Mat Indera kisah sebenar

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang berkongsi pendapatan dalam entri “Mat Indera Pemimpin Komunis yang aku kenal“. Entri ini adalah kisah benar rasa hati orang-orang tua di kampung aku yang melalui kehidupan perit di zaman Bintang Tiga. Kita anak-anak yang dilahirkan selepas Kemerdekaan tidak pernah melalui kesukaran hidup di zaman Komunis jadi tidak adil untuk mengatakan sejarah tidak betul.

Siapa yang berani kata bahawa UMNO yang dahulunya sebuah Pertubuhan Melayu dan Tunku Abdul Rahman BUKAN watak penting dalam usaha menekan British memberi Kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sememangnya UMNO dan Tunku Abdul Rahman bukan pemula kerana sebelum itu sudah ada Pejuangan Kemerdekaan seperti Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Dol Said dan ramai lagi yang tercatat dalam lipatan sejarah Malaysia. Hanya Mat Indera sahaja yang tidak tercatat sebagai Pejuang Kemerdekaan mungkin kerana beliau menggunakan platform yang salah iaitu Komunis berbanding Pejuang Kemerdekaan yang lain yang tidak lansung bekerjasama dengan Komunis.

Ibarat bermain bola sepak yang bermain 11 orang tetapi selalunya menjaring gol seperti Messi, Ronaldo dan Rooney yang diangkat sebagai hero begitu juga kisahnya Tunku Abdul Rahman yang diangkat sebagai Bapa Kemerdekaan di antara semua Pejuang Kemerdekaan kerana Tunku yang berjaya memujuk British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Kita tahu Mat Indera kisah sebenar adalah Pejuang yang menentang Penjajahan British tetapi agak sukar untuk mengiktiraf beliau kerana beliau berjuang bersama Parti Komunis Malaya. Mengiktiraf Mat Indera secara tidak langsung juga bermakna mengiktiraf Parti Komunis Malaya juga secara tak langsung juga mengiktiraf ideologi Komunis dan secara tak lansung mengiktiraf kekejaman yang pernah dilakukan.

Pendapat peribadi aku agak sukar untuk Kerajaan samada di bawah Pimpinan BN atau PAKATAN untuk mengiktiraf Mat Indera sebagai Pejuang Kemerdekaan kerana implikasinya terlalu besar dan boleh mengubah pendirian dan polisi luar Malaysia. Yang terbaik kita semat dalam hati bahawa Mat Indera adalah seorang Pejuang.

Sebaiknya kita guna seluruh tenaga untuk terus berusaha memajukan Malaysia untuk generasi akan datang. Jadikan sejarah sebagai panduan dan pedoman untuk membina Bangsa Malaysia yang lebih berjaya bukan membuang tenaga berbahas sejarah untuk kepentinga politik sahaja.


Spread the love

108 Comments

  1. Sejarah tetap sejarah. Yang sekarang nie, bangsa sendiri mundur ape cerita. Dengan memperbetulkan sejarah, bangsa kita boleh maju ker? Kita orang melayu kena pandang ke depan dan memikirkan masalah bangsa kita. Masalah sosial yang banyak skang ni masih tak di bendung. Yang dah meninggal biarkan.

    Biar ALLAH sahaja yang mengadili mat indera.

    Jangan terikut dengan rentak politik. Mereka semua nak UNDI sahaja. ‘Berlakon’ adalah jiwa mereka. 🙂

    1. u have a very wrong perception about History dan ko tau tak, tanpa sejarah sesebuah tamadun tidak akan wujud. ko tau tak, Al-Quran itu ape? Al-Quaran itu adalah buku sejarah, kenapa? Allah suro kita belajar dari orang-orang lama dan amik iktibar supaya kita tak terpesong ke tempat lain dan menjadi ummat yang lebih baik!

      ko tau sunnah itu ape? sunnah itu adalah satu set sejarah yang di buat oleh Rasullah!!

      Ko tau betapa kuatnya sejarah, sehinggakan penjajah sanggup ubah sejarah supaya kita anak muda ni tidak reti berdikari dan ‘berterima kasih’ kepada mereka yang membina Malaysia
      Curahan rasa Pereman @ ..Siapa Mat Indera dan Apa Sumbangan Mat Indera Kepada Sejarah.My Profile

  2. janganlah kita persoal siapa yang lebih layak jadi pejuang kemerdekaan..sepatutnya persoal siapa yang sanggup jadi pejuang negara pada hari ni

  3. Kebenaran memang sukar untuk dibuktikan … Dalam kes ini hanya ALLAH SWT yang lebih mengetahui … Bagi kita generasi baru teruskan perjuangan untuk memantapkan agama , bangsa dan negara … Ingat ini negara kita …
    Curahan rasa zanaasensei @ ..Kehangatan Masih Terasa WeiiiMy Profile

  4. Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisser Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. Pihak komunis mengepung balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.[2]

    Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

    Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

    Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

    Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

    14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

    (cerita ini bersaksi di ceritakan kembali oleh isteri.. penduduk kampung dan anak mereka yang terkorban…. )

    kesilapan besar mat indera :-

    1. berjuang dengan komunis kalau beliau terus berjuang menjadi guru agama utk menentang penjajah lagi bagus.. bukannya sekongkol dengan komunis.

    2. membunuh bangsa sendiri dan membiarkan komunis membunuh isteri dan anak anak yang tidak berdosa.

    3. membiarkan komunis membakar dan mencampakkan mereka yang terkorban kedalam api tanpa dikebumikan. sedangkan beliau setelah digantung juga dikebumikan secara orang islam oleh pemerintah.

    4, membiarkan anak anak kecil melihat ibu dan bapa mereka di tembak dan di bakar di depan mata mereka.

    Memang didalam satu sudut Mat Indera boleh di anggap sebagai wira didalam kemerdekaan Tanah Melayu tetapi cara atau method yang dibawa oleh nya adalah kejam dan tidak boleh dimaafkan oleh mereka yang terlibat di Bukit Kepong..

    1. matlamat tidak menghalalkn cara….wanita & kanak2 tidak boleh dibunuh & kenapa mesti bersekongkol dgn kafir membunuh org Islam…Mat Sabu sengaja cari publisiti murah! bukan BAPAK dia yg kena tembak, boleh la cakap byk!

  5. Blog ni ramai pembaca tapi ejaan banyak salah. Bukan perjuang tapi pejuang. Langsung bukan lansung. Terima kasih.

  6. Sebaiknya kita guna seluruh tenaga untuk terus berusaha memajukan Malaysia untuk generasi akan datang. Jadikan sejarah sebagai panduan untuk membina Bangsa Malaysia yang lebih berjaya bukan membuang tenaga berbahas sejarah untuk kepentinga politik sahaja.
    Curahan rasa Jaws @ ..Wordless Wednesday #2: BMWMy Profile

  7. “Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera. “…

    Apapun jua..perkara ini telah berlaku..dan tercatat dlm lipatan sejarah..adakah pada masa tersebut hanya KOMUNIS sahaja pilihan terbaik Mat Indera??
    Curahan rasa yas @ ..Pejuang IslamMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!