Media cetak dan laman web serta blog secara amnya

Spread the love

Laman web atau dengan kata lainnya dalam Bahasa Melayu adalah laman sesawang merupakan salah satu teknologi dan medium perantaan untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna atau pembaca. Ianya adalah evolusi dari media sedia ada dan juga pengganti kepada sumber bahan bacaan berasaskan kertas seperti surat khabar dan majalah. Dengan wujudnya sesebuah website, fokus dan matlamat masing-masing menitikberatkan terhadap konsep kewujudannya. Ada diantaranya terbina disebabkan penjualan, agen hartanah, saham & kewangan dan macam macam lagi.

Bayangkan kita adalah pengurus sebuah syarikat majalah. Untuk menghasilkan 100 naskah majalah, beberapa faktor perlu kita fikirkan terutama bab kos senggaraan bahan cetakan, penggunaan warna, kualiti penggunaan kertas dan sebagainya. Tapi dengan terbinanya sebuah laman web atau blog, ianya mampu di akses beratus-ratus pengguna dan pembaca dengan pantas. Dengan berbekalkan beberapa strategi perniagaan secara online dimana pengguna terlebih dahulu perlu membuat pendaftaran dan kemudian langganan bulanan akan beroperasi sama seperti melanggan majalah URTV atau Majalah Komputer dan sebagaimana pada masa sekarang.  Ini merupakan teknik yang digunapakai bagi menggantikan beberapa kelemahan yang ada pada sistem media masa sekarang.

Sumber daripada Google.

Amat menarik konsep berkaitan pendaftaran dan stategi kewangan. Sikap ingin tahu manusia membuatkan mereka sentiasa tercari-cari maklumat untuk kegunaan pada masa kini mahupun akan datang. Kewujudan E-Portal dan E-Book yang diperdagangkan secara online juga merupakan salah satu evolusi perniagaan yang melibatkan bahan bacaan dan percetakan. Manusia tidak perlu lagi ke kedai untuk memiliki majalah kegemaran, sebaliknya hanya perlu melanggan dalam website tertentu untuk sentiasa pada tahap UP-TO-DATE dengan perkembangan semasa.

Blog dan Website dengan konsep percuma tetapi menguntungkan pemiliknya??? Ramai yang bertanya dari mana mereka semua mendapatkan hasil bagi memajukan laman mereka? Bagi sesetengah dari pencipta laman web informasi atau blog, mereka mengganggap menjadikannya sebagai sumber terbuka dan percuma adalah satu hobi dan kepuasan. Mereka kebanyakkan mengeluarkan modal terlebih dahulu sebelum memfokus kearah matlamat penubuhan laman web atau blog mereka. Jika anda perhatikan, maklumat yang diberi dan disampaikan oleh mereka adalah secara percuma, terus kepada anda…. tapi dari mana datangnya hasil untuk menggerakkan server milik mereka tersebut. Semua itu memerlukan KOS bukan?.

[ad#HTML-8]Persoalan tersebut sering menjadi tanda tanya kepada kita di mana hampir kita tergamam sekiranya menyatakan JustKhai tidak bekerja tetapi membuat blog sepenuh masa. Begitu juga dengan Saudara Rohaizad dan lain lain lagi. Dari mana datangnya sumber kewangan berasaskan blog ini? Keuntungan dan pendapatan beliau menjana blog dan bekerja secara FREELANCE boleh dikatakan mengalahkan gaji kita yang bekerja tetap. Pasti ada yang agak bingung dengan keadaan sedemikian. Ramai yang bertanya BOLEHKAH?? JustKhai dan Saudara Rohaizad ada berkongsi beberapa TIPS kepada rakan-rakan semua. Kalau rajin boleh semak ke blog mereka mengenai perkara ini.

Dari apa yang beliau sampaikan kepada semua, saya dapat rumuskan bahawa konsep pengiklanan sebenarnya memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan berasaskan blog. Bila sebut saja Iklan dan Blog, mungkin ramai yang akan terfikir NUFFNANG, ADVERLET, INNITY ataupon TNX. Itu sajakah yang kita fokuskan??? Bagaimana pula dengan konsep POSTING Berbayar? Iklan sewa khas di sidebar, header atau dalam pos harian anda??? Masing-masing mempunyai nilai yang boleh anda tetapkan.

Untuk menjadi pengiklanan terunggul anda memerlukan laman web atau Blog yang betul-betul boleh memberi kepercayaan kepada palabur anda. Konsep PR dan ALEXA adalah perkara yang sering dipandang dalam menentukan nilai yang bakal raih. Jadi bagaimana pula untuk menjadikan blog anda seunggul mereka yang terdahulu? Persoalannya sekarang, apakah fokus dan konsep yang anda ingin ketengahkan dalam mencipta laman web atau blog? Dimanakah untuk mencarik kriteria dan kelebihan dalam menulis? Kalau nak tau… saya akan sambung penulisan dan perbincangan ini untuk masa akan datang, insyaallah.

