Melastik Bintang Usaha Untuk Capai Matlamat

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mesti ramai dah kenal blogger Melastik Bintang (MB) seorang blogger yang sangat peramah seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan blogger lain. Rasanya pertama kali bertemu di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013, MB menjadi AJK bagi majlis tersebut. Semua blogger yang hadir disapanya dengan penuh mesra. Sangat friendly.

Untuk mengenali lebih lagi siapa MB ni joom kita baca review blog MelastikBintang.com yang telah ditulisnya.

melastik bintang

Assalamualaikum wbt,

Syukur alhamdulillah dan ucapan terima kasih kepada Tuan Denaihati kerana membuka peluang kepada rakan-rakan blogger menulis review blog masing-masing untuk diketengahkan dalam blog Denaihati.com. Ini satu peluang yang baik untuk digunakan oleh rakan-rakan blogger untuk mengenengahkan blog mereka dalam usaha untuk penjenamaan blog mereka. Tahniah kepada mereka yang bertuah.

( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )

Bagi MB peluang ini harus diraih kerana bukan mudah untuk dapat peluang sebegini untuk muncul di dalam Blog Peribadi No.1 di Malaysia, malah pemenang bagi Best Most Creative Blog MSMW2013. Kerana itu MB sahut peluang ini dan berusaha untuk menjenamakan blog ini.

melastik bintang

Blog Melastikbintang.com

Terhasilnya blog serius ini ialah pada tahun 2012 dimana waktu itu blog ini menggunakan URL www.miorhafis.blogspot.com Menggunakan platform Blogger.com iaitu satu platform percuma dan mudah untuk pengguna ‘beginner‘ seperti MB. Sewaktu itu, blog ini lebih menjurus kepada Lifestyle Blog di mana pelbagai jenis artikel yang MB kongsikan bersama untuk tatapan pembaca. MB mula berblog pada tahun 2009 tapi waktu itu hanya lebih kepada catatan harian dan bukan untuk bacaan orang.

(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)

Dan sewaktu itu juga MB masih lagi menimba ilmu dalam dunia blog ini dan cuba mencari ramuan yang baik untuk menghasilkan artikel dalam blog. Untuk mencapai apa yang dihajati itu, MB berguru dengan beberapa blogger yang dah lama bergelumang dalam dunia blog, malah ada juga blogger-blogger baru yang MB berguru. Terima kasih kepada mereka yang membantu, ‘U know who you are’.

Kenapa Melastikbintang.com

Wujudnya nama Melastik Bintang ialah dari MB sendiri. Waktu nak menjenamakan blog ini, MB mempunyai beberapa matlamat dan hala tuju untuk dicapai dalam hidup. Sering terdengar perkataan seperti ‘meraih impian‘ , ‘meraih bintang‘ ,’menggapai bintang‘ dan bintang itu sendiri menggambarkan sesuatu yang berharga dan indah. Jadi pelbagai cara dilakukan untuk mencapai matlamat yang kita tuju dan akhirnya MB menggunakan nama Melastik Bintang dimana Melastik merujuk kepada satu usaha MB untuk capai matlamat, dan Bintang ialah merujuk kepada matlamat MB. Pada tahun 2012 jugalah blog ini telah mempunyai domain sendiri iaitu Melastikbintang.com.

Bermulanya Niche Baru

Sesetengah blogger mementingkan Niche blog mereka dan menerapkan niche tersebut. Terdapat pelbagai jenis niche antaranya ialah Lifestle, Fesyen, Food, Travel, Parenting dan lain-lain lagi. Lebih tepat lagi mereka menghasilkan sesebuah artikel yang menjurus ke arah niche blog mereka, mungkin juga mereka mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam niche blog mereka.

Ketika waktu itu, MB memikirkan sesuatu yang boleh menarik pembaca ke blog dan MB memikirkan satu niche yang sesuai dengan kehidupan. Kebetulan waktu itu MB baru sahaja dikurniakan cahaya mata, seorang anak lelaki. Dan terdetik dari itu, muncullah idea untuk menjenamakan blog ini dengan salah satu cara iaitu menjadikan blog ini blog yang bernichekan Parenting dan target golongan pembaca adalah sangat luas.

Pesanan dari Melastik Bintang

Apr 13, 2013 | Video #blogger pilihan http://k.to/1yex untuk #followforfollow by denaihati on Keek.com

Susun Atur Blog

Kalau dilihat susun atur di blog Melastikbintang.com sekarang ini, MB menggunakan template yang diadaptasikan dari platform WordPress ke Blogger iaitu Twenty Twelve Template. MB tertarik dengan template-template dari WordPress kerana ianya nampak lebih kemas dan teratur. MB juga amat memetingkan sifat minimalize di dalam blog. Kalau dilihat di blog Melastikbintang.com, ianya tampak lebih kemas dan teratur juga nampak lebih ringkas.

