Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selepas sarapan pagi di Mesra Homestay kami yang lelaki bergerak ke Auckland International Airport untuk pick up van sewa yang telah ditempah secara online. Kepada yang belum baca kisah perjalanan kami ke New Zealand boleh baca di SINI. Insuran kembara musafir New Zealand kami di taja oleh CS Holidays Sdn Bhd sebuah syarikat pelancungan yang menyediakan berbagai perkhidmatan seperti tempahan umrah, pembelian tiket pesawat, tempahan hotel dan pelancungan muslim.
Alhamdulillah urusan van pertama dengan Eurocar Rental selesai tapi van kedua tak lepas walaupun sudah buat bayaran penuh secara online. Rentalcars.com agen booking kereta sewa yang kami tempah secara online tidak follow up dengan syarikat Go Rental jadi terpaksa cari van sewa yang lain. Alhamdulillah Hertz Rental ada extra van kalau tidak masalah juga sebab bukan mudah nak dapat van di saat akhir.
Dua van sewa dihadapan Mesra Homestay sebelum bertolak ke Rotorua. Sistem memandu sebelah kanan seperti Malaysia membuatkan kami lebih selesa untuk memandu sepanjang kembara musafir New Zealand.
Kepada kaki online tak susah selain WiFi boleh beli package broadband. Pilihan kami gadget broadband vadafone dengan WiFi yang boleh kongsi untuk lima orang berharga NZD99 untuk 2GB.
Lokasi pertama kami adalah Mata-mata tetapi tak tercapai sebab kakak muntah selambak dipertengahan jalan. Lama juga berhenti di perhentian untuk bersihkan baju sejuk yang terkena muntah. Ujian kecil seperti ini biasa berlaku bila mengembara macam ni. Hujan yang turun selepas pekan Turai juga melambatkan perjalanan. Kami sampai Mata-mata yang terkenal dengan keindahan lokasi pengambaran Hobit selepas jam 3.30 pm jadi dah tak boleh nak masuk jadi terus je ke Motel di Rotorua.
Hj Zainal memandu van sewa kami dengan melalui kawasan yang indah menghijau berselang seli ladang lembu, biri-biri dan rusa.
May 25, 2013 | #kembaraNZ : pemandangan menghijau perjalanan Auckland ke Rotorua. Update sila ke blog Denaihati #travel by denaihati on Keek.com
Kami sampai Motel Roto Vegas jam 4.30 pm sempat solat jamak asar dan zuhur sebelum masuk waktu maghrib jam 5.05 pm. Selepas solat jamak maghrib dan isyak kami makan bersama di bilik Hj Khanafi. Makanan yang disediakan isteri Abang Aziz memang sedap kari daging, gulai bebola daging dan serunding daging. Mengikut aplikasi Zabihah hanya ada dua restoran halal di Rotorua tiada lansung pasar halal dan masjid. Aplikasi Zabihah di iPhone5 memang boleh diharap untuk mencari lokasi halal dan masjid apabila mengembara.
Selepas makan kami keluar untuk melihat burung kiwi di Rainbow Spring antara lokasi paling menarik di Rotorua. Tiket berharga NZD28 untuk dewasa boleh digunakan untuk 24 jam kerana ada bermacam pertunjukkan tetapi rasanya kami tak dapat nak tengok semua kerana masa yang sangat terhad. Hujan lebat tak menghalang kami berjalan dalam kegelapan untuk menyaksikan burung kiwi yang hanya ada di New Zealand sahaja. Syarat tak boleh ambil gambar kerana burung kiwi takut pada flash kamera. Sempat juga beli sedikit cedemata di kedai cenderamata Rainbow Spring.
Jam 10.30 pm kami berehat di bilik yang luas dengan berbagai fasiliti memgalahkan hotel empat bintang. Bilik kami dengan dua katil bersaiz besar, 2 katil single, dua bilik air dan ruang tamu berharga lebih kurang RM600 semalam. Khidmat dobi juga disediakan dengan harga NZD5 untuk satu cucian termasuk sabun basuh. Masa untuk berehat kerana esok kami akan melalui kembara yang panjang ke Wellington.
41 Comments
bagus bila dpt cari makanan halal di negara org…terutamanya di NZ. compare to australia, NZ susah sikit nak cari makanan halal kerana jarak yg agak jauh
Curahan rasa sha @ ..Wordless Wednesday : No Camera Please
pengalaman mengembara yg menarik..
kl ke sana nanti blh rujuk2 pengalaman bro denaihati di sini..
syg kl xboleh tgk gmbr burung kiwi…
Curahan rasa cik tom @ ..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
Mabuk dan muntah didalam perjalanan memang biasa. Kena cari kulit limau. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Kenali sains dalam dunia islam dengan Sultans of Science
untungnya percutian ditaja!
adakah utk DH seorg.. atau sekeluarga?
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Sejenak di Pullman Putrajaya Lakeside
muntah-muntah perkara biasa kalau dalam perjalanan jauh lagi-lagi dengan cuaca yang sejuk macam tu. tapi kena take care jugak, takut ada jangkitan ke apa.
bestnyaa. teruskan bercerita! 😀
Curahan rasa Zida @ ..Ringan Di Mulut, Berat Di Timbangan
Jadwal berapa hari dalam kembara kali ini tuan Denaihati
Curahan rasa Safiy Hati @ ..Manfaat Fitness Bagi Kesehatan
Selama kembara juga tidak melupakan untuk update entri khususnya membahas kembara musafir kali ini
Curahan rasa Safiy Hati @ ..Manfaat Fitness Bagi Kesehatan
burung kiwi ada.. jus kiwi mesti ada.. hehehee… nice view
Curahan rasa KiD @ ..Update Blog di Luar Kawasan
Banyak pengetahuan membaca kisah kembara di New Zealand ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Tips Kiat Percaya Diri
isnyaAllah…jika ada rezeki lebih mahu kesana jugak 🙂
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
untungnya dapat mengembara ke negara orang..
Curahan rasa Mus @ ..Melihat Senja Berlabuh Di Tuaran
Agak mahal ya broadbandnya kalau 4G, memang berbaloi kalau 3G sedikit mahal
Curahan rasa munir ardi @ ..Tim-Tim yang akan Bertanding di Piala Konfederasi 2013
Alamak..macam mana rupa burung kiwi yer..emm mabuk kot tu yang muntah..hehe..pemandangan mesti cntik kan kat sini…
Curahan rasa Hafizul @ ..Kenapa Harus Sedih Bila Miskin
Selandia Baru Eloknya lihat tanah pertanian yang penuh dengan Sapi
Curahan rasa munir ardi @ ..Hasil Akhir Final Liga Champion 2013 Borussia Dortmund Vs Bayern Munchen 1-2 Bayern Munchen Juara
Keindahan negara orang memang menginsafkan. Keindahan itu juga bermula dengan mentaliti yang tinggi. Bilakah agaknya Malaysia boleh jadi seperti itu?
Curahan rasa halif @ ..Terbang RM3k
Ternyata burung kiwi takut sama falsh kamera juga rupanya
Curahan rasa safiyhati @ ..Manfaat Fitness Bagi Kesehatan
Comments are closed.