Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 4/7/12 sepatutnya aku mengikut rombongan Kembara Media ke Kemboja untuk membuat liputan aktiviti eQurban dan Koperasi Muslim Kemboja. Niat terpaksa dibatalkan setelah mendapat berita keluarga dari Pekanbaru datang ziarah pada tarikh yang sama untuk berlibur di Kuala Lumpur. Rombongan kembara Media bersama Blogger Sweetkurma berlepas dari LCCT awal pagi 4/7/12.
1/7/12 aku pulang ke kampung di Segamat untuk ziarah emak dan abah. Mereka ikut kami balik ke Kuala Lumpur kerana ingin menziarahi besan yang dimasukan di Hospital Serdang. Biasalah bila dah berjumpa dengan emak dan abah berbagai kisah keluarga dibincangkan. Antara kisah paling sadis yang baru aku tahu seorang sepupu di Muar tidak pernah balik kampung menziarahi ibubapanya selama tiga tahun berturut-turut kerana terguris hati dengan kata-kata kasar bapanya. Memang ramai anak-anak yang merajuk dengan ibubapa sehingga sanggup tidak pulang ke kampung bertahun-tahun demi menegakkan keegoan yang entah kemana.
Pagi 4/7/12 sedang asyik aku menulis entri “Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto“, memantau harga saham Felda dan menerima laporan pergerakkan Kembara Media Kemboja dari Pegawai Operasi eQurban tiba-tiba aku menerima whatsapp yang mengejutkan.
“Pak Cik Mis meninggal kemalangan”.
Terkejut sebab baru semalam dapat berita Pak Cik suami isteri tak terpilih untuk mengerjakan haji tahun 2012, pagi ini sudah tiada dijemput Allah SWT. Memang hebat perancangan Allah SWT kalau tidak kerana rombongan dari Pekanbaru yang akan sampai petang 4/7/12 pasti aku sedang berada di Kemboja dan tidak dapat menziarahi arwah Pak Cik yang memang rapat sangat dengan aku. Oleh kerana anak-anak sedang bersekolah dan tetamu Pekanbaru akan sampai maka aku dan isteri berbahagi tugas. Aku pergi sendiri menziarahi arwah Pak Cik.
Alhamdulillah walaupun hujan lebat sepanjang perjalanan sempat juga aku menatap wajah arwah untuk kali terakhir dan menyembahyangkan jenazah beliau. Dalam hati berkata sudah tiada apa yang lebih bermakna apabila sudah dikapan melainkan amalan, harta yang diinfaq dengan ikhlas, ilmu baik yang disampai-sampaikan dan anak yang soleh sebagai bekalan. Mata aku menjeling mencari-cari anak beliau yang sudah tiga tahun tidak pulang kerana merajuk dimarah arwah. Di celah ratusan keluarga yang datang tidak kelihatan tak kan lah merajuk separah ini sehingga ayah meninggal pun tidak pulang.
Selesai pengkebumian jenazah baru ternampak anak arwah Pak cik yang sudah tiga tahun tak kembali, berlumuran lumpur kerana mengali kubur dan menyelesaikan pengkebumian jenazah ayahnya. Marah ayah dan ibu setakat mana sehingga kita anak nak merajuk panjang. Bila jasah sudah tidak bernyawa apa lagi yang boleh kita banggakan dengan keegoaan selama bertahun-tahun. Kepada anak-anak di luar sana yang masih merajuk dengan ayah dan emak semuga kisah ini menjadi pengajaran sebelum terlambat. Ibubapa yang hidup adalah jambatan ke Syurga untuk anak jadi jangan sesekali anak membakar jabatan walau segarang mana ibubapa kerana yang rugi besar pastilah anak.
AL FATIHAH untuk Pak Cik Mis semuga Allah SWT tempatkan Pak Cik bersama mereka yang terpilih masuk ke Syurga.
Nota : Ringankan tangan klik button FB Share, G + n Retweet sekiranya entri ini memberi manafaat kepada yang lain.
