Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan mengadakan Pameran Perkahwinan TERBESAR di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 1-3 Mei 2015 bermula 10pagi-10malam. Ini adalah pameran ke-11 MEFA dimana MEFA mengumpulkan lebih 60 vendor perkahwinan seluruh lembah klang yang lebih fokus kepada perkahwinan melayu.
Kesemua produk yang ada seperti katering, butik, andaman, makeup, kad kahwin, door gift, fotografi, videografi, wedding planner, dewan perkahwinan, wang dinar, gubahan hantaran, bunga telur dan banyak lagi. Yang penting setiap vendor yang mempromosikan produk di MEFA adalah yang dipercayai kerana pihak penganjur akan menapis terlebih dahulu senarai vendor yang ingin menyertai pameran kali ini. Pelbagai pakej perkahwinan ditawarkan dari pakej ekonomi sehingga eksklusif.
Bagi yang merancang ke MEFA nanti, anda boleh meletakkan kenderaan di Shah Alam Convention Centre (SACC) – RM5/MASUK atau di tempat bersebelahan iaitu Kompleks PKNS Shah Alam – RM2/MASUK dan SACC Mall – RM2.50/MASUK. Bagi yang ingin datang ke SACC, anda boleh menggunakan google map atau Waze dengan menaip sahaja ‘Shah Alam Convention Centre‘, Bangunan SACC adalah terletak di Seksyen 14 Shah Alam, Selangor.
Pengunjung tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk masuk tetapi perlu daftar di info kaunter dan penganjur akan memberikan hadiah PERCUMA selepas mendaftar melalui LINK DAFTAR MEFA
Apa yang menariknya, pameran seperti ini memudahkan bakal-bakal pengantin dalam membuat persiapan kerana di MEFA, semuanya ada dari A-Z. Jadi, masa dan tenaga dapat dijimatkan daripada membuat survey di luar. Tambah pula, dengan setiap tempahan terkumpul RM500, penganjur menyediakan CABUTAN BERTUAH bagi memenangi hadiah utama iaitu iPhone 6 dan banyak lagi. Setiap tempahan yang menebus hadiah di Info Kaunter WAJIB dapat hadiah dari pihak penganjur.
Caranya hanya membuat tempahan minima terkumpul RM500, Tangkap gambar resit pembayaran dan upload di Instagram anda. TAPI, anda mesti TAG INSTAGRAM @MEFAPENGANTIN dan #MEFABOOKING, seterusnya menunjukkan bukti anda sudah upload di instagram anda kepada penganjur. Melalui cara tersebut, tunjukkan di depan kaunter anda perlu dapatkan 1 tiket cabutan untuk memenangi hadiah.
Bagi penggemar fesyen busana perkahwinan, pertunjukan fesyen akan berlangsung pada 2 Mei (sabtu) dan 3 Mei (Ahad) seperti jadual yang diberikan. Pastinya anda tidak melepaskan peluang berada dipentas utama yang pastinya dihias indah oleh MEGA BRIDAL CREATION (wedding decorator Yana Samsudin). Selain itu, pada 2 Mei (Sabtu) itu juga terdapat pertandingan iaitu “Anugerah Andaman & Busana Pengantin” yang akan dianjurkan oleh Pesona Pengantin dan Yann Rifft. Pertandingan ini mencari bakat-bakat baru pereka fesyen, model dan makeup artis untuk diketengahkan.
Aktiviti lain di pentas utama juga akan diserikan oleh penyanyi yang baru meningkat naik iaitu Karl Azhar yang akan membuat persembahan pada 2 Mei (Sabtu) pukul 5.15ptg.
Hadiah Percuma Lain juga di Sediakan bersama oleh Nurul Izzah Catering melalui Lori Makanan diberi Percuma di Pintu Masuk SACC, Coklat daripada Kaygifts dan YMY Chocolicious & Crafts, Hadiah lain-lain daripada Segi Seri Group dan banyak lagi.
MEFA kali ini bekerjasama dengan portal perkahwinan terbesar iaitu www.wedding.com.my di mana segala info pameran, vendor perkahwinan boleh didapati di website tersebut dan juga majalah rasmi iaitu Majalah Inspirasi Perkahwinan.
