Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan mengadakan Pameran Perkahwinan TERBESAR di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 1-3 Mei 2015 bermula 10pagi-10malam. Ini adalah pameran ke-11 MEFA dimana MEFA mengumpulkan lebih 60 vendor perkahwinan seluruh lembah klang yang lebih fokus kepada perkahwinan melayu.
Kesemua produk yang ada seperti katering, butik, andaman, makeup, kad kahwin, door gift, fotografi, videografi, wedding planner, dewan perkahwinan, wang dinar, gubahan hantaran, bunga telur dan banyak lagi. Yang penting setiap vendor yang mempromosikan produk di MEFA adalah yang dipercayai kerana pihak penganjur akan menapis terlebih dahulu senarai vendor yang ingin menyertai pameran kali ini. Pelbagai pakej perkahwinan ditawarkan dari pakej ekonomi sehingga eksklusif.
Bagi yang merancang ke MEFA nanti, anda boleh meletakkan kenderaan di Shah Alam Convention Centre (SACC) – RM5/MASUK atau di tempat bersebelahan iaitu Kompleks PKNS Shah Alam – RM2/MASUK dan SACC Mall – RM2.50/MASUK. Bagi yang ingin datang ke SACC, anda boleh menggunakan google map atau Waze dengan menaip sahaja ‘Shah Alam Convention Centre‘, Bangunan SACC adalah terletak di Seksyen 14 Shah Alam, Selangor.
Pengunjung tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk masuk tetapi perlu daftar di info kaunter dan penganjur akan memberikan hadiah PERCUMA selepas mendaftar melalui LINK DAFTAR MEFA
Apa yang menariknya, pameran seperti ini memudahkan bakal-bakal pengantin dalam membuat persiapan kerana di MEFA, semuanya ada dari A-Z. Jadi, masa dan tenaga dapat dijimatkan daripada membuat survey di luar. Tambah pula, dengan setiap tempahan terkumpul RM500, penganjur menyediakan CABUTAN BERTUAH bagi memenangi hadiah utama iaitu iPhone 6 dan banyak lagi. Setiap tempahan yang menebus hadiah di Info Kaunter WAJIB dapat hadiah dari pihak penganjur.
Caranya hanya membuat tempahan minima terkumpul RM500, Tangkap gambar resit pembayaran dan upload di Instagram anda. TAPI, anda mesti TAG INSTAGRAM @MEFAPENGANTIN dan #MEFABOOKING, seterusnya menunjukkan bukti anda sudah upload di instagram anda kepada penganjur. Melalui cara tersebut, tunjukkan di depan kaunter anda perlu dapatkan 1 tiket cabutan untuk memenangi hadiah.
Bagi penggemar fesyen busana perkahwinan, pertunjukan fesyen akan berlangsung pada 2 Mei (sabtu) dan 3 Mei (Ahad) seperti jadual yang diberikan. Pastinya anda tidak melepaskan peluang berada dipentas utama yang pastinya dihias indah oleh MEGA BRIDAL CREATION (wedding decorator Yana Samsudin). Selain itu, pada 2 Mei (Sabtu) itu juga terdapat pertandingan iaitu “Anugerah Andaman & Busana Pengantin” yang akan dianjurkan oleh Pesona Pengantin dan Yann Rifft. Pertandingan ini mencari bakat-bakat baru pereka fesyen, model dan makeup artis untuk diketengahkan.
Aktiviti lain di pentas utama juga akan diserikan oleh penyanyi yang baru meningkat naik iaitu Karl Azhar yang akan membuat persembahan pada 2 Mei (Sabtu) pukul 5.15ptg.
Hadiah Percuma Lain juga di Sediakan bersama oleh Nurul Izzah Catering melalui Lori Makanan diberi Percuma di Pintu Masuk SACC, Coklat daripada Kaygifts dan YMY Chocolicious & Crafts, Hadiah lain-lain daripada Segi Seri Group dan banyak lagi.
MEFA kali ini bekerjasama dengan portal perkahwinan terbesar iaitu www.wedding.com.my di mana segala info pameran, vendor perkahwinan boleh didapati di website tersebut dan juga majalah rasmi iaitu Majalah Inspirasi Perkahwinan.
