Industri Blog 2018 : Ke mana halatuju?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang tahu bahawa terdapat ramai daripada anda di luar sana yang tahu apa itu blog. Namun, ada juga yang masih ingin tahu mengenai sejarah dan keadaan industri blog masa kini.

Blog pertama yang wujud telah dicipta oleh Justin Hall, pada bulan Januari 1994. Pelajar kolej ini lebih awal dari zamannya, bahawa dia telah membuat blog dengan nama links.net yang beliau anggap sebagai ‘laman peribadi’. Tetapi, blog seperti yang kita ketahui hari ini telah menjadi lebih daripada satu buku harian ringkas di laman sesawang. Blog hari ini telah mendapat tempat di antara sumber maklumat paling boleh dipercayai di internet.

Blog juga penting bagi mereka yang mempunyai perniagaan tidak kira secara offline atau online. Kajian menunjukkan individu atau  syarikat yang mempunyai blog:

  • telah menerima lebih 97% pautan ke laman sesawang.
  • lebih 70% pengguna mendapatkan maklumat lanjut di artikel blog.
  • 94% pembaca yang menekan butang ‘share’ ingin berkongsi maklumat dengan dunia atas talian.
  • pelawat bertambah sebanyak 55% ke laman blog.
  • 92% pelanggan yang diperolehi adalah dari artikel-artikel di blog.
Kenapa perlu ada blog?

Kenapa orang suka blog?

Terdapat kira-kira 1.5 bilion blog di internet. Individu, perniagaan kecil, dan bahkan syarikat besar adalah ahli komuniti blog. Blog juga sangat penting untuk pemasaran dan perhubungan awam dan mereka meningkatkan jualan ‘e-commerce’ dan sesuai untuk manaiktaraf perniagaan.

Anda tidak perlu menjadi seorang pakar dalam teknologi atau pakar memasak untuk menulis blog. Apa yang perlu anda lakukan ialah menulis tentang sesuatu yang anda hayati dengan lebih mendalam. Terdapat banyak cara untuk membentangkan topik tertentu tetapi perkara yang paling penting adalah jujur, supaya blog dapat menjadi terjemahan dari fikiran, pengetahuan dan pendapat anda.

Demografi dan habit pembaca juga membantu dalam penyebaran artikel blog.

Blog hasilkan pendapatan?

Ramai penulis blog sudah berkongsi cara membuat duit dengan blog. Sekiranya ramai yang mengikut tips-tips yang telah diberikan. Di antaranya adalah affiliate, google adsense, pengiklanan ‘banner’, ulasan berbayar, kursus online, penulis jemputan dan banyak lagi.

Anda boleh memberi maklumat, provokatif, pendidikan, hiburan dan seribu perkara lain tentang anda dan topik anda akan membentuk ‘niche’ blog anda. Sebaik sahaja blog anda mula memperoleh keperibadian tertentu, ia akan menarik orang yang berfikiran sama. Dan dari situlah bermulanya ‘unique visitor’, pageviews dan pelbagai lagi aspek untuk dikepilkan di dalam portfolio anda.

Bagi yang ingin bimbingan dengan blog, boleh sertai Elite Blogger Program.

Buat Duit Dengan Blog

Justeru terdapat kepentingan juga untuk para usahawan mempunyai blog sendiri kerana kajian telah menunjukkan betapa pentingnya blog untuk sesebuah syarikat di samping menjadi sebahagian identiti. Industri blog dunia telah menunjukkan bahawa kepentingan artikel di blog juga untuk jangkamasa yang panjang.

Sememangnya kita ada membuat perkongsian di laman sosial media, namun kita tidak tahu setakat mana dan sejauh mana perkongsian itu bertahan. Berbanding dengan menggunakan medium blog sebagai alat pemasaran dan jika ditanya secara peribadi kepada penulis, lebih memilih platform WordPress sebagai pilihan.

Penulis blog di dunia luar telah banyak menjana pendapatan daripada blog
Industri pemasaran blog juga jadi elemen penting untuk sesebuah syarikat.

Bagi mereka yang sudah menjadi penulis blog, sudah tentu ada perancangan dan halatuju dalam memperhebatkan lagi kuasa dan pengaruh blog masing-masing. Kajian juga menunjukkan :

  • 33% penulis blog menghabiskan masa sekitar 6 jam untuk hasilkan artikel berkualiti tinggi termasuk optimasi carian enjin.
  • 15% penulis blog menggunakan video dalam artikel.
  • 23.3% penulis blog memuatnaik artikel pada hujung minggu berbanding 20% pada hari biasa dengan kekerapan 2 hingga 6 artikel.
  • 31.7% penulis blog akan sentiasa memeriksa analytic blog mereka.
  • 77.7% penulis blog meletakkan gambar di dalam artikel dan lebih 51% meletakkan lebih daripada satu gambar.

Penulis blog profesional sentiasa menambah nilai ilmu dari dunia luar.

Di sini telah menampakkan betapa pentingnya industri blog tidak kira untuk individu mahupun syarikat yang cukup banyak di luar sana masih belum mempunyai blog sebagai identiti dan salah satu cabang pemasaran. Semoga panduan ini akan menyemarakkan industri blog pada tahun 2018 dan anda lebih yakin apabila mendalami ilmu blog.

89 Comments

  1. Blogger juga boleh cuba buat affiliate, google adsense, pengiklanan ‘banner’, ulasan berbayar, kursus online, penulis jemputan dan banyak lagi untuk dapt hasil yang lebih.

  2. tugas blogger ialah update blog. jadi, Tulis untuk pembaca dan tidak perlu risau sekiranya Google membuat kemaskini algoritma mereka atau seumpamanya, kerana aktiviti kita selari dengan apa yang mereka ingin capai.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!