk ke Kemboja. Ketika itu tiada lagi akta koperasi di Kemboja malahan tiada lagi koperasi yang ditubuhkan di sana.
Dalam perjalanan yang jauh ini kami singgah di banyak tempat antaranya rumah-rumah ketua komuniti muslim setempat. Setiap kali singgah pasti kami dihidangkan dengan menu istimewa Ikan Toman. Di Malaysia tak pernah makan Ikan Toman jadi pada permulaan agak sukar juga tekak nak terima tetapi lama kelamaan terpaksa terima untuk menghormati tuan rumah.
Koperasi Muslim Kemboja membantu mengembangkan ekonomi umat Islam
Alhamdulillah pada 25/1/2018 untuk sekian kalinya kami ke Kemboja lagi bersama Koperasi Muslim Kemboja. Kali ini untuk meraikan penyerahan Pusat Pembelajaran Al Barkat yang di bina oleh keluarga Hajah Barkat jauh dipendalaman Kampung Cham. Ini bukan projek pertama yang diinfaq oleh keluarga Hajah Barkat Bee kerana sebelum ini sudah beberapa masjid di bina oleh keluarga ini.
Inilah fungsi Koperasi Muslim Kemboja iaitu menguruskan dana-dana yang datang daripada berbagai negara untuk berbagai projek mengikut kehendak pemberi dana. Ada yang ingin membina masjid, ada yang ingin membina sekolah, ada yang ingin membeli tanah, ada yang ingin membina perigi pam, ada yang memberi bantuan pelajaran dan sebagainya. Pemberi infaq bukan sahaja daripada Malaysia malahan ada yang dari Arab Saudi, Kuwait, Singapore, Indonesia, Brunei dan banyak lagi negara-negara lain yang berhati pemurah. Pengurusan Koperasi akan memilih lokasi paling sesuai di seluruh Kemboja dan memastikan setiap projek dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Selain itu Koperasi juga berperanan menyediakan sekolah-sekolah untuk mendidik anak-anak bukan sahaja fokus kepada pendidikan agama juga ilmu umum bagi melahirkan anak-anak yang bakal menjadi jurutera, doktor, farmasi dan sebagainya. Usaha sama dengan berbagai pusat pengajian tinggi dalam Kemboja dan luar negara iaitu di Malaysia, Indonesia dan Turki telah dibuat untuk memastikan misi pendidikan berjaya.
Penempatan-penempatan baru konsep felda untuk keluarga Islam telah dibina bertujuan untuk mengeluarkan umat Islam daripada masalah kemiskinan. Keluarga Islam miskin yang tinggal di perahu dan rumah rakit sekitar Phnom Penh telah di bawa ke penempatan baru dengan diberi rumah dan tanah untuk mereka kerjakan.
Pengambaran Drama Teratai Kemboja
Sebelum pulang ke Malaysia, sempat singgah ke lokasi pengambaran drama Teratai Kemboja lakunan Dato Adi Putra dan Fasha Sandha. Lokasi pengambaran lebih kurang tiga jam memandu daripada Kampung Cham. Team Koperasi Muslim Kemboja yang membantu team pengambaran drama ini daripada mencari lokasi sehingga proses pengambaran selama seminggu di Kampung Chhnang. Team produksi telah ke Kemboja sebulan sebelum pengambaran untuk berbincang dengan pengurusan Koperasi persediaan teknikal dan dokumentasi. Drama arahan Along Kamaruddin bakal ditayangkan di TV3 pada bulan Ramadan tahun ini. Dapat jugalah Abang berselfie dengan Fasha Sandha dan krew-krew pengambaran yang lain.
Mengulangi kembara pertama ke Kemboja
Perjalan kali ni memang mencabar kerana perlu melalui off road lebih daripada tiga jam. Bas tidak boleh masuk sampai ke lokasi jadi perlukan kenderaan 4×4 untuk mengangkut rombongan lebih 30 orang. Teringat zaman kanak-kanak dulu ketika jalan masih tanah merah apabila nak ke sekolah dan ke bandar. Kami yang lelaki menaiki motor lebih sejam ketika nak keluar bagi mejimatkan waktu. Jom tengok video perjalan kami di pendalaman kemboja untuk bertemu penduduk kampung yang bersemangat nak mengubah kehidupan. Apalah sangat kesusahan kita di Malaysia ini.
