Membayar hutang membuka banyak pintu rezeki

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Cara bayar hutang pada pemberi hutang yang menghilang”. Kali ini nak kongsi isu panas bab hutang yang memang isu tak kesudahan dari dunia sampai kiamat. Ramai yang rasa bayar hutang membebankan.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Membayar hutang sebenarnya bukan membebankan tapi membuka banyak pintu rezeki lain. Teringat dulu semasa Abang banyak berhutang, isteri selalu nasihat utamakan bayar hutang baru fikir yang lain tapi Abang selalu rasa tak cukup duit nak bayar hutang.

Gaji guna bayar bil dan hutang setiap bulan

Percayakah kita membayar hutang boleh membuka lebih banyak pintu rezeki?

FiFie Mutiara : percaya dengan membayar hutang juga hati dan jiwa akan lebih tenang.

Amir Hassan“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari” – Hadis oleh Imam Baihaqi.

FiFie Mutiara : isu hot sekarang hutang ptptn. Bagi saya dah pandai berhutang pandailah bayar tanpa ptptn time tu tak dapatlah nak menuntut ilmu melainkan ada pilihan lain.

Catzer Catz : Betul tuan haji, saya pernah level negatif berpajak gadai jual apa yang ada untuk setelkan hutang dengan orang kerana ditipu. Sampai sekarang pun ada lagi balance sikit. Meskipun itu hutang ditipu saya set responsibilities bayar juga pada kawan-kawan yang sama-sama ditipu. Hutang ptptn meskipun bayor sikit-sikit tetap bayar sebab masa sign tu takde sape paksa pun sendiri sign agreement tu. Yang penting niat nak bayar hutang, InsyaAllah meskipun Allah tak bagi dalam bentuk duit DIA bagi dalam bentuk lain. Dapat kawan baik-baik dan bersabar dengan ujian-Nya.

Amir Hassan : “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya.” – Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari.

Catzer Catz : Saya tengok orang yang menipu tak tepati janji itu tiap-tiap tahun pergi umrah. Moga Allah bukakan hati dia untuk minta maaf pada kawan-kawan yang diainaya. Hadis ni lah yang saya tanam dalam hati, pujuk hati yakin Allah akan gantikan dengan rezeki yang lebih baik

Achmad Jefry : TEPAT SEKALI. Apa bila kita membayar hutang :

1. Kita telah menyenangkan hati orang kita berhutang. Sama kita menyenang Allah dan Allah akan mula senangkan hati kita.

2. Melepaskan bebad orang kita berhutang. Akan membuat kan Allah menghilangkan beban kita.

3. Bila kita bayar hutang , Allah akan membuat Pintu rezeki kita yang lain kerana Hutang itu wajib di bayar.

4. Ya Allah , aku ada hutang yang wajib atas ku membayar nya. Namun aku tiada kemampuan , maka Ya Allah. KAU TOLONG LAH SELESAI KAN ini kita berserah diri pada Allah, hilang kesombongan kita pada Nya. Maka Allah akan selesaikan Hutang kita melalui rezeki yang dia limpahkan pada kita.

Mudahan kita semua terlepas dari Bebanan hutang. Insyalah.

Farhani Yusoff  : Percaya..tapi ujian nak bayar tu payah nak tepis tapi saya cuba pujuk diri hutang tetap kena bayar.

Izzat NazmiPercaya sangat bila dah settle bayar hutang lega je hati ni, tenang, cuba tengok orang yang berhutang tak tentu hala hidup dia.

Anwar A. ZakiPercaya. Kalau kita boleh setel hutang 100k. Maksudnya, kita dah pandai generate 100k. There is always a lesson in any situation.


