Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dua entri “Cara Membina Jenama Blog” dan “Blog Terperangkap Dalam Dunia SEO” (sengaja letak internal link untuk menarik minat pembaca klik entri lama) mendapat maklumbalas yang sangat baik daripada Rakan Blogger. Aku akan cuba berkongsi pengalaman menguruskan blog Denaihati dengan cara yang mudah difahami dan tidak terlalu teknikal semuga ada sesuatu ilmu yang dapat membantu Rakan Blogger baru dan lama yang bersungguh dalam dunia ini.
Satu lagi topik yang biasa menjadi perbincangan adalah niche blog. Blog yang mempunyai niche tertentu lebih mudah membina jenama dan jadi terkenal berbanding dengan blog yang carca marba. Bayangkan kalau blog yang biasa bercerita tentang harta tanah seperti Blog INI tiba-tiba membuat entri Adam dan Hawa pasti kelihatan pelik dan itu yang dikatakan mengejar kata kunci panas tidak seperti Blog INI (sengaja letak external link untuk bantu promosi blog kekawan) yang dari awal sudah biasa menyelitkan kisah artis dalam entri-entrinya.
Niche blog boleh ditentukan daripada awal atau dibina secara perlahan-lahan mengikut masa. Contohnya Amanz.my (sengaja letak external link untuk dapat backlinks dari blog berkualiti) terkenal dengan blog informasi teknologi yang sudah terkenal bukan sahaja di kalangan Blogger malah di kalangan industri teknologi. Blog Beautifulnara.com pula fokus dengan berita dan gosip artis terkini yang tersohor menjadi Blog no satu Malaysia. Paultan.org menguasai berita automobil terkini dan blog automobil no satu Malaysia. Bukan mudah untuk kita berentap dengan ketiga-tiga blog ini jika kita ingin menulis mengikut niche yang telah mereka kuasai. Untuk menjadi seperti mereka perlu ada kesabaran dan mencari niche baru yang belum lagi diterokai oleh Blogger lain.
Blog Denaihati membina niche bercampur-campur yang fokus. Kalau smartphone akan menulis tentang iPhone, kalau bola sepak akan menulis berita team Arsenal, kalau Islam fokus tentang penghinaan Islam, isu masyarakat terpilih dan paling banyak mendapat maklumbalas adalah tajuk Blogging Tips. Maknanya Blogger masih boleh menulis berbagai tajuk tetapi mesti fokus tidak bercampur aduk-aduk terlalu banyak tajuk dan isu sehingga kelihatan tiada fokus. Niche blog bercampur-campur tapi fokus adalah formula kejayaan Blog Denaihati yang mungkin boleh menjadi contoh kepada Rakan Blogger. Dengan niche blog juga boleh mengawal diri daripada menulis entri dengan kata kunci panas yang tidak sesuai dengan blog.
Teringat pulak komen dalam Blog INI :”Denaihati.com another broad-niched blog that features technology, news, and opinions. This makes me wonder, how do they manage such broad-niched blogs? But nonetheless, the ranking are in front of you. This blog has achieved a great ranking, and a large fan-base. That way, the power of the blog could be tapped and utilized for better purposes, and we think this blog can achieve greater heights.”
Niche Blog boleh diubah mengikut masa dan keperluan tanpa perlu memadam entri yang sebelumnya (Pernah terbaca Blogger padam entri-entri lama kerana bertukar niche blog). Semakin lama kita menulis semakin ramai pembaca setia dan semakin kita memahami kehendak pembaca setia. Contohnya di blog Denaihati semakin lama semakin aku memahami mana tulisan yang disukai oleh pembaca setia dan mana tulisan yang disukai oleh Google. Jadi kepada Blogger baru dan lama yang belum ada niche blog jangan pening-pening nak pilih niche blog … tulis sahaja apa yang terlintas di hati yang penting tak copy paste entri blog lain. Setelah blog stabil barulah kita pilih niche blog yang paling sesuai. Kekadang sudah ada niche blog pun boleh berubah kalau perlu kerana perubahan masa dan perubahan pembaca setia. Jangan takut untuk berubah niche blog untuk penjenaman baru blog anda.