MB juga memetingkan kedudukan widget -widget di sidebar blog , bukan apa jika terlalu banyak widget yang tidak penting didalam blog ianya merencatkan wajah sesuatu blog dan boleh menjejaskan tarikan pembaca untuk singgah di blog. Dalam bahasa mudahnya blog akan nampak semak jika dipenuhi widget. MB juga telah menetapkan beberapa jenis widget untuk muncul di halaman yang sepatutnya maksudnya widget di homepage dan postpage adalah berbeza. Widget di postpage MB lebih tonjolkan widget social media.

widget sidebar homepage
Widget Sidebar di Homepage

widget sidebar postpage
Widget Sidebar di Postpage

Pengisian Blog

Seperti niche yang telah diberikan, MB menfokuskan artikel-artikel yang berkaitan dengan keluarga, isu-isu rumahtangga, kesihatan, pengurusan bayi juga kanak-kanak dan juga perkongsian tips dan informasi buat pembaca. Artikel dihasilkan berdasarkan pengalaman yang MB lalui sepanjang bergelar bapa dan ketua keluarga juga pengalaman dari isteri yang turut bertindak sebagai Co-Writer di blog MB. Pengalaman kami berdua digabungan dan diterjemahkan dalam artikel.

Bukan sahaja dari segi pengalaman malah dari bahan-bahan rujukan dan hasil pembacaan yang kami buat di sumber-sumber lain juga. Penglibatan MB dalam beberapa jemputan ‘event parenting’ juga ada matlamatnya dan ada isinya juga, sebenarnya penting juga kita hadiri jemputan event untuk menambahkan ilmu di dada. Tidak semua artikel yang MB tulis adalah berkaitan parenting, MB juga akan selitkan artikel-artikel lain seperti berita dan informasi semasa bagi mengelakkan sifat jemu pembaca.

Gaya Penulisan

MB tidak memberatkan dalam soal gaya penulisan artikel di blog. Apa yang MB pentingkan ialah matlamat dan pengisian dalam artikel samada sampai atau tidak kepada pembaca. Dari segi pengganti nama diri MB lebih selesa menggunakan nama ‘MB‘ dari kata ganti diri yang lain seperti ‘aku‘, ‘korang‘, ‘kau‘. Kata ganti nama ini juga penting dalam artikel, ianya bagi mewujudkan keselesaan kepada pembaca dan keserasian antara penulis dan pembaca.

Tetapi ia bergantung juga kepada jenis blog / artikel kerana ada antara mereka menggunakan ‘aku‘ sebagai kata ganti diri kerana ia mungkin lebih sesuai dalam blog berniche Lifestyle /Personal. Dan jika ada antara pembaca blog ini yang sedar bahawa tajuk setiap artikel yang MB hasilkan adalah ‘straight to the point‘ kerana lebih mudah difahami dan mudah bagi enjin carian untuk mengindeks artikel kita.

Statistik Pengunjung Blog

Dulu semasa awal-awal adanya blog ini, MB sering kejarkan trafik yang datang ke blog ini. Kerana apa? Kerana nak nampak hebat dari blog yang lain. Tetapi apa guna jika trafiknya banyak jika artikel yang dihasilkan tidak memberi manfaat atau pesanan yang baik kepada pembaca. Ketika itulah MB cuba pula hasilkan artikel sebegitu untuk menarik pembaca ke blog ini, pada mulanya memang kecewa kerana trafik yang datang tidak seperti yang diharapkan.

Lama-kelamaan perasaan mengejar trafik itu jadi kurang kerana perasaan lebih tertumpu kepada penghasilan artikel yang bermanfaat. Dan sekarang ini alhamdulillah purata UV sehari blog Melastikbintang.com ialah antara 1000K – 3000K. Status PR blog pula ialah PR2, bagi MB ia cukup baik dan usaha harus diteruskan untuk mendapatkan PR yang lebih baik lagi.

audience melastik bintang
Demografik Pembaca Blog Melastik Bintang

Pencapaian Blog

Alhamdulillah blog ini telah tercalon dalam MSMW2013 dalam kategori Favourite Innovative Blog bersama-sama blogger Ariffshah dan beberapa blogger yang hebat. Waktu itu tidak meletakkan harapan untuk menang kerana bayangkanlah blog ini perlu bersaing dengan Ariffshah, satu perkara yang tidak dapat digambarkan kerana semua tahu siapa Ariffshah. Syukur juga kerana blog ini tersenarai dalam finalist dan di tempat ke-2 dalam kategori Favourite Innovative Blog. Terima kasih kepada rakan-rakan di Denaihati Network.

msmw2013 finalist

Selain itu juga blog ini telah diberi kepercayaan untuk membuat review-review produk, membuat advertorial dan juga dipanggil untuk sertai event-event (Phillips, Petronas, Majalah Pa&Ma, Metrowealth dll) yang dijalankan oleh pihak penganjur. Boleh dikatakan juga blog ini merupakan salah satu sumber pendapatan MB.

Biografi Penulis

Seorang lelaki yang berumur 28 tahun dan berstatus seorang suami dan ketua keluarga. Gemarkan aktiviti sukan seperti futsal dan paintball. Dilahirkan pada 3 Jun 1985 di Kuala Lumpur. Anak kepada seorang pesara kerajaan dan seorang suri rumah, anak ke 3 daripada 3 beradik. Membesar di Shah Alam dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Seksyen 16 dan Sek Men Keb Seksyen 19 Shah Alam. Kemudian meneruskan pelajaran di peringkat Sijil di Politeknik Seberang Perai dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan kemudian melanjutkan Diploma di Politeknik Ungku Omar dalam jurusan yang sama juga. Alhamdulillah sekarang bergelar seorang jurutera di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Media Sosial Melastik Bintang

908 Comments

  1. Jom semua ibu2 berkongsi cerita tentang kehamilan,masalah dan bertukar2 pendapat. LIKE FB @ Persatuan Ibu-Ibu Cantik Hamil

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!