Mat Indera kisah sebenar

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang berkongsi pendapatan dalam entri “Mat Indera Pemimpin Komunis yang aku kenal“. Entri ini adalah kisah benar rasa hati orang-orang tua di kampung aku yang melalui kehidupan perit di zaman Bintang Tiga. Kita anak-anak yang dilahirkan selepas Kemerdekaan tidak pernah melalui kesukaran hidup di zaman Komunis jadi tidak adil untuk mengatakan sejarah tidak betul.

Siapa yang berani kata bahawa UMNO yang dahulunya sebuah Pertubuhan Melayu dan Tunku Abdul Rahman BUKAN watak penting dalam usaha menekan British memberi Kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sememangnya UMNO dan Tunku Abdul Rahman bukan pemula kerana sebelum itu sudah ada Pejuangan Kemerdekaan seperti Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Dol Said dan ramai lagi yang tercatat dalam lipatan sejarah Malaysia. Hanya Mat Indera sahaja yang tidak tercatat sebagai Pejuang Kemerdekaan mungkin kerana beliau menggunakan platform yang salah iaitu Komunis berbanding Pejuang Kemerdekaan yang lain yang tidak lansung bekerjasama dengan Komunis.

Ibarat bermain bola sepak yang bermain 11 orang tetapi selalunya menjaring gol seperti Messi, Ronaldo dan Rooney yang diangkat sebagai hero begitu juga kisahnya Tunku Abdul Rahman yang diangkat sebagai Bapa Kemerdekaan di antara semua Pejuang Kemerdekaan kerana Tunku yang berjaya memujuk British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Kita tahu Mat Indera kisah sebenar adalah Pejuang yang menentang Penjajahan British tetapi agak sukar untuk mengiktiraf beliau kerana beliau berjuang bersama Parti Komunis Malaya. Mengiktiraf Mat Indera secara tidak langsung juga bermakna mengiktiraf Parti Komunis Malaya juga secara tak langsung juga mengiktiraf ideologi Komunis dan secara tak lansung mengiktiraf kekejaman yang pernah dilakukan.

Pendapat peribadi aku agak sukar untuk Kerajaan samada di bawah Pimpinan BN atau PAKATAN untuk mengiktiraf Mat Indera sebagai Pejuang Kemerdekaan kerana implikasinya terlalu besar dan boleh mengubah pendirian dan polisi luar Malaysia. Yang terbaik kita semat dalam hati bahawa Mat Indera adalah seorang Pejuang.

Sebaiknya kita guna seluruh tenaga untuk terus berusaha memajukan Malaysia untuk generasi akan datang. Jadikan sejarah sebagai panduan dan pedoman untuk membina Bangsa Malaysia yang lebih berjaya bukan membuang tenaga berbahas sejarah untuk kepentinga politik sahaja.


Spread the love

108 Comments

  1. aku tidak memihak pada mana2 pihak.. macam biasa akhbar Utusan menjalankan kerja mengapikan orang melayu supaya berpecah belah..
    kwn aku yg pergi ceramah Matsabu ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pad 21 Ogos lalu mendengar sendiri byk sgt perbezaan yang dikeluarkan oleh utusan..

    sama je analogi makan untuk hidup, tapi keluar berita hidup untuk makan…
    harap editor akhbar bertaubat dari melaga-lagakan org..
    Curahan rasa amgreatz @ ..Akar Herba Menyerupai Seorang BudakMy Profile

  2. “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Kalau benar Mat Indera adalah individu yang bertanggungjawab dalam serangan balai polis di Bukit Kepong, maka dia perlu dipertanggungjawab diatas semua salah laku pengikutnya. Itulah pegangan setiap pemimpin samada diperingkat bawahan dan peringkat tertinggi dalam mana-mana pertubuhan polis dan ketenteraan dalam menanggani konflik bersenjata. Kalau benar Mat Indera adalah individu yang mengepalai serangan itu, dia tidak boleh “baling batu dan sembunyi tangan”. Kalau benar hanya Ray Dancey yang dicari kenapa tidak komplot pembunuhan tidak diatur sepertimana komplot pembunuhan Henry Gurney? Kenapa perlu melibatkan begitu ramai nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak?

    Bukit Kepong akan kekal sebagai detik hitam dalam sejarah. Hakikatnya, ramai yang terkorban dan menderita dalam peristiwa itu. Saya percaya sejarah hitam ini masih segar dalam ingatan ramai keluarga anggota polis yang terbunuh dan penduduk kampung yang pernah melaluinya. Sebagai seorang anggota keselamatan,saya amat terkilan dengan kenyataan Mat Sabu. Pada pandangan saya, Mat Sabu hanya memainkan isu Mat Indera bagi mengaut populariti dan political mileage kerana telah kemandulan idea untuk membawa perubahan dalam pejuangan politiknya. Tidak lebih dari itu. Walau apapun sebalik motif Mat Sabu dalam usaha memartabatkan dirinya, dia tidak seharusnya memainkan isu-isu sebegini.

