Mat Indera kisah sebenar

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang berkongsi pendapatan dalam entri “Mat Indera Pemimpin Komunis yang aku kenal“. Entri ini adalah kisah benar rasa hati orang-orang tua di kampung aku yang melalui kehidupan perit di zaman Bintang Tiga. Kita anak-anak yang dilahirkan selepas Kemerdekaan tidak pernah melalui kesukaran hidup di zaman Komunis jadi tidak adil untuk mengatakan sejarah tidak betul.

Siapa yang berani kata bahawa UMNO yang dahulunya sebuah Pertubuhan Melayu dan Tunku Abdul Rahman BUKAN watak penting dalam usaha menekan British memberi Kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sememangnya UMNO dan Tunku Abdul Rahman bukan pemula kerana sebelum itu sudah ada Pejuangan Kemerdekaan seperti Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Dol Said dan ramai lagi yang tercatat dalam lipatan sejarah Malaysia. Hanya Mat Indera sahaja yang tidak tercatat sebagai Pejuang Kemerdekaan mungkin kerana beliau menggunakan platform yang salah iaitu Komunis berbanding Pejuang Kemerdekaan yang lain yang tidak lansung bekerjasama dengan Komunis.

Ibarat bermain bola sepak yang bermain 11 orang tetapi selalunya menjaring gol seperti Messi, Ronaldo dan Rooney yang diangkat sebagai hero begitu juga kisahnya Tunku Abdul Rahman yang diangkat sebagai Bapa Kemerdekaan di antara semua Pejuang Kemerdekaan kerana Tunku yang berjaya memujuk British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Kita tahu Mat Indera kisah sebenar adalah Pejuang yang menentang Penjajahan British tetapi agak sukar untuk mengiktiraf beliau kerana beliau berjuang bersama Parti Komunis Malaya. Mengiktiraf Mat Indera secara tidak langsung juga bermakna mengiktiraf Parti Komunis Malaya juga secara tak langsung juga mengiktiraf ideologi Komunis dan secara tak lansung mengiktiraf kekejaman yang pernah dilakukan.

Pendapat peribadi aku agak sukar untuk Kerajaan samada di bawah Pimpinan BN atau PAKATAN untuk mengiktiraf Mat Indera sebagai Pejuang Kemerdekaan kerana implikasinya terlalu besar dan boleh mengubah pendirian dan polisi luar Malaysia. Yang terbaik kita semat dalam hati bahawa Mat Indera adalah seorang Pejuang.

Sebaiknya kita guna seluruh tenaga untuk terus berusaha memajukan Malaysia untuk generasi akan datang. Jadikan sejarah sebagai panduan dan pedoman untuk membina Bangsa Malaysia yang lebih berjaya bukan membuang tenaga berbahas sejarah untuk kepentinga politik sahaja.


Spread the love

108 Comments

    1. jgn bc sejarah dalam buku sejarah tau dik..
      akak time ting 5 dulu.. cikgu akak ckp kite belajar sejarah kat dlm buku ni tuk ambik exam jerk..
      lepas ni cr sejarah sebenar kerana banyak yang disembunyikan disebabkan untuk menutupi hal2 tertentu.. bila skrg.. br akak faham ape yg tersirat di sebalik kata2 beliau.
      Curahan rasa LadyBird @ ..Ungkapan.. Janji..My Profile

  1. jika kita fokus pada perjuangan, mat indera memang pejuang kemerdekaan
    kita pun tak hidup zaman tu, fakta2 sejarah mungkin tidak 100% tepat
    zaman sekarang macam-macam ada
    hadis pun boleh diputarbelitkan
    Curahan rasa Terbelog @ ..Siapa Mat Indera ?My Profile

  2. kepada mereka yang menagung-agungkn penjajah british cuba fikir siapa yg telah mencuri hasil bumi tanah air kita? minyak, bijih timah , emas, arang batu dll semua telah disapu bersih oleh british. siapa yg rampas temasek? siapa yg meletakn penasihat british pada setiap negeri melayu? siapa yg membekalkn senjata pada pkm masa pendudukan jepun? siapa yg membunuh/menghukum org yg menentang british?