213 Comments
Bila terasa rindu di jiwa,
Cepatlah ambil cuti dengan segera,
Melawatlah mereka jika ada masa,
Kerana merekalah yg membesarkan kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
selalu ler balik kampung jengok ibu dan ayah…
Curahan rasa Nana @ ..Anjing Ditembak 40 kali Di Kepala Masih Hidup
Jadikan peristiwa ini satu pengajaran,
Agar sentiasa memberi sepenuh perhatian,
Terhadap segala pengorbanan yg dilakukan,
Terhadap kita tanpa rasa jemu dan memualkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Tiada apa yg dapt memberikan sesuatu ke pada mereka, hanya berzikir dan membaca surah yaasin utk dihadiahkan kepada mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
pergi tiada kembali lagi, kasih sayang suci tak ada gantinya…
Curahan rasa Nana @ ..Ulat Besar Ibu Jari Dalam Mata
Rinduku kepada arwah kedua ibubapa masih segar,
Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh serta terpilih oleh Allah utk ditempatkan ke Syurga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol menjadi juara.
al fatihah buat ibu dan ayah sensasi2020…semoga di tempat dalam golongan yang beriman…
Curahan rasa Nana @ ..Ulat Besar Ibu Jari Dalam Mata
Pergi menziarahi org yg sakit atau mati amat terpuji dan digalakkan oleh nabi kita, supaya ia mendapat pengajaran atau memberi peringatan kepada kita agar sentiasa insaf.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol menjadi juara.
dengan itu kita akan ingat, ajal pasti akan datang satu saat nanti cuma kita yang tak tahu bila masanya…
Curahan rasa Nana @ ..Ulat Besar Ibu Jari Dalam Mata
Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara :
– Sihat sebelumnya datangnya sakit.
– Muda sebelum datangnya tua.
– Hidup sebelum datangnya mat.,
– Senang sebelum datangnya sibuk.
– Kaya sebelum datangnya miskin.
Oleh itu perbanyakkan membuat amalan yg memberi pahala
dan sentiasa memohon agar dihapuskan dosa-dosa kedua ibubapa kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol menjadi juara.
sedih sgt cerita ni..blh jd pengajaran..
jangan sesekali menyakiti orang tua yang telah bersusah payah membesarkan kita…
Curahan rasa Nana @ ..Anjing Ditembak 40 kali Di Kepala Masih Hidup
rindu arwah ayah…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Cek Blogging
alfatihah buat ayah ayriqazz…
Curahan rasa Nana @ ..Anjing Ditembak 40 kali Di Kepala Masih Hidup
Mencegah lebih baik drp merawat,
Ada masa pulanglah melawat,
Mohon ampun sebelum terlambat.
Bila dah tiada banyakkan bertaubat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol menjadi juara.
Ketika mereka (ibubapa) ada, sentiasa menanya khabar mereka di kampung dan perbanyakkan doa semoga mereka sejahtera dan dilindungi Allah Taala .
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol menjadi juara.
dan berusahalah mengembirakan hati mereka…
Curahan rasa Nana @ ..Ulat Besar Ibu Jari Dalam Mata
Bila saja kita diperdengarkan dengan berita kematian, perbanyakkan astarfirullah al azim…..,semoga kita beringat, kerana DIA (Allah) akan menjemput kita kepadaNYA bila2 masa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol menjadi juara.
Jika ada selisih faham cepat-cepat selesaikannya, supaya tidak merebak dan menular berpanjangan, andai kata dah lama tak melawatnya, memohon ampun dan maaf dgn segera sebelum ajal menjemput mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama,
Waktu mereka ada mestilah selalu berkunjung,
Jangan sampai bertahun-tahun tidak bertemu mata.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
🙁 Semoga saya tidak tergolong seperti yang bro dh cakapkan itu.
Curahan rasa ProfHariz @ ..Allah Sentiasa Mendengar Doa Aku dan Kamu
terasa jugak dengan entri ni
Curahan rasa ariff @ ..Postpaid – Maxis vs Digi
Comments are closed.