Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti seluruh Malaysia rasa sedikit kecewa apabila di minit terakhir penyerang Indonesia mencetak gol menewaskan Singapore 1 – 0 kerana penyokong Harimau Malaya mengharapkan perlawanan kedua-dua pasukan berakhir dengan seri atau Singapore menewaskan Indonesia.
Perlawanan Laos vs Malaysia lebih mendebarkan. Gemuruh seluruh kedai makan di Parit Baru, Sabak Bernam apabila Safiq Rahim menjaringkankan gol pertama melalui sepakan keramat tetapi mulai senyam apabila Laos menjaringkan gol penyamaan. Ramai kawan-kawan di Gerai, Facebook, Twitter dan Blogger INI mulai sangsi dan ada yang mencemuh pasukan Harimau Malaya. Penyokong Harimau Malaya kena belajar jadi penyokong kelab besar seperti MU dan Arsenal yang sentiasa berada di belakang pasukan ketika menang dan ketika kalah.
Penyokong bangkit semula apabila Safee Sali menjaringkan gol ke dua diikuti gol ketiga oleh Wan Zack dan bertambah gempita apabila gol keempat dijaringkan oleh Khyril. Ada seperti masih tidak percaya Harimau Malaya bisa membaham Laos 4 – 1. Percayalah Harimau Malaya mampu bermain baik seandainya seluruh penyokong setia memberi aura positif tanpa rasa ragu. Kemenangan 4 – 1 Malaysia menyebabkan kumpulan B masih terbuka dan semua pasukan masih layak untuk kepusingan separuh akhir.
Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh Nusantara adalah Malaysia vs Indonesia. Perlawanan ini pasti panas setiap kali berlansung AFF Suzuki Cup. Garuda berazam membalas dendam setelah tewas kepada Harimau Malaya pada final AFF Suzuki Cup 2010. Semuga perlawanan dapat berlansung dengan penuh semangat kesukanan dan penyokong dapat mengawal perasaan tanpa menghamburkan bahasa-bahasa kasar dan lucah.
Untuk layak ke peringkat separuh akhir Harimau Malaya tiada pilihan melainkan menewaskan Indonesia. Keputusan seri bermakna Harimau Malaya akan terkeluar daripada saingan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012 tanpa mengira apa juga keputusan perlawanan Singapore vs Laos.
Keputusan Malaysia vs Indonesia : 2 – 0
Live Malaysia vs Indonesia @ Astro Arena 813 tarikh 1/12/12 jam 8.45 pm waktu Malaysia.
Live Streaming Laos vs Malaysia @ Goal.com.
Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Malaysia vs Indonesia
PENYOKONG HARIMAU MALAYA TERUS MENYOKONG PASUKAN KITA HINGGAA TITISAN DARAH TERAKHIR DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.
KEPUTUSAN AFF SUZUKI CUP 2012
Thailand vs Vietnam : 3 – 1
Philippines vs Myanmar : 2 – 0
Singapore vs Laos : 4 – 3
Tahniah kepada Harimau Malaya yang dapat menewaskan Garuda 2 – 0. Harimau Malaya akan menentang Thailand untuk peringkat separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012.
Jadual Separuh Akhir AFF Suzuki Cup 2012
Pusingan Pertama
Philippines vs Singapore pada 8/12/12 jam 8.00 pm waktu Philippines di stadium Memorial Rizal.
Malaysia vs Thailand pada 9/12/12 jam 8.45 pm waktu Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Harga tiket RM40.
Pusingan Kedua
Singapore vs Philippines pada 12/12/12 jam 7.30 pm waktu Singapore di Stadium Jalan Besar.
Thailand vs Malaysia pada 13/12/12 jam 8.20 waktu Malaysia di Stadium Supachalasai.
143 Comments
Tahniah untuk Harimau Malaya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil 16 Besar Liga Champions : Real Madrid Vs Manchester United
KAlau Sepakbola Indonesia belum bisa membenahi masalah dalam kubu PSSI maka mereka takkan bisa berbicara banyak
Curahan rasa munir ardi @ ..SMS Ucapan Selamat Tahun Baru 2013
Betul…..selamapengurus tidak beres, maka prestasi tidak akan muncul.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil 16 Besar Liga Champions : Real Madrid Vs Manchester United
Pembenahan kedalam harus lebih diutamakan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil 16 Besar Liga Champions : Real Madrid Vs Manchester United
Comments are closed.