  3. Sekarang ini banyak pula isu-isu yg dibangkitkan, hero sebenar la, walhal perjuangannya salah, charge duit utk perubatan la, walaupun sendiri yg terjatuh akibat perhimpunan haram. Ini semua utk menutup kes-kes yg besar utk ditenggelamkan supaya org ramai tidak terfikir lagi ttg kes itu.??????Kes itu kena fikirlah sendiri….!!!
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Diet Legakan Usus RengsaMy Profile

  4. Tak perlulah ungkit atau korek sejarah lampau yg sememangnya dilipatan sejarah negara yg kita belajar di bangku sekolah dulu.Tak ada cacat celanya. Tengku Abd Rahman memang seorang yg penuh berhati-hati dgn memujuk British dgn cara yg sopan bagi mengelak pertumpahan darah bagi memerdekakan negara yg dicintai.Tidak seperti Mat Indera yg menjadikan Parti Komunis sbg saluran perjuangannya sehingga ada segelintir drpd parti politik skrg mengiftiraf perjuangan beliau yg terpesong itu.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Diet Legakan Usus RengsaMy Profile

  5. Isu ini nampaknya memberi banyak advantage kepada kaum bukan melayu yg kini tersenyum lebar krn sesama melayu semakin bercakaran tentang sejarah pejuang kaum melayu sesama sendiri…mereka tak perlu bersusah payah pertahankan komunis krn org melayu kini cenderung mempertahankan komunis & talibarut mereka..sasaran seterusnya adalah dgn mengangkat Shamsiah Fakeh,Rashid Maidin dan akhir sekali Chin Peng akan diarak masuk ke negara ini bersama paluan kompang…
    Persoalannya apakah keuntungan/faedah yg org Melayu perolehi dari konflik ini?? bertekak & membuang masa sedangkan kaum lain hanya tersenyum sambil berpeluk tubuh & mereka baru saja bersorak gembira setelah mereka berjaya mem”BERSIH”kan orang Melayu sebelum ini dengan air semburan…
    Curahan rasa ozzy @ ..SELAMAT KEMBALIMy Profile

    1. Itulah tujuan sebenar isu ini dibawa dan menjadi panas bila Karpal juga tidak setuju pada Mat Sabu. Orang politik berdrama untuk menutup isu yg lebih besar. Isu apa cuba fikir2 kan.

  6. ramai yang cakap buat apa imbas kembali sejarah sedangkan yang penting pandang ke depan? sebenarnya itu pendapat dangkal. sejarah sangat penting supaya manusia boleh belajar dari kesilapan. dalam al quran juga banyak diceritakan kisah umat manusia terdahulu untuk dijadikan pengajaran untuk umat nabi muhamad. itu adalah sejarah. adakah kisah yang diceritakan dalam al quran itu tidak penting?

    adalah perlu memperbetulkan sejarah supaya rakyat tidak terkeliru dan ditipu hidup-hidup semata-mata disebabkan oleh propaganda politikus yang mabukkan kuasa.

    p/s : bercakap/menulis pakai kepala otak beserta dalil. jangan pakai kepala z@k@r beserta sabun. sekian.

    1. sejarah hanya kini tinggalan sejarah, panduan kepada kita pada masa hadapan. kenapa perlu mengukit perkara lama yang sangat mengguriskan waris kedua2 pihak? kita perlu berjuang pada masa kini & hadapan untuk masa depan negara kita. Berjuang untuk perangi kos hidup yang tinggi!!

  7. Walaupon sejarah..tp perlukah ia berulang kembali ?..agama Islam sendiri mengharamkan berbunuhan sesama manusia..apatah lagi kanak-kanak dan wanita

    Kesilapan Mat Indera ialah beliau menggunakan senjata untuk kemerdekaan dan sngt berbeza dgn Tunku Ab Rahman yg melalui rundingan bg mengelakkan pertumpahan darah…

    Kenapa tidak mencontohi seperti peristiwa Guthrie Dawn Raid..sgt genius dan memberi kesan kepada kita sehingga sekarang..
    Curahan rasa Bumilangkawi @ ..Homestay di LangkawiMy Profile

    1. apa hukum mengangkat senjata bagi umat islam untuk memerdekakan tanahair sendiri dari cengkaman penjajah?
      jangan mudah menjatuhkn gelaran penganas pd org yg tak sependapat dengan kita

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!