Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mesti ramai dah kenal blogger Melastik Bintang (MB) seorang blogger yang sangat peramah seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan blogger lain. Rasanya pertama kali bertemu di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013, MB menjadi AJK bagi majlis tersebut. Semua blogger yang hadir disapanya dengan penuh mesra. Sangat friendly.
Untuk mengenali lebih lagi siapa MB ni joom kita baca review blog MelastikBintang.com yang telah ditulisnya.
Assalamualaikum wbt,
Syukur alhamdulillah dan ucapan terima kasih kepada Tuan Denaihati kerana membuka peluang kepada rakan-rakan blogger menulis review blog masing-masing untuk diketengahkan dalam blog Denaihati.com. Ini satu peluang yang baik untuk digunakan oleh rakan-rakan blogger untuk mengenengahkan blog mereka dalam usaha untuk penjenamaan blog mereka. Tahniah kepada mereka yang bertuah.
( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )
Bagi MB peluang ini harus diraih kerana bukan mudah untuk dapat peluang sebegini untuk muncul di dalam Blog Peribadi No.1 di Malaysia, malah pemenang bagi Best Most Creative Blog MSMW2013. Kerana itu MB sahut peluang ini dan berusaha untuk menjenamakan blog ini.
Blog Melastikbintang.com
Terhasilnya blog serius ini ialah pada tahun 2012 dimana waktu itu blog ini menggunakan URL www.miorhafis.blogspot.com Menggunakan platform Blogger.com iaitu satu platform percuma dan mudah untuk pengguna ‘beginner‘ seperti MB. Sewaktu itu, blog ini lebih menjurus kepada Lifestyle Blog di mana pelbagai jenis artikel yang MB kongsikan bersama untuk tatapan pembaca. MB mula berblog pada tahun 2009 tapi waktu itu hanya lebih kepada catatan harian dan bukan untuk bacaan orang.
(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)
Dan sewaktu itu juga MB masih lagi menimba ilmu dalam dunia blog ini dan cuba mencari ramuan yang baik untuk menghasilkan artikel dalam blog. Untuk mencapai apa yang dihajati itu, MB berguru dengan beberapa blogger yang dah lama bergelumang dalam dunia blog, malah ada juga blogger-blogger baru yang MB berguru. Terima kasih kepada mereka yang membantu, ‘U know who you are’.
Kenapa Melastikbintang.com
Wujudnya nama Melastik Bintang ialah dari MB sendiri. Waktu nak menjenamakan blog ini, MB mempunyai beberapa matlamat dan hala tuju untuk dicapai dalam hidup. Sering terdengar perkataan seperti ‘meraih impian‘ , ‘meraih bintang‘ ,’menggapai bintang‘ dan bintang itu sendiri menggambarkan sesuatu yang berharga dan indah. Jadi pelbagai cara dilakukan untuk mencapai matlamat yang kita tuju dan akhirnya MB menggunakan nama Melastik Bintang dimana Melastik merujuk kepada satu usaha MB untuk capai matlamat, dan Bintang ialah merujuk kepada matlamat MB. Pada tahun 2012 jugalah blog ini telah mempunyai domain sendiri iaitu Melastikbintang.com.
Bermulanya Niche Baru
Sesetengah blogger mementingkan Niche blog mereka dan menerapkan niche tersebut. Terdapat pelbagai jenis niche antaranya ialah Lifestle, Fesyen, Food, Travel, Parenting dan lain-lain lagi. Lebih tepat lagi mereka menghasilkan sesebuah artikel yang menjurus ke arah niche blog mereka, mungkin juga mereka mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam niche blog mereka.
Ketika waktu itu, MB memikirkan sesuatu yang boleh menarik pembaca ke blog dan MB memikirkan satu niche yang sesuai dengan kehidupan. Kebetulan waktu itu MB baru sahaja dikurniakan cahaya mata, seorang anak lelaki. Dan terdetik dari itu, muncullah idea untuk menjenamakan blog ini dengan salah satu cara iaitu menjadikan blog ini blog yang bernichekan Parenting dan target golongan pembaca adalah sangat luas.
