Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mesti ramai dah kenal blogger Melastik Bintang (MB) seorang blogger yang sangat peramah seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan blogger lain. Rasanya pertama kali bertemu di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013, MB menjadi AJK bagi majlis tersebut. Semua blogger yang hadir disapanya dengan penuh mesra. Sangat friendly.
Untuk mengenali lebih lagi siapa MB ni joom kita baca review blog MelastikBintang.com yang telah ditulisnya.
Assalamualaikum wbt,
Syukur alhamdulillah dan ucapan terima kasih kepada Tuan Denaihati kerana membuka peluang kepada rakan-rakan blogger menulis review blog masing-masing untuk diketengahkan dalam blog Denaihati.com. Ini satu peluang yang baik untuk digunakan oleh rakan-rakan blogger untuk mengenengahkan blog mereka dalam usaha untuk penjenamaan blog mereka. Tahniah kepada mereka yang bertuah.
( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )
Bagi MB peluang ini harus diraih kerana bukan mudah untuk dapat peluang sebegini untuk muncul di dalam Blog Peribadi No.1 di Malaysia, malah pemenang bagi Best Most Creative Blog MSMW2013. Kerana itu MB sahut peluang ini dan berusaha untuk menjenamakan blog ini.
Blog Melastikbintang.com
Terhasilnya blog serius ini ialah pada tahun 2012 dimana waktu itu blog ini menggunakan URL www.miorhafis.blogspot.com Menggunakan platform Blogger.com iaitu satu platform percuma dan mudah untuk pengguna ‘beginner‘ seperti MB. Sewaktu itu, blog ini lebih menjurus kepada Lifestyle Blog di mana pelbagai jenis artikel yang MB kongsikan bersama untuk tatapan pembaca. MB mula berblog pada tahun 2009 tapi waktu itu hanya lebih kepada catatan harian dan bukan untuk bacaan orang.
(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)
Dan sewaktu itu juga MB masih lagi menimba ilmu dalam dunia blog ini dan cuba mencari ramuan yang baik untuk menghasilkan artikel dalam blog. Untuk mencapai apa yang dihajati itu, MB berguru dengan beberapa blogger yang dah lama bergelumang dalam dunia blog, malah ada juga blogger-blogger baru yang MB berguru. Terima kasih kepada mereka yang membantu, ‘U know who you are’.
Kenapa Melastikbintang.com
Wujudnya nama Melastik Bintang ialah dari MB sendiri. Waktu nak menjenamakan blog ini, MB mempunyai beberapa matlamat dan hala tuju untuk dicapai dalam hidup. Sering terdengar perkataan seperti ‘meraih impian‘ , ‘meraih bintang‘ ,’menggapai bintang‘ dan bintang itu sendiri menggambarkan sesuatu yang berharga dan indah. Jadi pelbagai cara dilakukan untuk mencapai matlamat yang kita tuju dan akhirnya MB menggunakan nama Melastik Bintang dimana Melastik merujuk kepada satu usaha MB untuk capai matlamat, dan Bintang ialah merujuk kepada matlamat MB. Pada tahun 2012 jugalah blog ini telah mempunyai domain sendiri iaitu Melastikbintang.com.
Bermulanya Niche Baru
Sesetengah blogger mementingkan Niche blog mereka dan menerapkan niche tersebut. Terdapat pelbagai jenis niche antaranya ialah Lifestle, Fesyen, Food, Travel, Parenting dan lain-lain lagi. Lebih tepat lagi mereka menghasilkan sesebuah artikel yang menjurus ke arah niche blog mereka, mungkin juga mereka mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam niche blog mereka.
Ketika waktu itu, MB memikirkan sesuatu yang boleh menarik pembaca ke blog dan MB memikirkan satu niche yang sesuai dengan kehidupan. Kebetulan waktu itu MB baru sahaja dikurniakan cahaya mata, seorang anak lelaki. Dan terdetik dari itu, muncullah idea untuk menjenamakan blog ini dengan salah satu cara iaitu menjadikan blog ini blog yang bernichekan Parenting dan target golongan pembaca adalah sangat luas.
Pesanan dari Melastik Bintang
Apr 13, 2013 | Video #blogger pilihan http://k.to/1yex untuk #followforfollow by denaihati on Keek.com
Susun Atur Blog
Kalau dilihat susun atur di blog Melastikbintang.com sekarang ini, MB menggunakan template yang diadaptasikan dari platform WordPress ke Blogger iaitu Twenty Twelve Template. MB tertarik dengan template-template dari WordPress kerana ianya nampak lebih kemas dan teratur. MB juga amat memetingkan sifat minimalize di dalam blog. Kalau dilihat di blog Melastikbintang.com, ianya tampak lebih kemas dan teratur juga nampak lebih ringkas.