Mungkin anda juga mempunyai pengalaman masing-masing yang ingin dikongsi bersama. Apa kata anda konsi bersama dalam catatan ini di ruangan komen untuk perkongsian ilmiah bersama.

Keterangan Penulis : Entri ini adalah hasil karya Azman Ishak yang merupakan seorang blogger yang sangat berbakat. Blog beliau  AzmanIshak.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging. Beliau juga adalah penulisan jemputan tetap di blog Hidup Biar Sedap.

@Kepada yang belum menyumbang untuk Tabung Musim Kemboja sila klik Tabung Muslim Kemboja.

@Kepada yang nak dapat Acer Aspire One percuma sila klik Hidup Untuk Memberi.

[ad#advertlets336]


Spread the love

219 Comments

    1. @marki, bukan senang dan x jugak susah kalau da dapat ramai pengikut setia blog kita..kena pandai la uruskan blog..contoh macam justkhai, memang top la

    1. @sazuwi, yep sekarang da ramai orang jadikan blog sebagai platform perniagaan..da memang cara 2 berkesan la

    1. @syahirul, erm susah gak orang nak share idea ni kalau da berjaya..hehehe..tapi atas rezeki masing2 la

      1. @mieran, Entah la. Kekadang tu ada juga orang yang share idea dengan bloggers lain.
        .-= Steward John´s last blog ..Google Pagerank Exposed =-.

  1. salam,
    hmmm… memang tak tahu nak komen apa… tips dan bahan bacaan yang menarik… perlu banyak masa lagi untuk mendalami dan memahami…
    terima kasih
    .-= yangbaik´s last blog ..Berani kerana Benar =-.

    1. @yangbaik, mieran balas komen ni..hahaha..suka2 je nak balas komen orang kan.kena berkorban banyak benda la kalau nak berjaya dengan blog ni

    1. @Nerzhul, itu yang penting..kalau xde usaha xde la kejayaan..orang2 yang berjaya memang berusaha gigih la

    1. @zulkbo, wsalam. hehehe saya jawab bagi pihak En DH. Malu nak letak iklan berbayar? Kita mulakan dengan iklan Adverlet contohnya dulu. itu pendapatan pasif. nanti bila traffik dah kencang.. bleh la pakai iklan berbayar plak. yang penting kontent yang kita nak sampaikan mesti konsisten
      .-= Kreuger´s last blog ..Mana dapat tu kak Mon??? =-.

      1. @Kreuger, tapi jangan lupa kalau trafik kita bagus Adverlet juga boleh offer iklankan produk tertentu di blog kita dengan bayaran tertentu..emmm macam canggih tak!!! Aku dah dapat offer tunggu masa nak on je.

        1. @denaihati, huhuhu best betoi dapat offer. tapi jenis aku ni suka berpindah randah advertiser. tak pernah nak lekat. maklum la. dok belajar mende alah macam ni je tak abis abis. hehe
          .-= Kreuger´s last blog ..Mana dapat tu kak Mon??? =-.

          1. @Kreuger, sampai bila pun tak akan abis belajar. Kita akan terus belajar dan terus belajar dan yang terbaik bila kita bekerja satu pasukan dan kongsi ILMU bersama.

            1. @denaihati, aah betul 2..ilmu ni xkn habis belajar,,stp masa ada je benda baru yang boleh kita belajar.

          2. @Kreuger, erm mieran setia dengan nuffnang je..x tahu pasal iklan lain la..huhuhu

    2. @zulkbo, jumpa bro kat sini..hehehe..erm kalau blog macam mieran 2 yang x berapa glamor xdenya orang nak letak iklan..aahaha

  2. Salam Azman..

    Tahniah dan syabas sebab menjadi penulis jemputan pertama. Aha. Incik RestnrilekS dengar bunga Kaching2x!

    Tapi apa yang diutarakan memang betul. Advertlets, Nuffnang bukan hanya cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan (sampingan atau sepenuh masa)

    Blog juga boleh digunakan sebagai tapak untuk mendapatkan sampingan bagi dunia offline : )

    Selamat hari Jumaat : )
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Blog Bahasa Melayu Yang Indah Itu "Syiok!!" =-.

    1. @Incik RestNrilekS, wsalam bro. Trafik memain peranan dalam semua aspek pengiklanan. Tadek trafik orang pon tak berani nak iklan.
      .-= Kreuger´s last blog ..Mana dapat tu kak Mon??? =-.

        1. @Bang Iwan, kat dalam blog ni da ada kot tutorial untuk tingkatkan trafik blog..

        2. @Bang Iwan, Memang ditungguin. Semua bloggers pingin mau tau bageimana caranya mau mantepkan trafik tu. hehe
          .-= Steward John´s last blog ..Google Pagerank Exposed =-.

      1. @Kreuger, 2 la pasal..kalau ada blog tapi xde yang masuk macam mana nak yakinkan orang untuk letakkan iklan dalam blog kita,,huuhu

    2. @Incik RestNrilekS, giliran bro bila plak nak jadi penulis jemputan, next time giliran bro plak..

