Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dua entri “Cara Membina Jenama Blog” dan “Blog Terperangkap Dalam Dunia SEO” (sengaja letak internal link untuk menarik minat pembaca klik entri lama) mendapat maklumbalas yang sangat baik daripada Rakan Blogger. Aku akan cuba berkongsi pengalaman menguruskan blog Denaihati dengan cara yang mudah difahami dan tidak terlalu teknikal semuga ada sesuatu ilmu yang dapat membantu Rakan Blogger baru dan lama yang bersungguh dalam dunia ini.
Satu lagi topik yang biasa menjadi perbincangan adalah niche blog. Blog yang mempunyai niche tertentu lebih mudah membina jenama dan jadi terkenal berbanding dengan blog yang carca marba. Bayangkan kalau blog yang biasa bercerita tentang harta tanah seperti Blog INI tiba-tiba membuat entri Adam dan Hawa pasti kelihatan pelik dan itu yang dikatakan mengejar kata kunci panas tidak seperti Blog INI (sengaja letak external link untuk bantu promosi blog kekawan) yang dari awal sudah biasa menyelitkan kisah artis dalam entri-entrinya.
Niche blog boleh ditentukan daripada awal atau dibina secara perlahan-lahan mengikut masa. Contohnya Amanz.my (sengaja letak external link untuk dapat backlinks dari blog berkualiti) terkenal dengan blog informasi teknologi yang sudah terkenal bukan sahaja di kalangan Blogger malah di kalangan industri teknologi. Blog Beautifulnara.com pula fokus dengan berita dan gosip artis terkini yang tersohor menjadi Blog no satu Malaysia. Paultan.org menguasai berita automobil terkini dan blog automobil no satu Malaysia. Bukan mudah untuk kita berentap dengan ketiga-tiga blog ini jika kita ingin menulis mengikut niche yang telah mereka kuasai. Untuk menjadi seperti mereka perlu ada kesabaran dan mencari niche baru yang belum lagi diterokai oleh Blogger lain.
Blog Denaihati membina niche bercampur-campur yang fokus. Kalau smartphone akan menulis tentang iPhone, kalau bola sepak akan menulis berita team Arsenal, kalau Islam fokus tentang penghinaan Islam, isu masyarakat terpilih dan paling banyak mendapat maklumbalas adalah tajuk Blogging Tips. Maknanya Blogger masih boleh menulis berbagai tajuk tetapi mesti fokus tidak bercampur aduk-aduk terlalu banyak tajuk dan isu sehingga kelihatan tiada fokus. Niche blog bercampur-campur tapi fokus adalah formula kejayaan Blog Denaihati yang mungkin boleh menjadi contoh kepada Rakan Blogger. Dengan niche blog juga boleh mengawal diri daripada menulis entri dengan kata kunci panas yang tidak sesuai dengan blog.
Teringat pulak komen dalam Blog INI :”Denaihati.com another broad-niched blog that features technology, news, and opinions. This makes me wonder, how do they manage such broad-niched blogs? But nonetheless, the ranking are in front of you. This blog has achieved a great ranking, and a large fan-base. That way, the power of the blog could be tapped and utilized for better purposes, and we think this blog can achieve greater heights.”
Niche Blog boleh diubah mengikut masa dan keperluan tanpa perlu memadam entri yang sebelumnya (Pernah terbaca Blogger padam entri-entri lama kerana bertukar niche blog). Semakin lama kita menulis semakin ramai pembaca setia dan semakin kita memahami kehendak pembaca setia. Contohnya di blog Denaihati semakin lama semakin aku memahami mana tulisan yang disukai oleh pembaca setia dan mana tulisan yang disukai oleh Google. Jadi kepada Blogger baru dan lama yang belum ada niche blog jangan pening-pening nak pilih niche blog … tulis sahaja apa yang terlintas di hati yang penting tak copy paste entri blog lain. Setelah blog stabil barulah kita pilih niche blog yang paling sesuai. Kekadang sudah ada niche blog pun boleh berubah kalau perlu kerana perubahan masa dan perubahan pembaca setia. Jangan takut untuk berubah niche blog untuk penjenaman baru blog anda.
Tertarik dengan komen Blogger INI dalam entri blog Eizil “Apabila iPhone 5 Menjadi Gadget Impian Para Blogger” : Ilmu SEO ni aku tengok blog2 dari Indonesia banyak share.. tips SEO yang diorang share pun lain2, tak macam blog2 Malaysia yang asyik update tips SEO yang sama je macam blog2 lain.. cuma tajuk je yg berbeza.. hee.. banyakkan blogwalking ke blog2 dari negara seberang..
Aku setuju dengan komen beliau untuk faham ilmu SEO seperti kata kunci, niche blog dan sebagainya Rakan Blogger perlu banyak membaca dan belajar daripada Blogger luar negara bukan sahaja Indonesia malah Profesional Blogger dari Australia, USA dan Europe tak kurang juga kehebatan Blogger India. Atur cara SEO sentiasa berubah mengikut perubahan yang berlaku di Search Engine seperti Google dan Yahoo.