Kepada sahabat-sahabat yang ingin ke Kemboja, insyaallah kami sedia membantu.
Abang Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
26 Comments
makin jauh kita mengembara makin kita sedar yang betapa kita perlu bersyukur dengan nikmat di negara sendiri. Saya tak pernah lagi sampai di Kemboja.
ye.. kita ingat kampung di malaysia dah teruk kan? masih ada yg kurang bernasib baik
Comel lak tgk Fasha Sandha kat post ni. Macam sesuai je dok sebelah Tn Haji Amir kite tu hehehe..
ahahah.. mau naik angin mem besar hj amir.. hhaha.. cantik lah fasha sandha ni
Saya masih belum ada pengalaman pertama kali jejak kaki ke Kemboja. Selalu baca update FB Tn hj Amir kembara ke Kemboja. InsyaLALlah satu hari nanti saya jejak kaki ke sana
bila la nak jejak kaki ke kemboja. Katanya banyak tempat cantik. Kalu tak, kita takde la buat shooting drama kat sana kan
mudah”an slalu di beri kesehtan, rezeki yang berlimpah kepada mereka yang berhati mulia,,aminn
Curahan rasa konveksi oke @ ..Konveksi Tas Gendong Murah Bandung
Jauh perjalanan, luas pengalaman.. makin jauh makin kita tahu yang betapa kita perlu bersyukur dengan nikmat di negara sendiri. Saya tak pernah lagi sampai di Kemboja. Maybe 1 hari nanti..
Curahan rasa JMR @ ..Murtabak Singapore Zam-zam. Menu Wajib Cuba Bila Ke Singapore
Jauh berjalan luas permandangan kan tuan, semoga berjaya kutip ibrah di perantauan untuk bekal hidup yang tersisa
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Pakej Umrah 2018 & Cara memilih syarikat pengendali terbaik!
PAtutlah macam pernah nampak dan tahu orang dalam gambar tu, jauh berjalan pergi ke kemboja kan awal awal tahun ni
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Masbro Village Homestay Menarik Di Alor Gajah Melaka! Macam di Oversea
artikel nya sangat menarik terima kasih untuk infonya i like it , thanks
Curahan rasa grosir gamis murah @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
mulia sungguh hati admin. semoga muslim disana semakin mendapat perhatian dunia. amin
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..JDT Juara Piala Sumbangsih 2018 Menewaskan Kedah
Muslim haruslah mempunyai sifat suka membantu. Tn Denaihati kita ni memang idola ramai blogger utk jadi sepertinya..
Kang best kalau semua orang kaya seperti Tn Haji ni mengembara ke ceruk ceruk yang ada kelompok Muslim terpinggir dan bantu mereka.
moga abang dan team mendapat ganjaran luar biasa dengan segala macam pengorbanan ni..aminn
Curahan rasa kauthar mohd @ ..10 sebab kenapa vivix boleh kecutkan cyst dan fibroid
Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki kepada mereka sekeluarga.Dapat dijadikan saham akhirat kelak.Semoga dipermudahkan segala urusan di sana.Inshaa Allah.
Curahan rasa Ira @ ..Apa Bahan Yang Digunakan Dalam Produk Shaklee Bahagian 14
ye.. kalau kita banyak mmbantu yang susah allah akan gandakan rezeki kita
Ehh tak nampak pulak Abam Amir semasa dalam melodi baru ni .. ada siaran langsung dari sana interview fasha .. hehe
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..9 Keistimewaan dan Manfaat Simpan SSPN1M-i Plus, Pelan Simpanan Pendidikan Terbaik!
Alhamdullilah. Seronok kalau dapat ke sana berjumpa saudara Muslim. InsyaAllah nak ke sana juga nanti.
Curahan rasa cikpinz @ ..Telefilem Pok Ya Cong Codei Realiti Sebenar Masyarakat
Allah kurniakan rezeki kepada keluarga tersebut untuk bina banyak masjid, alhamdulillah. Saham dunia dapat, akhirat pun dapat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Homestay Shah Alam Seksyen 25 Di Pangsapuri Damai
Comments are closed.