Tertarik dengan komen Blogger INI dalam entri blog Eizil “Apabila iPhone 5 Menjadi Gadget Impian Para Blogger” : Ilmu SEO ni aku tengok blog2 dari Indonesia banyak share.. tips SEO yang diorang share pun lain2, tak macam blog2 Malaysia yang asyik update tips SEO yang sama je macam blog2 lain.. cuma tajuk je yg berbeza.. hee.. banyakkan blogwalking ke blog2 dari negara seberang..
Aku setuju dengan komen beliau untuk faham ilmu SEO seperti kata kunci, niche blog dan sebagainya Rakan Blogger perlu banyak membaca dan belajar daripada Blogger luar negara bukan sahaja Indonesia malah Profesional Blogger dari Australia, USA dan Europe tak kurang juga kehebatan Blogger India. Atur cara SEO sentiasa berubah mengikut perubahan yang berlaku di Search Engine seperti Google dan Yahoo.
134 Comments
tulis apa yang kita buat yg kita minat spt mamat ni http://www.kakiberangan.blogspot.com … cerita pemgembaraan yg sempoi …
hmm..bab2 SEO eden surrender, x pakar pun… yang lain2 eden buat pelan2 jer…yang lain2 pun pelan2 jugak…ye pelan pelan
Curahan rasa Weschairs @ ..Palestine diiktiraf sebuah negara!!
yup setuju sangat, saya terpikir kalau lah habis adam dan hawa nanti mcmanalah traffik blog saya?
satu pencerahan yg amat amat bermakna. nampaknya dilandasan yg betul
Curahan rasa sohoque @ ..Teh ais, tumpah berseni – taken from my instagram
Yup, setuju, kebanyakan blog bila tukar niche, diorang either akan start dari mula balik, which mean buang semua entri blog tu, ada juga yang kalau dah terlalu banyak entri, diorang mulakan dengan blog baru, tak silap dulu DH ada cakap pasal penjenamaan semula rasanya.
Curahan rasa Omar @ ..Validasi Borang menggunakan HTML5
Info yg mnarik..
Curahan rasa Wanayu @ ..3 Blog Pilihan Terbaik
tak mampu nak spesifik kan niche blog sbb suke merepek banyak bende… hihihi
Curahan rasa Nadot @ ..Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3
buat masa sekarang blog saya berniche bebas..tapi lebih kepada informasi
Curahan rasa hafizrahim @ ..Menu Makan Malam : Burger Bakar Abang Burn
niche blog, satu yang susah untuk dimulakan tapi bila dah stabil memang best jadinya.. hehehe
Curahan rasa azriMy @ ..iPhone 5 Gadget Impian
alhamdulillah, baru faham… mulanya dah terasa susah nak cari niche blog saljuhumairah yang caca-marba… nak tanya, kalau kita dah decide niche blog kita, perlu ke delete entry yang merapu dan tak berkaitan.. contohnya entry yang copy paste…?
Curahan rasa hisham @ ..3 Tips Mudah Cemerlang di Universiti
banyak blogger luar yang best-best. blogger filiipina, india dan indonesia. kawanlah dengan diorang. Senang buat duit. Haha..
Curahan rasa titan @ ..Harimau Malaya gigit itu Laos..
Setuju, terutama blogger dari India… mereka menggunakan bahasa english yang mudah faham… tips-tips dari mereka up to date… mereka juga mesra..
Curahan rasa hisham @ ..3 Tips Mudah Cemerlang di Universiti
Saya ingin membaca artikel lebih seksama, tapi terkendala dengan istilah/bahasa yang beda dgn bahasa Indonesia, jadi membacanya jadi berat untuk paham.
Yg pertama Jenama=? terimakasih, harap maklum nyubi
Curahan rasa Suwono @ ..Agen Herbalife Tasikmalaya
Hai Denaihati,
Terima kasih diatas perkongsian ilmu blogging diatas. Saya akan berusaha membina jenama blog saya dengan memberikan fokus pada kualiti dan topik yang saya minati.
Curahan rasa donnyien @ ..6 langkah membantu anda berhenti merokok
banyak lagi yang perlu dipelajari..denaihati byk membantu..
tq..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Gempar!!! Penemuan Terowong Rahsia 100km Di Palekbang Tumpat Kelantan !
Comments are closed.