Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 4/7/12 sepatutnya aku mengikut rombongan Kembara Media ke Kemboja untuk membuat liputan aktiviti eQurban dan Koperasi Muslim Kemboja. Niat terpaksa dibatalkan setelah mendapat berita keluarga dari Pekanbaru datang ziarah pada tarikh yang sama untuk berlibur di Kuala Lumpur. Rombongan kembara Media bersama Blogger Sweetkurma berlepas dari LCCT awal pagi 4/7/12.
1/7/12 aku pulang ke kampung di Segamat untuk ziarah emak dan abah. Mereka ikut kami balik ke Kuala Lumpur kerana ingin menziarahi besan yang dimasukan di Hospital Serdang. Biasalah bila dah berjumpa dengan emak dan abah berbagai kisah keluarga dibincangkan. Antara kisah paling sadis yang baru aku tahu seorang sepupu di Muar tidak pernah balik kampung menziarahi ibubapanya selama tiga tahun berturut-turut kerana terguris hati dengan kata-kata kasar bapanya. Memang ramai anak-anak yang merajuk dengan ibubapa sehingga sanggup tidak pulang ke kampung bertahun-tahun demi menegakkan keegoan yang entah kemana.
Pagi 4/7/12 sedang asyik aku menulis entri “Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto“, memantau harga saham Felda dan menerima laporan pergerakkan Kembara Media Kemboja dari Pegawai Operasi eQurban tiba-tiba aku menerima whatsapp yang mengejutkan.
“Pak Cik Mis meninggal kemalangan”.
Terkejut sebab baru semalam dapat berita Pak Cik suami isteri tak terpilih untuk mengerjakan haji tahun 2012, pagi ini sudah tiada dijemput Allah SWT. Memang hebat perancangan Allah SWT kalau tidak kerana rombongan dari Pekanbaru yang akan sampai petang 4/7/12 pasti aku sedang berada di Kemboja dan tidak dapat menziarahi arwah Pak Cik yang memang rapat sangat dengan aku. Oleh kerana anak-anak sedang bersekolah dan tetamu Pekanbaru akan sampai maka aku dan isteri berbahagi tugas. Aku pergi sendiri menziarahi arwah Pak Cik.
Alhamdulillah walaupun hujan lebat sepanjang perjalanan sempat juga aku menatap wajah arwah untuk kali terakhir dan menyembahyangkan jenazah beliau. Dalam hati berkata sudah tiada apa yang lebih bermakna apabila sudah dikapan melainkan amalan, harta yang diinfaq dengan ikhlas, ilmu baik yang disampai-sampaikan dan anak yang soleh sebagai bekalan. Mata aku menjeling mencari-cari anak beliau yang sudah tiga tahun tidak pulang kerana merajuk dimarah arwah. Di celah ratusan keluarga yang datang tidak kelihatan tak kan lah merajuk separah ini sehingga ayah meninggal pun tidak pulang.
Selesai pengkebumian jenazah baru ternampak anak arwah Pak cik yang sudah tiga tahun tak kembali, berlumuran lumpur kerana mengali kubur dan menyelesaikan pengkebumian jenazah ayahnya. Marah ayah dan ibu setakat mana sehingga kita anak nak merajuk panjang. Bila jasah sudah tidak bernyawa apa lagi yang boleh kita banggakan dengan keegoaan selama bertahun-tahun. Kepada anak-anak di luar sana yang masih merajuk dengan ayah dan emak semuga kisah ini menjadi pengajaran sebelum terlambat. Ibubapa yang hidup adalah jambatan ke Syurga untuk anak jadi jangan sesekali anak membakar jabatan walau segarang mana ibubapa kerana yang rugi besar pastilah anak.
AL FATIHAH untuk Pak Cik Mis semuga Allah SWT tempatkan Pak Cik bersama mereka yang terpilih masuk ke Syurga.
Nota : Ringankan tangan klik button FB Share, G + n Retweet sekiranya entri ini memberi manafaat kepada yang lain.
213 Comments
Kita merajuk tidak apa , asalkan jgn ibubapa yg merajuk, pasti org itu tak bau Syurga jika dia meninggalkan kita tanpa memohon ampun padanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Hanya amalan dan doa dari anak yg soleh sampai kepada ibubapa kita di alam barzah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Saya turut simpati, dahlah tak dpt pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji, dan ditimpa kematian pula. Diharap keluarganya membuat upah haji kepada si mati yg tak sempat membuat rukun Islam yg ke 5.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
takziah di ucapkan kepada keluarga pak cik mis…
Curahan rasa Nana @ ..Anjing Ditembak 40 kali Di Kepala Masih Hidup
Macam saya ni, ibubapa dah dipanggil Ilahi, skrg tiada tempat untuk mengadu dan bermanja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Pesanan dan peringatan kepada kami semua dan juga seluruh umat manusia sejagat. Jagalah org tua kita dgn sebaik-baiknya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Tanpa ibubapa siapalah kita, merekalah yg membesarkan kita hingga menjadikan kita seorang insan yg berjaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Tahziah buat waris2 DH yg terlibat, semoga Syurgalah tempatnya yg abadi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Sedih dan pilu mendengar cerita, semoga tida sengketa dlm keluarga, bila mereka (ibubapa) pergi tanpa kita memohon ampun dan maaf, menyesal di sepanjang kehidupan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
AL FATIHAH untuk Pak Cik Mis Denaihati semoga Allah SWT tempatkan rohnya di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
peringat kepada semua dan juga saya juga.Terima kasih.
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Pendedahan Terkini Handphone Menjadi Sumber Pendapatan
sedihnye..huhu..tetiba rindu mak ayah kat kg..mggu dpn cuti, bleh blik kg..yeah!
Curahan rasa syu90 @ ..wowww 1001 giveaway
Dah 2 minggu aku tak telefon mak bapa kat kpg..bila baca kisah ini teringat dgn mereka.. semoga mereka sihat..
Curahan rasa anjangman @ ..Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati
sedih membaca kisahnya,,dan semoga menjadi ibroh buat kita semua
Curahan rasa agen herbalife @ ..Cara Paling Aman Menaikan Berat Badan
smoga menjadi ibroh..
Curahan rasa cara diet aman @ ..Mengatasi Kulit Berminyak
sedihnyaa cerita dan post ni :'(
Curahan rasa azriMy @ ..SEO Eyriqazz VS Denaihati
Comments are closed.