    Marilah kita sedekahkan ‘al-fatihah’ kepada saudara seagama yang telah terkorban di Bukit Kepong. Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh mereka…

  3. bacol2 yg bersekongkol brsama british..mnrima syarat2 british..klo nk merderka kna ikut syart yg dttpkan british…melayu duduk kampong…cina duduk bandar…india duduk ladang..apasal bdoh sgt nk ikot telunjuk british…ini tanah air kita ikut suka kita lah mau duduk mane…bacol2 pnya barua british…malu aku ad kaki pengampu british..

    1. ooo OK, Jika ditakdirkan PKM menang & memerintah Tanah Melayu.

      try tuka ayat sket : bacol2 yg bersekongkol brsama komunis..mnrima syarat2 komunis..klo nk kongsi pentadbiran dengan komunis kna ikut syart yg dttpkan komunis…melayu duduk bandar ke?…cina duduk ladang ke?…india duduk kampung ke?..masa tu baru pikir apasal bdoh sgt nk ikot telunjuk komunis…ini tanah air kita ikut suka kita lah mau duduk mane…bacol2 pnya barua komunis…malu aku jd kaki pengampu komunis..

  4. kita tak hidup di zaman tu senang la cakap! depa yang berjuang dulu taulah peritnya.. tak kiralah mat indera ka.. tunku ka.. depa bukan hidup di zaman cyber nak buat kajian ka atau analisa … perjuangan banyak dipengaruhi sekitaran dan keadaan sema.. janji berjuang.. kita tak boleh nak hukum dia ni betul atau dia ni salah.. terserah kepada Allah saw.. apa-apa pun nasib Tunku dan Dato’ Onn lebih baik dari pejuang yang lain-lain (mungkin menjadi mangsa keadaan)

  5. Kita imbas kembali peristiwa serangan PKM terhadap Henry Gurney. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frasser ketika sedang di dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat. Dia diserang hendap oleh PKM dari Parti Komunis Malaya. Kereta Roll Roycenya ditembak di tengah perjalanan. Serangan yang diketuai Chin Peng itu hanya untuk membunuh Henry Gurney sahaja – seorang ketua penjajah British. Isteri dan anaknya dibiarkan hidup ketika serangan itu di bawah arahan ketua mereka – Chin Peng. Jadi anggota PKM mematuhi arahan supaya membebaskan anak dan bini Henry Gurney.

    Berbalik kepada serangan di Bukit Kepong, Mat Indera bersama bantuan PKM telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang Ketuanya ialah Ray Dancey – seorang tentera penjajah British. Bagaimanapun pada hari serangan iaitu 23 Februari 1950, Ray Dancey tiada di situ. Dan perkara itu diluar pengetahuan Mat Indera. Rancangan asal, Mat Indera bahawa serangan itu hanya sebagai amaran terhadap kerajaan British dengan membunuh Ray Dancey, namun beliau hanya menyedari ketiadaan Ray Dancey pada hari penyerangan tersebut.

    Bagaimanapun ada percanggahan pendapat dari Baharum (adik Mat Indera) dan Pak Yahya (adik Pak Sanib – rakan baik Mat Indera). Menurut Baharum semalam, Mat Indera tidak terlibat di dalam serangan itu, Mat Indera hanya hadir lewat ketika serangan tetapi untuk menyelamatkan anggota Polis. Tetapi maklumat yang diterima oleh Pak Yahya daripada abangnya Pak Sanib, Mat Indera menggunakan bantuan PKM untuk melakukan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan disasarkan ke atas Ketua Polisnya Ray Dancey. Bagaimanapun fakta yang sama dari kedua-dua belah pihak adalah Mat Indera bukan seorang anggota Komunis.

    Memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang ketika serangan itu, pertempuran mula tercetus apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang anggota PKM yang sedang memotong kawat berduri balai polis tersebut. Selepas itu berlakulah pertempuran yang sengit dari kedua-dua belah pihak. Walaupun didesak untuk menyerah diri, Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah diri.