MB juga memetingkan kedudukan widget -widget di sidebar blog , bukan apa jika terlalu banyak widget yang tidak penting didalam blog ianya merencatkan wajah sesuatu blog dan boleh menjejaskan tarikan pembaca untuk singgah di blog. Dalam bahasa mudahnya blog akan nampak semak jika dipenuhi widget. MB juga telah menetapkan beberapa jenis widget untuk muncul di halaman yang sepatutnya maksudnya widget di homepage dan postpage adalah berbeza. Widget di postpage MB lebih tonjolkan widget social media.
Widget Sidebar di Homepage
Widget Sidebar di Postpage
Pengisian Blog
Seperti niche yang telah diberikan, MB menfokuskan artikel-artikel yang berkaitan dengan keluarga, isu-isu rumahtangga, kesihatan, pengurusan bayi juga kanak-kanak dan juga perkongsian tips dan informasi buat pembaca. Artikel dihasilkan berdasarkan pengalaman yang MB lalui sepanjang bergelar bapa dan ketua keluarga juga pengalaman dari isteri yang turut bertindak sebagai Co-Writer di blog MB. Pengalaman kami berdua digabungan dan diterjemahkan dalam artikel.
Bukan sahaja dari segi pengalaman malah dari bahan-bahan rujukan dan hasil pembacaan yang kami buat di sumber-sumber lain juga. Penglibatan MB dalam beberapa jemputan ‘event parenting’ juga ada matlamatnya dan ada isinya juga, sebenarnya penting juga kita hadiri jemputan event untuk menambahkan ilmu di dada. Tidak semua artikel yang MB tulis adalah berkaitan parenting, MB juga akan selitkan artikel-artikel lain seperti berita dan informasi semasa bagi mengelakkan sifat jemu pembaca.
Gaya Penulisan
MB tidak memberatkan dalam soal gaya penulisan artikel di blog. Apa yang MB pentingkan ialah matlamat dan pengisian dalam artikel samada sampai atau tidak kepada pembaca. Dari segi pengganti nama diri MB lebih selesa menggunakan nama ‘MB‘ dari kata ganti diri yang lain seperti ‘aku‘, ‘korang‘, ‘kau‘. Kata ganti nama ini juga penting dalam artikel, ianya bagi mewujudkan keselesaan kepada pembaca dan keserasian antara penulis dan pembaca.
Tetapi ia bergantung juga kepada jenis blog / artikel kerana ada antara mereka menggunakan ‘aku‘ sebagai kata ganti diri kerana ia mungkin lebih sesuai dalam blog berniche Lifestyle /Personal. Dan jika ada antara pembaca blog ini yang sedar bahawa tajuk setiap artikel yang MB hasilkan adalah ‘straight to the point‘ kerana lebih mudah difahami dan mudah bagi enjin carian untuk mengindeks artikel kita.
Statistik Pengunjung Blog
Dulu semasa awal-awal adanya blog ini, MB sering kejarkan trafik yang datang ke blog ini. Kerana apa? Kerana nak nampak hebat dari blog yang lain. Tetapi apa guna jika trafiknya banyak jika artikel yang dihasilkan tidak memberi manfaat atau pesanan yang baik kepada pembaca. Ketika itulah MB cuba pula hasilkan artikel sebegitu untuk menarik pembaca ke blog ini, pada mulanya memang kecewa kerana trafik yang datang tidak seperti yang diharapkan.
Lama-kelamaan perasaan mengejar trafik itu jadi kurang kerana perasaan lebih tertumpu kepada penghasilan artikel yang bermanfaat. Dan sekarang ini alhamdulillah purata UV sehari blog Melastikbintang.com ialah antara 1000K – 3000K. Status PR blog pula ialah PR2, bagi MB ia cukup baik dan usaha harus diteruskan untuk mendapatkan PR yang lebih baik lagi.
Demografik Pembaca Blog Melastik Bintang
Pencapaian Blog
Alhamdulillah blog ini telah tercalon dalam MSMW2013 dalam kategori Favourite Innovative Blog bersama-sama blogger Ariffshah dan beberapa blogger yang hebat. Waktu itu tidak meletakkan harapan untuk menang kerana bayangkanlah blog ini perlu bersaing dengan Ariffshah, satu perkara yang tidak dapat digambarkan kerana semua tahu siapa Ariffshah. Syukur juga kerana blog ini tersenarai dalam finalist dan di tempat ke-2 dalam kategori Favourite Innovative Blog. Terima kasih kepada rakan-rakan di Denaihati Network.
