Semalam sebuah akhbar melaporkan dua kejadian. Kejadian pertama seorang menantu menumbuk ibu mertuanya di bazar Ramadhan yang menuntut hutang RM200 dan kejadian kedua seorang biras terpaksa menerima 12 jahitan kerana dipukul oleh birasnya yang berhutang RM500.
Aku teringat kisah 3 tahun lepas, seorang teman aku boleh dikatakan setiap pagi dah tercegat depan pagar rumah aku. Apabila pertemu macam-macam hal yang kami bincangkan dari soal bisnis hinggalah politik. Setelah beberapa minggu berulang-alik ke rumah aku akhirnya dia meluahkan hasratnya untuk meminjam duit untuk projek di MINDEF. Katanya 2-3 bulan dia akan dapat semula payment. Aku tahu kalau keluar je duit ni tak tahu zaman bila dapat semula tapi demi nak menyokong usahawan Melayu maka aku pun bagi juga pinjam duit sebanyak RMxx,xxx.00.
Setelah dia dapat duit yang dihajatkan muka dia pun tak nampak. Sehingga sekarang aku tak tahu apa cerita dengan projek MINDEF. Telefon pun dah tak dapat dihubungi. Rupanya nilai persahabat aku dengan teman aku tu hanya RMxx,xxx.00 je. Aku juga kehilangan seorang teman yang lain hanya kerana dia bawa lari keutungan jual dodol di Jalan Tunku Abd Rahman bernilai RM2,500. Sehingga sekarang tak dapat dikesan. Tak kan lah begitu murah nilai persahabatan. Aku dah lama halalkan semua duit yang kawan-kawan pinjam dan tak bayar balik. Kalau dapat semula tu ibarat dapat bonus.
Majoriti Melayu memang senang nak meminjam baik pinjaman pelajaran, pinjaman perniagaan sehinggalah pinjaman peribadi tapi MAHA susah nak bayar balik walaupun mereka berduit dan akibatnya mereka menyusahkan orang Melayu lain yang jujur. Bagi manusia yang tidak suka bayar hutang walaupun 10 sen ada janji seksa daripada Allah swt.
BERMINAT NAK MENJADI RAKAN USAHAWAN SAUDACARE, JADILAH YANG PERTAMA SEBELUM YANG LAIN @ ONE MALAYSIA BLOGSHOPS atau SMS : Taip ANSAR jarak INFO hantar ke 36553
~Terima Kasih~
Khalifah Fedi – Tuan Uruchimaru
14 Comments
perlu kita merumuskan tujuan sejak awal
Curahan rasa munir ardi @ ..Hidup Seorang Blogger
Itu sudah pasti la bro munir.. kalau tiada hala tuju tak tahu nak pegi mana kan
Curahan rasa Steward John @ ..Winner of the Amazing Race Asia Season 4
Saya masih juga teringat entri Saudara yang lepas pasal kisah Dodol tu. Tidak dinafikan memang hati tu sakit sebab kawan sendiri yang kita percaya semalam ni buat benda macam tu. Tak ker dia terasa atau terfikir kalau dia mengalami keadaan yang sama…
bener juga ya bro Steward cakap ni…
siapa pula yang berlaku seperti itu bro
Ler… kena baca la postingan dekat atas tu.. baru dapat ideanya.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Yer la.. tengok kalau dia dan keluarga dia kena benda mcam tu.. tak dia marah?
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
sgt sokong entri ni encik denaihati. dya pn ade mslh pinjam meminjam ni, bilaita dh xreti nk say no, lg senangla org nk pijak kpl kita..dya ni, best friend sgt suka meminjam bukn takat duit tp brg2 lain yg berkaitan. bila dh cukup setaun, bukan takat xnak bayar blik duit yg dipinjam, tp brg yg dipulangkn bukan dlm keadaan yg original. bila ditnya bykla alasan nya. 😥
.-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.
@Dya, Ha, saya pun mengalami perkara sama. Bukan setakat kawan, tapi saya dah boleh anggap sebagai adik angkat. Bukan la juga memburuk2kan orang tapi masalahnya pinjam tak kembalikan duit sampai sekarang. Saya pun bukan jenis orang yang suka menagih sangat.. Cukup la takat dia sendiri sedar.
.-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.
@Steward John, tu la pasal..kalo die berada di tempat kita mesti die pn bengang je org x reti nk bayar balik kt die..sdr mau ingt la… 👿
.-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.
@Dya, Tak pe la Die. Kalau dia tak nak ingatpun atau buat2 lupa, biarkan la. Kadangkala memang hati rasa tak seronok, tapi nak buat macam manakan. Tak nak juga persabatan putus akibat benda tu jer.
.-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.
@Steward John, tula pasal, disbbkn hal tu la persahabatan kitorg selama setahun terputus. bile dya kontek die balik, die boleh buat2 xkenal. buat2 busy. kawin pn die xajak dya….sampai hati die… 🙁
member dya sume ckp dya ni naif sgt sbb pecaya kat die…org lain sume xnk kawan ngan die sbb tu la, tp dya yg degil……tkpelah, nk wat cane..redha jelah…
.-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.
@Dya, Tu la semangat kesetiaan. Kita tawarkan tapi orang reject. Nak buat macam mana.. Tapi saya percaya satu hari dia akan datang balik tu minta bantu.
.-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.
Comments are closed.