    Selepas PKM berjaya menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Usaha terakhir yang dapat dibuat oleh Mat Indera bagi meredakan keadaan ialah dengan memujuk Mariam supaya merayu agar polis menyerah diri. Bagaimanapun tawaran ini tidak diendahkan oleh polis. Akhirnya serangan itu berakhir dengan sebuah tragedi yang kita ketahui, dan Mat Indera tidak dapat menghalang serangan balas anggota PKM terhadap anggota polis. Kerana apa anggota PKM tidak memperdulikan arahan Mat Indera, sebab Mat Indera bukanlah ketua mereka. Mat Indera bukan Chin Peng. Menurut perbualan kali terakhir Mat Indera bersama Pak Johan sebelum beliau dihukum gantung, Mat Indera menafikan dirinya adalah seorang anggota komunis, apatah lagi ketua mereka. Mat Indera hanya bergerak di dalam serangan itu dengan bantuan PKM untuk memburu Ray Dancey, namun nasi sudah pun menjadi bubur. Anggota Polis yang ketika itu dibawah jajahan British pula menjadi mangsa.

  6. Sebaik saja Jepun kalah di dalam peperangan dunia ke-2, tentera-tentera Gurkha dan Fiji mula menunjukkan belang mereka di Tanah Melayu. Berdasarkan maklumat dari Pak Johan dan Awang, perangai tentera ini yang suka bermabuk-mabuk dan gilakan perempuan meresakan penduduk kampung. Barangkali mereka di luar sana boleh merujuk kepada orang-orang lama yang masih hidup bagaimana perangai tentera Fiji dan Gurkha semasa pendudukan British di Tanah Melayu. Tanyalah benarkah mereka ini akan mengambil mana-mana perempuan yang mereka suka?. Jawapan dari XPDC yang kami lalui adalah memang benar. Mereka menjadi antara punca kebencian orang kampung dan Mat Indera terhadap British.

    Sebelum saya menyentuh isu serangan di Bukit Kepong, saya ingin pembaca membuka fikiran terlebih dahulu. Fakta-fakta ini hendaklah dibaca tanpa anda menghakimi siapa pengkhianat dan pejuang terlebih dahulu. Bebaskan diri anda dari kecenderungan anda sama ada kepada media Kerajaan atau Pembangkang.

    Fakta penting yang harus anda tahu ialah, kebanyakkan pegawai-pegawai atasan Polis di Tanah Melayu ketika itu adalah daripada tentera British. Sebenarnya tujuan penyerangan PKM Bukit Kepong adalah SAMA seperti penyerangan pembunuhan ke atas Sir Henry Gurney. Cuma kesudahan serangan itu memberikan kesan yang berbeza.

    Henry Gurney dilantik oleh British menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

    Kita imbas kembali peristiwa serangan PKM terhadap Henry Gurney. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frasser ketika sedang di dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat. Dia diserang hendap oleh PKM dari Parti Komunis Malaya. Kereta Roll Roycenya ditembak di tengah perjalanan. Serangan yang diketuai Chin Peng itu hanya untuk membunuh Henry Gurney sahaja – seorang ketua penjajah British. Isteri dan anaknya dibiarkan hidup ketika serangan itu di bawah arahan ketua mereka – Chin Peng. Jadi anggota PKM mematuhi arahan supaya membebaskan anak dan bini Henry Gurney.

    Berbalik kepada serangan di Bukit Kepong, Mat Indera bersama bantuan PKM telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang Ketuanya ialah Ray Dancey – seorang tentera penjajah British. Bagaimanapun pada hari serangan iaitu 23 Februari 1950, Ray Dancey tiada di situ. Dan perkara itu diluar pengetahuan Mat Indera. Rancangan asal, Mat Indera bahawa serangan itu hanya sebagai amaran terhadap kerajaan British dengan membunuh Ray Dancey, namun beliau hanya menyedari ketiadaan Ray Dancey pada hari penyerangan tersebut.

    Bagaimanapun ada percanggahan pendapat dari Baharum (adik Mat Indera) dan Pak Yahya (adik Pak Sanib – rakan baik Mat Indera). Menurut Baharum semalam, Mat Indera tidak terlibat di dalam serangan itu, Mat Indera hanya hadir lewat ketika serangan tetapi untuk menyelamatkan anggota Polis. Tetapi maklumat yang diterima oleh Pak Yahya daripada abangnya Pak Sanib, Mat Indera menggunakan bantuan PKM untuk melakukan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan disasarkan ke atas Ketua Polisnya Ray Dancey. Bagaimanapun fakta yang sama dari kedua-dua belah pihak adalah Mat Indera bukan seorang anggota Komunis.

    Memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang ketika serangan itu, pertempuran mula tercetus apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang anggota PKM yang sedang memotong kawat berduri balai polis tersebut. Selepas itu berlakulah pertempuran yang sengit dari kedua-dua belah pihak. Walaupun didesak untuk menyerah diri, Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah diri.