Selain itu juga blog ini telah diberi kepercayaan untuk membuat review-review produk, membuat advertorial dan juga dipanggil untuk sertai event-event (Phillips, Petronas, Majalah Pa&Ma, Metrowealth dll) yang dijalankan oleh pihak penganjur. Boleh dikatakan juga blog ini merupakan salah satu sumber pendapatan MB.
Biografi Penulis
Seorang lelaki yang berumur 28 tahun dan berstatus seorang suami dan ketua keluarga. Gemarkan aktiviti sukan seperti futsal dan paintball. Dilahirkan pada 3 Jun 1985 di Kuala Lumpur. Anak kepada seorang pesara kerajaan dan seorang suri rumah, anak ke 3 daripada 3 beradik. Membesar di Shah Alam dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Seksyen 16 dan Sek Men Keb Seksyen 19 Shah Alam. Kemudian meneruskan pelajaran di peringkat Sijil di Politeknik Seberang Perai dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan kemudian melanjutkan Diploma di Politeknik Ungku Omar dalam jurusan yang sama juga. Alhamdulillah sekarang bergelar seorang jurutera di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.
Media Sosial Melastik Bintang
- Facebook – https://www.facebook.com/miorhafismiorahmad
- Fanpage – https://www.facebook.com/langitunjuk
- Twitter – https://twitter.com/miorhafis
- Instagram – https://instagr.am/melastikbintang
- Keek – http://www.keek.com/melastik_bintang
908 Comments
Kejar laju2 kejayaan tuuuu. Well done MB
Curahan rasa cik mun @ ..Contest Review Blog Paling Popular
in syaa allah cik mun… terima kasih… rajin-rajin jenguk blog saya ya..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
hehe.. betul tu sis… kejar lalu sampai dapat bintang..
hehe.. kalau bintang di langit tu agak mustahil nak capai…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih fuad… =) kerana sudi membantu saya…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
Erkk boleh komen banyak2 tak? Hehehehe.. tuan denaihati memang bijaklah .. huhuhu
Curahan rasa hasrulhassan @ ..PRU13 – Pesanan Ustaz Don Dari Masjid Nabi
hehe sudah tentu bro.. =) tanda sokongan YB pada kami…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
hehe.. wana pun nak komen banyak-banyaklah bantu bro mior..
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
good luck bro……tahniah sebab terpilih join contest nih..
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Alhamdulillah Rezeki Blogger Suam-Suam Kuku
terima kasih sahabatku faizal… =) alhamdulillah kerana diberi peluang…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
setuju… tahniah sebab terpilih contest ni..=)
haha… rezeki kot.. peluang dah diberi jadi kena ambil langkah seterusnya
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
amat bertuah MB kerana terpilih dalam contest ini..
alhamdulilah wana..peluang dah diberi…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
As-Salam. Bagus entri ni, menyeluruh … seronok baca dari awal sampai habis. Paling menarik ialah hakikat bahawa ada co-writer untuk blog MB ini iaitu isterinya sendiri … sesuatu yang jarang nampak pada blog-blog yang punyai niche seperti ini.
Tahniah atas pencapaian yang baik dari blogspot – jadi ada domain sendiri dan hosting sendiri. Dan tahniah juga kerana blog sudah boleh menjana pendapatan sendiri.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..13 Perkataan Umpan Terbaik Meningkatkan Trafik Blog
w’salam… yeh YB Hasrul dah masuk… terima kasih YB.. sekadar menulis apa yang terlintas untuk dikongsikan bersama…=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
steady lah yob! baru seronok teman membaca nya… jom ngopi!
Curahan rasa KiD @ ..Blogger Masa Muda
yob kiddo….jom-jom.. bila-bila on je….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
jom berjuang sampai ke garisan penamat.. =)
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
jom puan bardbo.. =) persaingan sihat….untuk meningkatkan kemantapan blog…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
betul tu puan bardboo.. berjuang sampai ke garisan penamat..
yosh! berjuang sehingga abis ayat..hehehe
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
Tahniah MB semoga berjaya dalam dunia blogging dan berkongsi maklumat sesama 🙂
Curahan rasa Eazyizzuddin @ ..Hotel Seri Costa Melaka (Travelog part 1)
terima kasih banyak-banyak bro eazy… =) In Syaa Allah selagi ada yang memerlukannya..=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini…syukur alhamdulillah
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
tahniah atas usaha dalam memajukan blog MB..semoga ada tuahnya untuk menjadi YB di Shah Alam
terima kasih ustazah ain…. perlukan usaha dalam memantapkan blog dan tunjuk ajar dari rakan-rakan juga..=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
hehe.. kalau bro mior jadi YB tak tahulah apa manifestonya..