Pesanan dari Melastik Bintang
Apr 13, 2013 | Video #blogger pilihan http://k.to/1yex untuk #followforfollow by denaihati on Keek.com
Susun Atur Blog
Kalau dilihat susun atur di blog Melastikbintang.com sekarang ini, MB menggunakan template yang diadaptasikan dari platform WordPress ke Blogger iaitu Twenty Twelve Template. MB tertarik dengan template-template dari WordPress kerana ianya nampak lebih kemas dan teratur. MB juga amat memetingkan sifat minimalize di dalam blog. Kalau dilihat di blog Melastikbintang.com, ianya tampak lebih kemas dan teratur juga nampak lebih ringkas.
MB juga memetingkan kedudukan widget -widget di sidebar blog , bukan apa jika terlalu banyak widget yang tidak penting didalam blog ianya merencatkan wajah sesuatu blog dan boleh menjejaskan tarikan pembaca untuk singgah di blog. Dalam bahasa mudahnya blog akan nampak semak jika dipenuhi widget. MB juga telah menetapkan beberapa jenis widget untuk muncul di halaman yang sepatutnya maksudnya widget di homepage dan postpage adalah berbeza. Widget di postpage MB lebih tonjolkan widget social media.
Widget Sidebar di Homepage
Widget Sidebar di Postpage
Pengisian Blog
Seperti niche yang telah diberikan, MB menfokuskan artikel-artikel yang berkaitan dengan keluarga, isu-isu rumahtangga, kesihatan, pengurusan bayi juga kanak-kanak dan juga perkongsian tips dan informasi buat pembaca. Artikel dihasilkan berdasarkan pengalaman yang MB lalui sepanjang bergelar bapa dan ketua keluarga juga pengalaman dari isteri yang turut bertindak sebagai Co-Writer di blog MB. Pengalaman kami berdua digabungan dan diterjemahkan dalam artikel.
Bukan sahaja dari segi pengalaman malah dari bahan-bahan rujukan dan hasil pembacaan yang kami buat di sumber-sumber lain juga. Penglibatan MB dalam beberapa jemputan ‘event parenting’ juga ada matlamatnya dan ada isinya juga, sebenarnya penting juga kita hadiri jemputan event untuk menambahkan ilmu di dada. Tidak semua artikel yang MB tulis adalah berkaitan parenting, MB juga akan selitkan artikel-artikel lain seperti berita dan informasi semasa bagi mengelakkan sifat jemu pembaca.
Gaya Penulisan
MB tidak memberatkan dalam soal gaya penulisan artikel di blog. Apa yang MB pentingkan ialah matlamat dan pengisian dalam artikel samada sampai atau tidak kepada pembaca. Dari segi pengganti nama diri MB lebih selesa menggunakan nama ‘MB‘ dari kata ganti diri yang lain seperti ‘aku‘, ‘korang‘, ‘kau‘. Kata ganti nama ini juga penting dalam artikel, ianya bagi mewujudkan keselesaan kepada pembaca dan keserasian antara penulis dan pembaca.
Tetapi ia bergantung juga kepada jenis blog / artikel kerana ada antara mereka menggunakan ‘aku‘ sebagai kata ganti diri kerana ia mungkin lebih sesuai dalam blog berniche Lifestyle /Personal. Dan jika ada antara pembaca blog ini yang sedar bahawa tajuk setiap artikel yang MB hasilkan adalah ‘straight to the point‘ kerana lebih mudah difahami dan mudah bagi enjin carian untuk mengindeks artikel kita.
Statistik Pengunjung Blog
Dulu semasa awal-awal adanya blog ini, MB sering kejarkan trafik yang datang ke blog ini. Kerana apa? Kerana nak nampak hebat dari blog yang lain. Tetapi apa guna jika trafiknya banyak jika artikel yang dihasilkan tidak memberi manfaat atau pesanan yang baik kepada pembaca. Ketika itulah MB cuba pula hasilkan artikel sebegitu untuk menarik pembaca ke blog ini, pada mulanya memang kecewa kerana trafik yang datang tidak seperti yang diharapkan.
Lama-kelamaan perasaan mengejar trafik itu jadi kurang kerana perasaan lebih tertumpu kepada penghasilan artikel yang bermanfaat. Dan sekarang ini alhamdulillah purata UV sehari blog Melastikbintang.com ialah antara 1000K – 3000K. Status PR blog pula ialah PR2, bagi MB ia cukup baik dan usaha harus diteruskan untuk mendapatkan PR yang lebih baik lagi.