  3. bab pendapatan dari blog atau sebuah laman web memang menarik kalau dibincangkan, kebanyakkan blogger akan tertumpu pada nuffnang, advertlets dan innity sahaja. rasanya sudah tiba masanya untuk mengejar PR dan Alexa ranking untuk menerbitkan satu posting berbayar, menampal iklan berbayar dan sebagainya. macam justkhai, blog beliau penuh dengan iklan. nak load memang slow, tapi penulisan yang menarik. pembaca still akan masuk. so pendapatan tetap ada. itu yang kita inginkan. 🙂
    .-= mohdisa´s last blog ..Adamaya Mengajar Untuk Bersabar Dalam Blogging =-.

    1. @mohdisa, aah 2 la pasal..blog justkhai memang penuh dengan iklan, tapi x nafikan blog dia memang ramai yang masuk..

    2. @mohdisa,

      betul gak tu,walaupun banyak iklan,pengunjung tetap bukak blog khai,jom sama-sama naikkan traffic,mana tahu dapat buat preview berbayar lepas ni

          1. @mohdisa, O… Kira buat review la tu bro? Kalau blog kita PR nya tinggi, mungkin berpusu-pusu la orang nak minta buat review, kalau sekadar cikai jer, mana la dorang nak tu.
            .-= Steward John´s last blog ..Backlink Revealed =-.

  4. dari blog kite boleh dapat hasil yg lumayan kalau kite tekad dan berusaha dalam sesuatu perkara tersebut..

    1. @apiih, memang la..tapi blog kita kena betul2 mantap la..kalau x, susah gak nak buat duit dengan blog..huhuhu

    1. @aizuddin, sebelum nak dapatkan pengiklanan berkesan. kene kuatkan trafik dulu. macam mana nak dapatkan trafik, itu bergantung pada pengolahan ayat dan artikel yang di publish
      .-= Kreuger´s last blog ..Mana dapat tu kak Mon??? =-.

        1. @Bang Iwan, xpe..yang penting usaha lagi..cari jalan macam mana nak naikkan trafik blog..

      1. @Kreuger, yerp..sebelum nak jadikan blog kita tempat orang letakkan iklan, kena make sure la blog kita mantap dari segi trafik..baru la pelanggan yakin nak iklan kt blog kita 🙂

    2. @aizuddin, yup apa2 yg utama memang trafik la..kalau trafik mantap memang gempak la

    1. @wazy, bila la plak giliran aku nak jd penulis jemputan..hahaha..tp nk ke bro DH 2 siarkan entry aku..ahhaha

  5. sesungguhnya jika seseorang blogger itu mahu serius dlm blogging, mmg dia akan sanggup berkorban apa saja untuk memajukan blog dia

    1. @x-po, blog ni ibarat macam rumah kedua. rumah pon kita nak renovate… macam tu jugak la dengan blog. ada orang buat rumah sewa… kalau blog pulak sewa tapak untuk jana pendapatan
      .-= Kreuger´s last blog ..Mana dapat tu kak Mon??? =-.

        1. @Bang Iwan, muahaha.. tak bleh ibarat isteri. kalau isteri bleh sampai 4 je.. kalau rumah.. berjuta pon tak pe.

          P/S: jangan lupa bayar zakat kalau rumah sewa tu banyak ye.. hehe
          .-= Kreuger´s last blog ..Mana dapat tu kak Mon??? =-.

          1. @Kreuger, 2 la pasal..kalau blog ibarat isteri nnti isteri pertama jeles x tentu pasal..hehe

        2. @Bang Iwan, wah erlebih sudah,,hehehe..jangan nanti isteri pertama tersalah jeles la plak

      1. @Kreuger, yup sekarang ni dengan berbekalkan blog je da boleh jana pendapatan yang lumayan..tp memang kena betul2 fokus la kt blog

    2. @x-po, aah..tp nk berkorban 2 la susah skit..nk berkorban masa yg paling susah..hehee

    1. @Azizwan, Haha.. Artikel yang berguna bagi sesiapa yang berminat untuk monetizekan blog dorang.
      .-= Steward John´s last blog ..Blogging is just a waste of time? =-.

          1. @Steward John, yup btl 2..sharing is caring..x rugi share ilmu ngan kawan2

        1. @Bang Iwan, belajar sih jangan x belajar..hehehe..nk belajar pn x kira sempadan da sekarang

      1. @Steward John, mcm mana nk bg org iklan kt blog kta kalau blog kta PR1 je..kesian blog aku,,hahaa

        1. @mieran, Jangan katakan blog Mieran, blog saya ni pun agak parah nihh…
          .-= Steward John´s last blog ..Google Pagerank Exposed =-.

    2. @Azizwan, x tahu nk komen apa2 xpe asalkan dpt jadi pengomel pertama..hehee

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!