haha itu kena tunggu lah… apa manifestonya
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini…syukur alhamdulillah
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
sentiasa menyokong rakan2 blogger yang lain…peace 😀
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Wordless Wednesday #70 | Habiskan Cuti Di Sungai Congkak
alhamdulillah… sikap semangat membantu rakan-rakan blogger macam inilah diperlukan..=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
Saling membantu menuju tangga kejayaan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Pertandingan Semi-Final Liga Champions Leg-2 : Barcelona 0 – 3 Bayern München
saya amat setuju dengan kenyataan bang iwan tu.. =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
serang sini ke bro? hahaha…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Bermadu Ke?
haha… serangan virus berkempen ni dah menjadi-menjadi…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
mumpung masih ada waktu untuk menambah dukungan hari ini
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Pertandingan Semi-Final Liga Champions Leg-2 : Barcelona 0 – 3 Bayern München
iya bang iwan.. tapi perlukan support untuk Retweet dan G+… =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
mari kita tambah komen-komen di artikel ini…
jom tambah..terima kasih support saya..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
sifat yang macam inilah diperlukan oleh rakan blogger..=)
sifat apa tu wana..leh jelaskan..=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini…syukur alhamdulillah
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
sudah sokong MB untuk malam ini… semoga berjaya MB.. menang nanti, belanja char kuey teow seksyen 7 eh.. he he
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Bermadu Ke?
terima kasih datin tyka…. In Syaa Allah jika ada rezeki..
owh char kuey teow sani ek..hehhe
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
yup… heheheh kawan kata sedap2.. tapi tak pernah try lg.. tunggu MB belanja je la ni
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Bermadu Ke?
haha boleh.. bila-bila free nanti kita buat sesi ngeteh blogger shah alam…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
owh wana tau tempat tu kat mana.. =)
wana pernah ke sana juga ke…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
Semoga sukses bagi kawan-kawan semuanya
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Mendidik Tanggung Jawab Pada Anak
terima kasih sahabat Portal kesehatan..=) doakan saya berjaya….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
Inshaa Allah… saya dan teman-teman ikut mendo’akan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Pertandingan Semi-Final Liga Champions Leg-2 : Barcelona 0 – 3 Bayern München
MOga berjaya meraih juara dalam kontes ini
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Pertandingan Semi-Final Liga Champions Leg-2 : Barcelona 0 – 3 Bayern München
In syaa allah bang iwan.. harap-harap ada rezeki saya..=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih bang iwan.. =) sangat saya hargainya..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
Gambatte bro
Moga success
In Syaa allah.. terima kasih atas doa anda….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
Tahniah bro. Semoga terus maju dan berjaya.
Curahan rasa Jason brown @ ..Contest Review Blog Paling Popular
terima kasih banyak-banyak saudara kelab kereta ku.. =) sokonagndari rakan-rakan FLOC juga diperlukan…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
Tahniah bro. Moga terus mengorak langkah dan terus berjaya.
Curahan rasa Jason brown @ ..Contest Review Blog Paling Popular
terima kasih sekali lagi bro..=) anda memang sahabat saya..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
Berikan sokongan dengan G+1 nya sahabat MB
Curahan rasa Ferry @ ..Pengobatan Penyakit TBC
Koment yang banyak juga Mas…itu bisa membantu menambah marka
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Wordless Wednesday – SINYAL KENAIKAN BBM
betul tu bang iwan.. =) semoga bang iwan dan sobat akan terus tinggalkan komen sehingga tarikh tutup contest ini..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
Inshaa Allah bro… yang penting koneksi internet saya tetap stabil
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Wordless Wednesday – SINYAL KENAIKAN BBM
tidak mengapa bang iwan…bang iwan sydaj banyak membantu…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
OK,…. tetap setia sampai garis penamat nantinya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Pertandingan Semi-Final Liga Champions Leg-2 : Barcelona 0 – 3 Bayern München
alhamdulillah kerana bang iwan masih setia bersama blog ini…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih dengan bantuan G+ anda bang ferry…=) saya sangat hargainya….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
SELAIN G+ DAN TWEET, KENA KOMEN JUGA KAN?
Curahan rasa KiD @ ..Blogger Masa Muda
yesza betul tu sahabatku….G+ dan TWEET juga sama penting..=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
tweet dan G+ cuman sekali, makanya koment yang diperbanyak
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Pertandingan Semi-Final Liga Champions Leg-2 : Barcelona 0 – 3 Bayern München
kepada mereka yang mempunyai G+, Twitter boleh lah membantu sahabat saya ini..
terima kasih aken… anda juga jangan lupa vote.. =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
ya betul tu bang iwan.. cuma sekali sahaja tetapi komen boleh diperbanyakkan..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
Comments are closed.