Demografik Pembaca Blog Melastik Bintang
Pencapaian Blog
Alhamdulillah blog ini telah tercalon dalam MSMW2013 dalam kategori Favourite Innovative Blog bersama-sama blogger Ariffshah dan beberapa blogger yang hebat. Waktu itu tidak meletakkan harapan untuk menang kerana bayangkanlah blog ini perlu bersaing dengan Ariffshah, satu perkara yang tidak dapat digambarkan kerana semua tahu siapa Ariffshah. Syukur juga kerana blog ini tersenarai dalam finalist dan di tempat ke-2 dalam kategori Favourite Innovative Blog. Terima kasih kepada rakan-rakan di Denaihati Network.
Selain itu juga blog ini telah diberi kepercayaan untuk membuat review-review produk, membuat advertorial dan juga dipanggil untuk sertai event-event (Phillips, Petronas, Majalah Pa&Ma, Metrowealth dll) yang dijalankan oleh pihak penganjur. Boleh dikatakan juga blog ini merupakan salah satu sumber pendapatan MB.
Biografi Penulis
Seorang lelaki yang berumur 28 tahun dan berstatus seorang suami dan ketua keluarga. Gemarkan aktiviti sukan seperti futsal dan paintball. Dilahirkan pada 3 Jun 1985 di Kuala Lumpur. Anak kepada seorang pesara kerajaan dan seorang suri rumah, anak ke 3 daripada 3 beradik. Membesar di Shah Alam dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Seksyen 16 dan Sek Men Keb Seksyen 19 Shah Alam. Kemudian meneruskan pelajaran di peringkat Sijil di Politeknik Seberang Perai dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan kemudian melanjutkan Diploma di Politeknik Ungku Omar dalam jurusan yang sama juga. Alhamdulillah sekarang bergelar seorang jurutera di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.
Media Sosial Melastik Bintang
- Facebook – https://www.facebook.com/miorhafismiorahmad
- Fanpage – https://www.facebook.com/langitunjuk
- Twitter – https://twitter.com/miorhafis
- Instagram – https://instagr.am/melastikbintang
- Keek – http://www.keek.com/melastik_bintang
908 Comments
wooo..dh lama x blog walking…. info menarik… page pon ok xserabut sgt…snang baca… happy labour day
hehe… terima kasih atas ulasan anda nida.. =) saya hargainya….jemput singgah ke blog..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
aah kan sis.. blog yang kemas.. dan mantap.. =)
terima kasih.. saya amat mementingkan kekemasan layout blog dan minimalize nya
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
support jgn tak support..hidup MB!!
amud… kat sini pun ada… terima kasihlah wahai sahabat…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
Blog yang penuh informasi, selamat berjaya MB =)
Curahan rasa knah @ ..~Selamat Hari Pekerja ~ ♥
knah.. terima kasih kerana sudi bantu MB..=) sangat hargainya…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
Blog ni sangat menarik.. berinformasi, dan paling best blogger MB sangat peramah! 🙂
Curahan rasa Cikgu Ayu @ ..Jatuh Sorang-Sorang, Jatuh Sebab Orang?
Hai Cikgu Ayu…. sungguh ayu…~~ hehehe… terima kasih dan sudi-sudi lepak di blog MB….=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
setuju.. saya pernah jumpa blogger MB..sangat peramah..
aken.. =) yup pernah jumpa… peramah ke..? hehe
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
MB terbaik…byk info2 berguna ..semoga akan lebih berjaya di masa akan dtg..
amud.. nanti kamu nak kahwin jadi kena banyak belajar.. =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
bro mior memang sangat peramah.. waktu sekolah dulu kami dalam satu kelas.. =)
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
semoga berjaya kepada MB…
Saya kenal beliau lepas tengok review Minum Petang Bersama Blogger anjuran Denaihati…
Bro ni memang blogger yang sangat ramah…
Curahan rasa HISHAM @ ..E-Book Tatacara Mencalit Dakwat Kekal Untuk PRU 13
alhamdulillah Tuan Hisyam… terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa untuk bantu saya..=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
tahniah MB atas entry ini 🙂
frankly MB salah seorang blogger yg berhemah dan bijak
all the best ye..k sha akan retweet dan klik g+ entry ni…
Curahan rasa sha @ ..Selamat kembali berblogging
hai kak sya… =) terima kasih ye kak sha sebab sudi bantu saya..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
MB terbaik…byk info2 berguna ..semoga akan lebih berjaya di masa akan dtg..
hehe.. =) amud..amud… apapapun terima kasih.. =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
jom sama-sama kita support bro MB….=)
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
Tahniah buat abg mior..semoga abg mior trus success dalam career nyer…AMIN!!!
