Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selepas sarapan pagi di Mesra Homestay kami yang lelaki bergerak ke Auckland International Airport untuk pick up van sewa yang telah ditempah secara online. Kepada yang belum baca kisah perjalanan kami ke New Zealand boleh baca di SINI. Insuran kembara musafir New Zealand kami di taja oleh CS Holidays Sdn Bhd sebuah syarikat pelancungan yang menyediakan berbagai perkhidmatan seperti tempahan umrah, pembelian tiket pesawat, tempahan hotel dan pelancungan muslim.
Alhamdulillah urusan van pertama dengan Eurocar Rental selesai tapi van kedua tak lepas walaupun sudah buat bayaran penuh secara online. Rentalcars.com agen booking kereta sewa yang kami tempah secara online tidak follow up dengan syarikat Go Rental jadi terpaksa cari van sewa yang lain. Alhamdulillah Hertz Rental ada extra van kalau tidak masalah juga sebab bukan mudah nak dapat van di saat akhir.
Dua van sewa dihadapan Mesra Homestay sebelum bertolak ke Rotorua. Sistem memandu sebelah kanan seperti Malaysia membuatkan kami lebih selesa untuk memandu sepanjang kembara musafir New Zealand.
Kepada kaki online tak susah selain WiFi boleh beli package broadband. Pilihan kami gadget broadband vadafone dengan WiFi yang boleh kongsi untuk lima orang berharga NZD99 untuk 2GB.
Lokasi pertama kami adalah Mata-mata tetapi tak tercapai sebab kakak muntah selambak dipertengahan jalan. Lama juga berhenti di perhentian untuk bersihkan baju sejuk yang terkena muntah. Ujian kecil seperti ini biasa berlaku bila mengembara macam ni. Hujan yang turun selepas pekan Turai juga melambatkan perjalanan. Kami sampai Mata-mata yang terkenal dengan keindahan lokasi pengambaran Hobit selepas jam 3.30 pm jadi dah tak boleh nak masuk jadi terus je ke Motel di Rotorua.
Hj Zainal memandu van sewa kami dengan melalui kawasan yang indah menghijau berselang seli ladang lembu, biri-biri dan rusa.
May 25, 2013 | #kembaraNZ : pemandangan menghijau perjalanan Auckland ke Rotorua. Update sila ke blog Denaihati #travel by denaihati on Keek.com
Kami sampai Motel Roto Vegas jam 4.30 pm sempat solat jamak asar dan zuhur sebelum masuk waktu maghrib jam 5.05 pm. Selepas solat jamak maghrib dan isyak kami makan bersama di bilik Hj Khanafi. Makanan yang disediakan isteri Abang Aziz memang sedap kari daging, gulai bebola daging dan serunding daging. Mengikut aplikasi Zabihah hanya ada dua restoran halal di Rotorua tiada lansung pasar halal dan masjid. Aplikasi Zabihah di iPhone5 memang boleh diharap untuk mencari lokasi halal dan masjid apabila mengembara.
Selepas makan kami keluar untuk melihat burung kiwi di Rainbow Spring antara lokasi paling menarik di Rotorua. Tiket berharga NZD28 untuk dewasa boleh digunakan untuk 24 jam kerana ada bermacam pertunjukkan tetapi rasanya kami tak dapat nak tengok semua kerana masa yang sangat terhad. Hujan lebat tak menghalang kami berjalan dalam kegelapan untuk menyaksikan burung kiwi yang hanya ada di New Zealand sahaja. Syarat tak boleh ambil gambar kerana burung kiwi takut pada flash kamera. Sempat juga beli sedikit cedemata di kedai cenderamata Rainbow Spring.
Jam 10.30 pm kami berehat di bilik yang luas dengan berbagai fasiliti memgalahkan hotel empat bintang. Bilik kami dengan dua katil bersaiz besar, 2 katil single, dua bilik air dan ruang tamu berharga lebih kurang RM600 semalam. Khidmat dobi juga disediakan dengan harga NZD5 untuk satu cucian termasuk sabun basuh. Masa untuk berehat kerana esok kami akan melalui kembara yang panjang ke Wellington.
41 Comments
Very nice place utk rwhatkn minda dgn percutian yg menghijau..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Wordless Wednesday #77
Sebuah perjalanan kembara yang menyenangkan dan berkesan tentunya
Vodafone..teringat line telefon masa belajar dulu,….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Komisen Pertama dari Teknik Bakar Lemak Pantas
antara broadband terawal.. harga rm300 kan.. he he
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Mungkin Dia Jodohku
Hobbit tak muncul….dia orang pergi cari cincin….have a nice trip
Senang sekali bisa melihat gambar dan cerita kembara ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Cara Menjaga Kesehatan
Fuhhh.. Meanarik ni. Entah bila dapat ke New Zealand!
Curahan rasa anif @ ..Burger Bakar Abang Burn Jajahan Johor Bahru
memang best dapat jejak kaki ke negara orang kan. masa rugby world cup kat NZ, rasa nak gak gi sana tapi tak mampu. wuuuu
Curahan rasa arelan @ ..NaSi aRaB DaMsYiK
Sekali sekala melihat keindahan alam sebegini, memang menyeronokkan… Antara destinasi negara yang dalam perancangan untuk dilawati juga ni, boleh dapatkan tips dari entri-entri bro DH di sini… 😀
seronoknya…..bertuah tuan haji…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Pulau Perhentian Snorkeling Terbaik Di Malaysia
wahh..bestnya dapat melancong.. 🙂
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Fakta Serta Alternatif Kepada Gula
Post yg menggamit memori. Tunggu crew jomjalan turun Aucland plak next yr.
Curahan rasa JomJalan @ ..5 Tip Mengelak Bilik Hotel Berhantu di Malaysia
rotorua tempat gunung berapi… dulu kami sewa kereta sahaja.. memang guna 70% guna map, 30% guna kompas masyarakat.. rindunya suasana di sana
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Mungkin Dia Jodohku
Sebuah perjalanan yang melelahkan, namun tentunya sangat berkesan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Fatin Shidqia Lubis Juara X Factor Indonesia 2013
Ya Allah seronoknyaaa
Curahan rasa Kikie @ ..FIX HAIR SALON RIVERCITY
wowww sangat best di sana …
terasa mahu ke sana lah kalau gini gaya nya .. heheheh
Curahan rasa namiacinta @ ..WTF !!!!! Apa Ada Dengan WTF Dan Apa WTF Ni
tahniah pengomen pertama sekali lagi …
Curahan rasa Denaihati @ ..Auckland ke Rotorua
mantap…. namiacinta dua kali jadi pengomen pertama.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Pertandingan Final Liga Champions 2012/2013 : Borussia Dortmund 1 – 2 Bayern München
Comments are closed.