Spread the love

57 Comments

  1. Tertarik dengan komen daripada Catzer Catz. Susah nak jumpa mereka yang berhutang sepetti ini, sanggup bergadai demi nak setelkan hutang. Kalau semua peminjam PTPTN macam ni, terjaminlah masa depan generasi akan datang untuk mendapat bantuan PTPTN..setuju tak?
    Curahan rasa JMR @ ..Tips Pilih Pusat Jagaan Untuk AnakMy Profile

      1. Isu hutang hanya ada satu jalan penyelesaian sahaja, iaitu membayarnya. Tak kiralah apa sahaja solusi ‘kreatif’ yang cuba dibawa, hutang tetaplah hutang yang perlu dilangsaikan.

        Mungkin kita boleh bangunkan mekanisma supaya siswa siswi tidak pelu berhutang untuk belajar, tapi, itu untuk generasi depan.

        Generasi yang telah melafaz akad meminjam dan menurunkan tandatangan, membayarnya menjadi satu kewajipan.
        Curahan rasa Wan @ ..Buka Akaun SSPN-i Online Untuk Memudahkan Anak Memohonan PTPTN?My Profile

    1. Betul tuh kan, allahuakbar, semoga di permudahkan lah usaha sayan untuk melangsaikan segala hutang hutang saya sesama insan sebelum saya di jemputnya…

  2. Dalam usaha untuk mengurangkan hutang-hutang. Hutang pertama setle adalah PTPTN. Alhamdulillah, rasa lega sangat dah tak terikat dengan ptptn. Menyesal gak dulu masa belajar tak pulun habis, kalau tak free je tak perlu bayar ptptn macam kebanyakan rakan CN.

    1. Memang ramai yang bermaslah dalam membayar PTPTN, ada yang memang betul betul tak berkemampuan, harap harap yang berkemampuan tuh terskan lah membayar kan.

  3. Saya pun tengah fikir Cara nak bayar hutang cepat sebab lambat atau cepat kena bayar juga. Baik bayar cepat. Alhamdulilah takde hutang lain cuma PTPTN je tapi dekat 40k. Doa kan saya dot cepat abis bayar

    1. Perlahan perlahan..siki sikit pun tak apa, janji ada nampak yang kita nih berusaha untuk membayar hutang kita tuh

  4. Sama sama lah kita sentiasa berdoa semoga Allah murahkan rezeki kita dan permudahkan kita untuk membayar hutang hutang kita yang ada. Memang lege rasana bila dah langsai segala hutang piutang.

  5. Setuju sangat dengan apa yg di tulis admin. Bila kita bayar hutang, secara tak langsung kita dah membantu meringankan beban org yg bg hutang kat kita tuh… mana lah tahu kot dia kebetulan dalam keadaan yang memerlukan..

    1. sesetengah orang itu dah tak kisah pun sebabnya mungkin pemberi pinjam wang hutang itu dianggap terlalu baik untuk ambil tindakan.

      1. Orang yang jenis macam nih lah yang kalau boleh kita nak elakkan bagi pinjam nih. Suka nak amek kesempatan.

  6. Dalam soala PTPTN, memang kerajaan sekarang, dulunya berjanji mahu hapus PTPTN. Tapi itu bukan bermakna yang berhutang tidak payah bayar hutang. Kerana kita sebenarnya berhutang dengan duit awam bukan dengan duit parti.

    Ambil peluang untuk bayar sikit-sikit. terutama bila berhutang dengan orang perseorangan. Bila orang yang dihutangi tidak dibayar hutangnya, dia termasuk dalam golongan yang teraniaya, doanya makbul. Takut-takut dia berdoa tidak baik kepada kita yang berhutang dengannya.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..Hot!!! 10 Ebook Terlaris Terbitan Klikjer Bulan Okt 2018My Profile

    1. benda ini yang perlu diperhalusi sejak awalnya peminjam itu membuat pinjaman dan agak tidak terkeliru pada kemudian hari seperti yang berlaku sekarang

  7. Semoga usaha untuk bayar hutang ini dipermudahkan jalannya oleh Allah, bukan tak nak bayar semua tapi ada keperluan lain yang nak diselesaikan.

    1. itulah yang menghantui dan dihantui. Hidup dengan hutang pasti akan dirasai dan pemberi hutang yang tak dapat bayaran hutang pasti juga rasa tak selesa

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!