134 Comments
Ya benar, kita perlu pelajari teknik2 SEO yang pelbagai …. bukan sahaja dari negara ini tetapi dari blogger2 antarabangsa … saya sendiri banyak belajar tips SEO dan Google menerusi penerangan dari Matt Cutts (Google). Malah, sifu blogger tersohor Darren Rowse banyak berikan tips dalam berblog … lebih dikenali dalam dunia fotografi menerusi DPS …
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Kontes Cara Mudah Dapat Trafik Tetapi …
Tulis apa yang kita minat. Secara tidak langsung, kita membina niche blog kita sendiri.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Bagaimana Cara Bertanya Dengan Betul Di Internet?
pun dah bercampur baur hehehe…thnaks for sharing…
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Lace long sleeve | Fashion Spotlight
Yer, penting meluaskan pembacaan.
Curahan rasa Arrazi @ ..Kita Berbeza Kerana Kebenaran
niche blog la banyak mengajar saya ttg SEO.. #serius
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..(Parody) Sindrom Oppa Gangnam Style Rakyat Malaysia
niche yang asas seperti kembara ( travel ), makanan, kesihatan, hobi, kewangan, online bisnes pun sudah memadai untuk menarik traffic …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Perbezaan Tahaluf Siyasi Dulu dan Sekarang
yg penting template mesti kemas, tak terlalu byk iklan, senang di navigate, loading yg pantas, content yg updated & lain dari yg lain ( original )
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Perbezaan Tahaluf Siyasi Dulu dan Sekarang
tak kurang penting adalah ruang komen …guna saja macam DH ni …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Perbezaan Tahaluf Siyasi Dulu dan Sekarang
nak gimana bisa nembak keyword buat blog niche, bingung awak
Curahan rasa Toket Tetek @ ..Foto Toket Gede Tanpa Sensor
wah ingin sekali punya nice blog pasti rame dan untung
Curahan rasa Internet Gratis @ ..Internet Gratis 3aon Operamini Handler Desember 2012
Satu kesilapan yang Suara pemikir lakukan dahulu adalah memadam contain blog. menyebabkan ranking terus merudum dan PageRank 2/10 terus kepada 0/10. sedih pun ada. Tapi tak apa Pemikir bermula semula pada April 2012 dengan ‘zero’.. sekarang sedang merangkak mengejar ranking blog. terganggu sekali lagi apabila ranking yg dah elok pada november terganggu setelah menukar domain dari blogspot.com kepada .com… sekali lagi usaha. never give up
Curahan rasa Suara Pemikir @ ..Martin Luther : The Fewer The Words…
sedang belajar berkenaan blog.
Curahan rasa zubir jamhari @ ..Isteri makan dengan lelaki lain.
makin banyak ilmu tentang blogging.
blogwalking menjadi routine sekarang.
tq bro
Curahan rasa ismailrich @ ..Merdeka Plaza – Satu Lagi Mercu Tanda Bandaraya Kuching
india pun ramai yang power dlm seo nih
Curahan rasa Juan @ ..Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) 2012
tentang komen dr eizil tu aku pon setuju….banyak tip seo boleh dapat dr negara seberamg…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Pendakian Bukit Broga Semenyih | Rabbit Fun Land
Salam.
Memang betul, blogger perlu mantapkan identitit blog dulu. Apabila dah kukuh dan stabil, mulalah mencari niche yang betul-betul kaw. Buat permulaan, bicara apa saja yang terdetik di hati. Luahkan, tapi jangan sebarang luah, ada pantang-larangnya. Saya setuju, jangan sekali-kali copy dan paste.
Tengah berguru dengan menjengah blog-blog dah tersohor seperti denaihati.
Curahan rasa ismailrich @ ..Merdeka Plaza – Satu Lagi Mercu Tanda Bandaraya Kuching
aku suka baca blog ni jugak http://www.kakiberangan.blogspot.com/ .. cerita pengembaraan yang sempoi, bila terjumpa hari tu mengalahkan baca novel berhari2 dok mengadap …terutama cerita pengembaraan ke Korea …terasa macam aku lak yg pergi …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..55 Tahun Bahasa Melayu diAnaktirikan di SJKC
mamat ni makin lama makin pro stail penulisan blog dia ..patut la buleh menang http://mitbca.com/index.php award …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..55 Tahun Bahasa Melayu diAnaktirikan di SJKC
aku percaya blogger ni buleh pergi lebih jauh …cayalah
Curahan rasa Bro Yusri @ ..55 Tahun Bahasa Melayu diAnaktirikan di SJKC
kesemua blog yg aku minat aku letakkan kat sini http://www.webdirectory2u.com/ … senang sikit ..dulu letak bookmark saja ..tapi masalahnya seringkali hilang bila laptop problem …sekarang tak lagi selain buleh berkongsi bersama2 …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..55 Tahun Bahasa Melayu diAnaktirikan di SJKC
Comments are closed.