    Selepas PKM berjaya menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Usaha terakhir yang dapat dibuat oleh Mat Indera bagi meredakan keadaan ialah dengan memujuk Mariam supaya merayu agar polis menyerah diri. Bagaimanapun tawaran ini tidak diendahkan oleh polis. Akhirnya serangan itu berakhir dengan sebuah tragedi yang kita ketahui, dan Mat Indera tidak dapat menghalang serangan balas anggota PKM terhadap anggota polis. Kerana apa anggota PKM tidak memperdulikan arahan Mat Indera, sebab Mat Indera bukanlah ketua mereka. Mat Indera bukan Chin Peng. Menurut perbualan kali terakhir Mat Indera bersama Pak Johan sebelum beliau dihukum gantung, Mat Indera menafikan dirinya adalah seorang anggota komunis, apatah lagi ketua mereka. Mat Indera hanya bergerak di dalam serangan itu dengan bantuan PKM untuk memburu Ray Dancey, namun nasi sudah pun menjadi bubur. Anggota Polis yang ketika itu dibawah jajahan British pula menjadi mangsa.

  7. Semoga Allah s.w.t merahmati pejuang melayu semasa peristiwa bukit kepong. Mat indera HANYA mengetuai serangan PKM ke atas balai polis bkt kepong, “NIAT” dia utk bebaskan tanah melayu dari penjajah adalah betul, tapi haluan yg dia pilih PKM adalah salah. Apa itu Komunisme, siapa pengasas Ideologi Komunis, bangsa apa yg majoriti dlm PKM? korang kaji la sendiri. Seperti yang di bangkitkan oleh Mat Sabu, memang ada orang melayu diselamat oleh Mat Indera semasa pertempuran tersebut, tapi majoriti polis melayu, isteri, kanak² kecil yg kena bunuh dek PKM dia x cerita pulak? Nak perjuangkan kemerdekaan tak semestinya perlu “Angkat Senjata” & bunuh sesama melayu yang berkhidmat di pihak british, bagi orang melayu pada masa itu yg tidak mempunyai kecukupan senjata untuk menentang kekuatan senjata penjajah, “Debat & Diplomasi” adalah cara terbaik MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN, itu pandangan aku, Mat Indera seorang yang arif dalam agama, mana mungkin dia arif tentang ideologi Komunisme, mungkin sebab itu dia “DIPERGUNAKAN” oleh PKM untuk menjadi “ORANG TENGAH” memujuk polis melayu menyerah diri sebelum detik serangan PKM di bukit kepong. Pada pandangan aku, jika Mat Indera berada di landasan perjuangan kemerdekaan berteraskan “Debat & Diplomasi” pada masa itu, dia tentu akan disanjung tinggi sehingga kini kerana niat & agamanya adalah melambangkan seorang “Melayu Jati”. Sekian.

    1. ade betul ko cakap.. oeang melayu dedulu mmg terlalu lemah sebenarnye.. mereka di pergunakan..kita jagn tertumpu pada Mat Indera yang ‘diperguna’kan PKM, tetapi kite lupe yang ramai lagi ‘orang-orang Melayu’ yang dipergunakan oleh British untuk kepentengan British sendiri..

      tanah melayu di jajah bukan di naung oleh british, mereka jarah hasil bumi kita, sultan hanya simbol atau ‘patung’ sahaja pada masa itu. kita menuntuu kemerdekaan di tanah kita sendiri. pelik tak?

      Tak salah kalau kita anggap mat indera atau nasionalis yang lain sebagai pejuang tanah melayu..

      Pada pendapat saya, tak salah kita ‘dipergunakan’ oleh pihak-pihak tertentu untuk mendapat kan perlindungan . cume parti PKM adalah komunis, saya yakin , selepas Mat Indera di buru oleh British selepas API di anggap parti halawan kiri yang menentang ‘British’, dan ramai geng-geng API dan AWAS yang MATI DIBUNUH BRITISH, saya yakin dan pasti, Mat Indera mencari satu bentuk ‘perlindungan’ atau ‘parti’ yang mempunyai satu visi , iaitu menjatuhkan orang yang menjatuhkan kedaulatan negara.

      Ramai yang salah faham akan fahaman komunis ni, mmg, pengasas adalah seorang yang terlalu taksub akan kesamarataan dalam bidang ekomoni, sosial dan agama, tapi apa beza dengan kapitalis. fundementalis, atauapun feminis? mereka mempunyai satu hala tuju yang sama iaitu memperjuangkan apa yang mereka mahukan tanpa menyentuh hal agama?

      jika dulu kita marah Mat Indera bersekongkol dengan PKM, tapi sekrang, kita tak nak cakap ape kalau kita buat urusan diplomatik dengan USA, UK yang sah sah sebuah negara sekular yang telah menyebabkan ramai orang Islam dipandang hina.

      ??
      Curahan rasa Pereman @ ..Siapa Mat Indera dan Apa Sumbangan Mat Indera Kepada Sejarah.My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!