Curahan rasa syukrilatib @ ..Contest Review Blog Paling Popular
eh syukri.. =) sampai ke sini kau…. terima kasih bro..=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
terima kasih kerana sudi membantu saya dalam contest ini
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
sekali lagi datang memberi sokongan kepada rakan blogger… good luck!
Curahan rasa yangbaik @ ..Wordless Wednesday : Tetamu di hari cuti
Yangbaik..anda memang terbaik… terima kasih kerana mengundisaya… =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
satu undi dari saya
Curahan rasa onlajer @ ..I Am Iron Man!
terima kasih bro… kerana sudi support saya….
ps:kalau leh komen lebih 5 patah perkataan ye..=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
Jom undi blog Melastik Bintang… =) sama-sama membantu beliau…
jom..jom.. mari mengundi.. tunaikan kewajipan anda..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
komen banyak-banyak sikit..supaya bro mior menang.. =)
Support jangan tak support contest yang disertai rakan blogger.
Curahan rasa hatiputera @ ..Selamat Hari Pekerja Atau Labour Day 2013
yesza hatiputera.. =) sokongan dari rakan blogger sendiri amat penting….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
jom support bro… support rakan saya ini…
Dah vote sini..hehe.. goodluck bro MB.. 😀
Curahan rasa Kimi Jamai @ ..Movie Time: Ironman 3.. Gila!!
terima kasih kimi…kerana sudi membantu bro….=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
Semoga abang Mior akan terus sukses dalam blogging…
terima kasih liana… sangat hargainya…. doakan abang…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
Buat Abang Mior aka MB ; Melastik Bintang , Ty seyakin-yakinnya bro MB layak untuk dinobatkan pemenang dalam contest ini. Blog MB yang santai dan menarik dengan info-info kekeluargaan dan lain-lain telah banyak memudahkan serta membantu setiap pembaca blog memahami lebih mendalam dengan artikel yang disampaikan tanpa mengundang ke arah prejudis.
Semoga MB terus sukses dalam bidang blogging dan tetap menjadi idola kepada semua pembaca setiap yang setia ada.
Amin , In Sha Allah.
MB , GOOD LUCK!
Curahan rasa Yan Ty @ ..Lava Grill Burger , Sri Serdang ft Blogger
Amin…. semoga saja seperti itu…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Wordless Wednesday – SINYAL KENAIKAN BBM
bang iwan, saya sangat hargai usaha bang iwan membantu saya..=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
terharu bila baca komen Ty.. terima kasih kerana sudi menjadi pembaca setia blog bro… semoga ty juga berjaya dalam dunia blog…=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
wana rasa komen ni memang panjang… untung MB ada pembaca setia…
alhamdulillah wana…syukur.. kerana ada mereka..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
tahniah kpd MB kerana tercalon..moga terus sukses dalam niche baru..gudluck bro 🙂
Curahan rasa JomStadi @ ..Denaihati.com: Menjalin Ukhuwah Blogger Nusantara
terima kasih jomstadi.. =) doakan saya berjaya…dan rakan bloger yang lain turut berjaya…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
Selamat buat MB, moga bisa berjaya pada contest ini
Saya yakin akan hal itu Kang….
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Wordless Wednesday – SINYAL KENAIKAN BBM
tentu dengan dukungan dan partisipasi kita semuanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Wordless Wednesday – SINYAL KENAIKAN BBM
ya bang iwan…sokongan dari rakan-rakan seberang amat diperlukan….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
ketemu bang iwan sekali lagi di ruangan komen super ini…=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
terima kasih bang dadan dan sobat.. saya sangat hargainya…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
Tahniah pada melastikbintang… Semoga bintang yang tinggi dapat di lastik… Kami semua sentiasa dibelakang MB memberi sokongan untuk melastik bintang….
terima kasih sahabat ku azrol…. In Syaa Allah bintang sentiasa akan menyinari….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Elemen Semasa Review Blog
Bertuah MB dapat rakan-rakan yang support beliau…
itulah…rakan rakan amat penting wan..dalam membantu kita..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..At-Tijarah – Produk Makanan Timur Tengah
Comments are closed.