Majlis Pelancaran Aplikasi Android Chef Jo

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum Kembara Musafir New Zealand ex-bos merangkap Bos Masterchef, Chef Johari Edrus telah menjemput aku untuk menghadiri majlis pelancaran aplikasi Chef Jo. Alhamdulillah hari yang dinanti tiba aku dan rakan-rakan Blogger bersama 50 jemputan lain memenuhi Bistro Cascata di Cyberview Resort untuk majlis pelancaran.

20130619-161725.jpg

20130619-161939.jpg

Alhamdulillah kami disambut dengan senyum oleh Chef Jo dan Dr Rahim. Rakan Blogger terdiri daripada Mohd Hermas, Sohoque, Ladfe Amir, Anarm, Shakiddo, Abangensem, Faizal Fredley dan Sumi Jelly. Terima kasih kepada Blogger Sohoque yang sudi membacakan doa pembuka majlis.

20130619-162709.jpg

20130619-162907.jpg

20130619-163103.jpg

20130619-163301.jpg

Majlis pelancaran diacarakan oleh Zainal Alam yang merupakan senior sekolah aku …. kira macam reunion jugalah ni selepas bertahun tak jumpa. Ramai juga Chef dan selebriti yang datang antaranya Chef Adu Masterchef, Chef Muluk dari Nestle, Chef Elenna, Raja Azmi dan Salmiah Hassan.

20130619-164253.jpg

Chef Jo adalah Chef pertama di Malaysia melancarkan aplikasi android. Aplikasi Chef Jo akan menjadi sumber perkongsian ilmu, resipi, tips memasak dan aktiviti Chef Jo dengan peminat-peminat seluruh dunia.

20130619-165104.jpg

20130619-165247.jpg

20130619-165514.jpg

Semuga aplikasi android Chef Jo akan menyemarakan lagi dunia masakan Malaysia. Kepada pengguna android pergi je Google Play Store dan taip keyword “Chef Jo”. Jangan lupa cari juga keyword “Denaihati” dah dapat download lah. Aplikasi iOS Chef Jo akan dilancarkan tidak lama lagi.

20130619-175351.jpg

Produk Chef Jo atas nama “Chef Jo Peanut Fondue Sauce” akan dipasarkan tidak lama lagi. Dah cuba rasa memang sedap.

20130619-180409.jpg

20130619-180634.jpg

Lebih 12 juta smartphone digunakan di Malaysia jadi sayang sangat kalau blog kita tak ada aplikasi android dan iOS. Ini pun salah satu cara meningkatkan trafik blog. Aplikasi juga salah satu penjenamaan yang sangat berkesan untuk produk, perkhidmatan dan blog.

42 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!