Blog Kongsi Petua dan Tips Bersama Nora

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, “Kongsi Bersama Nora” merupakan sebuah blog milik salah seorang pemenang saguhati Contest iPhone 5 Gadget Impian iaitu Nur Misnan. Blog Kongsi Bersama Nora banyak berkongsi petua dan tips untuk semua antaranya petua dan tips kesihatan, amalan-amalan doa, cerita travel di Afrika dan macam-macam lagi.

Joom baca artikel review yang ditulis oleh empunya blog Kongsi Bersama Nora.

kongsi bersama nora

Assalamualaikum.. Kemenangan saguhati dalam contest iPhone 5 Gadget Impian bersama blog Denaihati memang satu pengalaman yang sangat menarik, walaupun hanya memenangi hadiah saguhati di tempat ke sepuluh dalam contest iPhone 5 gadget impian. Terima kasih kepada bro Denaihati atas segala usaha yang telah dilakukan dan pemberian bermacam-macam hadiah istimewa buat para blogger. Terima kasih juga atas anjuran segmen review blog.

( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )

Pertama sekali pengenalan tentang blog ini yang lebih berkongsikan kepada cerita travel di Afrika, petua-petua dan doa-doa yang boleh diamalkan untuk semua pembaca. Banyak petua yang boleh kita cuba dan doa-doa berserta ayat-ayat al-Quran yang boleh diamalkann untuk penyembuhan penyakit. Akhir-akhir ini ramai di antara kita mempunyai pelbagai penyakit yang berjangkit terutama penyakit keturunan atau penyakit yang disebabkan dari faktor pemakanan kita sendiri.

Terlalu banyak mengambil makanan ringan, bakar (BBQ), makanan segera seperti maggie, dalam tin dan plastik juga lebih mudah mendatangkan penyakit KANSER.

Salah satunya seperti = contoh-contoh botol minuman yang wajib kita elakkan:

  • Minuman mineral dan air gas dalam botol plastik. Jika sudah dihabiskan maka terus dibuang. Jangan sekali-kali guna kembali untuk mengisi air masak dan disimpan dalam peti ais. Plastik botol tersebut hanya dibuat khas untuk digunakan sekali sahaja. Tukarlah kepada tupperware plastik yang lebih selamat.
  • Minuman dalam botol plastik yang disimpan di dalam kereta dan dicemarkan dengan cuaca panas hingga botol menjadi berwap WAJIB dibuang terus kecuali botol plastik seperti tuppeware bertanda P4 atau P5. Boleh baca selebihnya bahaya guna semula botol plastik dan bahaya botol susu.

HERBA DAUN BELALAI GAJAH, B17, DURIAN BELANDA – PENAWAR KANSER

daun belalai gajah

Setiap penyakit ada ubatnya namun usahalah dengan lebih awal lagi untuk merawatnya kerana jika sudah mengidap KANSER pada tahap yang lebih berbahaya kepada tahap 3 – 4, maka agak sukar untuk dipulihkan kecuali dengan izin-Nya. Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass, buah durian belanda dan Biji Aprikot (B17) adalah penawar kepada KANSER. Boleh baca khasiat-khasiat daun dan buah-buahan tersebut di blog KongsiBersamaNora.

DOA-DOA YANG DIKONGSIKAN

Segala doa yang dikongsikan adalah dari risalah-risalah dan kitab-kitab yang disimpan dari arwah datuk nenek untuk dikongsikan kepada semua. Berdoalah sebanyak yang mungkin kepada Allah SWT kerana DIA sajalah tempat kita mengadu. DIA jugalah tempat kita meminta. DIA jugalah tempat kita merayu agar segala doa kita dikabulkan.

(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)

Namun, DOA saja tidak mencukupi jika tak disertakan dengan usaha dan ikhtiar. Amalkan selalu DOA NABI YUNUS untuk menyelesaikan masalah. Semoga Allah SWT lebih membantu dan memudahkan urusan kita.

Rasanya cukuplah untuk aku perkenalkan sedikit sebanyak tentang perkongsian dari blog KongsiBersamaNora. Diharapkan blogger-blogger semua sudi-sudikan jenguk dan kongsikan jika ada petua-petua yang lebih baik untuk kebaikan semua.

CONTEST IPHONE 5 GADGET IMPIAN

Masih terasa lagi kehangatan contest iPhone 5 Gadget Impian. Pertama sekali ucapan tahniah untuk kesemua 85 peserta yang telah menyertai contest SEO iPhone 5 Gadget Impian sebelum ni anjuran Denaihati. Biarpun tidak menang namun korang semua berani menyahut cabaran SEO ini. Tahniah sekali lagi dan tahniah kedua untuk 5 pemenang gagdet iPhone 5 iaitu Akma Omar, Cikgu Naman, Sharidawati, CheezeMaz dan Eyriqazz. U guys memang kacak.

Aku? Masa mula2 brother Amir memanggil nama NURMISNAN untuk naik ke pentas, rasa macam tidak percaya saja. Dengan muka selamba aku naik ke pentas menerima hadiah saguhati dari brother Ariff Shah. Memang tidak disangka-sangka cempedak jadi durian. Hadiah saguhati yang diterima semasa perjumpaan #SBB2013 memang awesome. Walaupun punah impian untuk mendapatkan gadget iPhone 5 tetapi dapat eBook dan buku pun dah kira best cooler. Dan lagi dapat tengok sahabat baik aku Akma Omar dan Sharidawati menang kira sudah tabik spring. hik3.

gambar hadiah contest denaihati

  • eBook Hartanah oleh Abangensem.com – Beli juga 2 buah buku
  • eBook SEO oleh Ariffshah.com – eBook yang awesome untuk dibaca tentang SEO
  • eBook 37 Teknik Luar Biasa Menulis Blog oleh StudioAksara.com – eBook yang kacak untuk diamalkan
  • Sebuah buku “Khalifah Ganti Superman” oleh Tan Sri Muhamad Ali Hashim – buku berilmu
  • Sebuah buku “Keajaiban Rezeki – Keajaiban Otak Kanan“ – sangat hebat untuk dibuat sebagai amalan
  • Sehelai T-Shirt DENAIHATI – best buat jalan2.. selamat dipakai oleh abah aku
  • Car Sticker DENAIHATI – masih simpan. Belum tampal lagi di kereta

Semua eBook telah selamat aku terima dari jejaka-jejaka kacak menerusi FB dan email. Terima kasih tidak terhingga untuk Denaihati dan team serta para sponsor. U guys memang awesome dan cool.

Nota: Berblogging ini sebenarnya tidak memboringkan jika kita bijak mengatur strategi dan blogwalking menziarah sahabat-sahabat blogger baik baru mahupun yang lama. Tiada yang baru maka tiadalah yang lama. Jadi jangan sombong untuk bertegur sapa. Kepada blogger-blogger baru jangan mudah rasa kecil hati membuat andaian kepada blogger lama kata sombong. Sabar dan teruskan berkunjung dan beri sikap positif. Mudah2-mudahan akan terjawab segala persoalan…


Spread the love

177 Comments

  1. Jom semua ibu2 berkongsi cerita tentang kehamilan,masalah dan bertukar2 pendapat. LIKE FB @ Persatuan Ibu-Ibu Cantik Hamil

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!