Info mengenai Malaysia Wedding Festival (MEFA) boleh juga di dapati melalui semua ruang iaitu:
Facebook: Malaysia Wedding Festival (MEFA)
Instagram: @MEFAPENGANTIN
Twitter: @MEFAEVENT
Website: www.mefa.my
Blog: malaysiaweddingfestival.blogspot.com
Email: [email protected]
Contact: 012-3871775 @ 013-9990277
43 Comments
Suka tengok deko yang cantik-cantik untuk pelamin. masa kahwin dulu simple je 🙂
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Rawatan Alternatif Demam Denggi Tanpa Ubat
kalau nak kahwin perlukan duit yang banyak..kalau macam tu terpaksa cari duit dulu selepas itu baru boleh la kahwin..betul tak
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Handphone Yang Bikin Duit
Boleh tinjau-tinjau harga baru selepas perlaksanaan GST. Agak-agak ada masuk sekali caj perkhidmatan 10%? Sudah tahu harga baru boleh bajet cukup atau kena tambah lagi.
Curahan rasa akubiomed @ ..Leka memerhati lebah sibuk mencari nektar
mudah mudahan ada pakej bajet untuk pasangan yang nak berkahwin dalam masa yang terdekat, tak termasuk caj GST.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Soalan Temuduga Guru Pendidikan
wahh, x sangka pula ada festival macam ni, nampak menarik sebab dapat beri peluang kepada pengantin untuk mudah buat keputusan
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Belajar Cara Membuat Cakoi Mudah Dan Sedap
soal kahwin memang best walaupun belanja agak besar tetapi itulah komitmen seumur hidup agar lebih bahagia sepanjang masa..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Ilmu Pelaris Bisnes Yang Mujarab
Boleh pergi ni, tak lama lagi nak kawin dh 😛
Curahan rasa Kozumi_ro @ ..Cara Update Artikel SEO
timing memang kena, ada cabutan bertuah lagi tu.. iPhone 6 ..mana tau ada rezeki
Curahan rasa Denaihati @ ..Menziarahi makam Rasul dan Nabi di pelusuk dunia
Bagus jgk buat acara mcm ni. Mana tahu boleh dpt harga murah. Jimat sikit. Haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pengalaman Menggunakan Oppo Smartphone
Belum plan nak kawin. Tapi kalau pergi sekadar tgk2 tu boleh je. Lepas tu share dgn kawan2.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pengalaman Menggunakan Oppo Smartphone
rasa macam nak kahwin lagi aje.
haha..
ni yang bahaya baca artikel macam ni.
Curahan rasa titan @ ..Penting sangat ke Blog Mobile-Friendly?
boleh je kalau dah ada lampu hijau…atau memang berani…heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Adakah orang Malaysia pengecut
menarik festival pengantin ni,kalau berkesempatan bolehlah singgah sekali lebih-lebih lagi kepada bakal pengantin tu,masa ni la banyak info yang boleh kita dapat 🙂
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Review Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi
selalu tak berkesempatan pergi,,,walaupun dah banyak kali diadakan,, kali ni time balik kampung plak dia buat,, hukhukkk,,
Hope ada lagi la lepas ni,,, takot terlepas apa yang menarik
Curahan rasa Zfarina @ ..Rahsia Wajah Mulus bak Korean Plastik Surgery? Anda pasti Teruja
nasib baik aku dah kahwin…hahaha…ada pakej tak untuk yang nak kahwin kali ke dua
Curahan rasa blogger lelaki @ ..‘Find My Phone’ Cari Lokasi Telefon Hilang di Google
Teruja nak pergi walaupun dah kahwin hihi.. Maklumlah banyak juga barangan lain yang dijual di sana.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Doa Harian Anak-Anak
seronoknya p festival mcm ni. suka tengok deco2 yang cantik2 tu. bau harum majlis kenduri kawin, bunga2, baju2 yang cantik. hihi…masa kawin dulu tak merasa. tapi takpelah takde rezeki kami masa tu. all the best adik2 bakal raja sehari 🙂
Comments are closed.