Info mengenai Malaysia Wedding Festival (MEFA) boleh juga di dapati melalui semua ruang iaitu:
Facebook: Malaysia Wedding Festival (MEFA)
Instagram: @MEFAPENGANTIN
Twitter: @MEFAEVENT
Website: www.mefa.my
Blog: malaysiaweddingfestival.blogspot.com
Email: [email protected]
Contact: 012-3871775 @ 013-9990277
43 Comments
Pastinya event yang menarik perhatian bakal pengantin pengusaha butik kecantikan dan seangkatan dengannya. Kalaulah saya juga terlibat dalam event macam ni… macam manalah ropanya ya… 😛
Curahan rasa yangbaik @ ..Ujian sebesar kapal
Tak pernah lagi pergi ke Malaysia Wedding Festival macam ni… Masa kahwin dulu pun buat simple jer… Cari mak anda orang kampung…. Biasa-biasa je, yang penting majlis perkahwinan berjalan dengan lancar….
Curahan rasa Anuar @ ..Dah nasib saya, dapat Bahagian Akhir kali ni…
Tahniah di ats penganjuran MEFA. Program seumpama ini sudah tentu akan memudahkan para pengantin dalam membuat persiapan dan pilihan. Paling menarik hadiah yang WAJIB diterima. Insya-Allah semuanya berjalan dengan lancar.
Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Ada apa dengan hati?
Ani pasti ramai bakal pengantin turun untuk dapatkan harga terbaik untuk persiapan perkahwinan. pasti ada promosi untuk bakal pengantin 🙂
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Wow! Kurus Turun 20kg Selepas Bersalin.
Lumayan sekali cabutan bertuah nya i Phone 6 , pasti hadiah utama ini dapat menarik perhatian pengunjung untuk terus menunggu sehingga saat akhir
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan Dan Rahsia Membeli Barangan Dari China
Waktu yang sesuai untuk orang ramai pergi – waktu cuti umum yang panjang…. kena rancang perjalanan untuk memudahkan cari tempat letak kereta nanti….
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Anda pasti kenyang gila setiap kali makan di RESTORAN MURNI SS2 PETALING JAYA
ini masa yang sesuai untuk bakal pengantin bertandang melihat festival ini bagi menyelidik harga pakej perkahwinan yang ada.
boleh rancang kahwin dari sekarang.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Kerjaya Pembantu Tadbir Kewangan W17
biasanya harga memang berbaloi la dorang bagi kan..
tiba-tiba rasa nak naik pelamin lagi..hehehee
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Aktiviti Menarik Blogger Day Out 2015
seronok tengok pameran untuk perkahwinan ni, pakej yang ditawarkan pon boleh tahan jimat kalau pandai pilih vendor/butik pengantin
Curahan rasa sha salleh @ ..Anemia Semasa Hamil Meningkatkan Risiko Anak Pramatang dan Meninggal Dunia Selepas Dilahirkan
wah spesial buat para calon pengantin nih, sayang saya gak bisa berkunjung
Curahan rasa farid @ ..HUMAN-CHRISTINA PERRI
bagus festival macam nih. sekurang-kurangnya boleh memberi idea kepada bakal pengantin.
Assalamualaikum.
Salah satu platform yang sangat memudahkan bakal pengantin.
Teringat dengan kawan saya yang akan kahwin tahun depan, padahal usia kami baru 20 tahun. 😀
Curahan rasa Farid Majid @ ..Tip-tip Menuntut Ilmu di Universiti (Bahagian 1)
memang rambang mata kalau pegi Wedding Festival nie! Semua rasa nak!hehehehe
Curahan rasa yatie @ ..Suplemen Untuk Ibu Hamil Kekal Cergas Dan Bertenaga!
saya teringin sangat nak pergi.. tapi itulah kahwinnya lambat lagi.. mungkin boleh pi cari ilham dulu dgn tgk pakej2 dan sebagainya. Btw, MEFA ni, mmg terbaik. bakal pengantin tak perlu lagi ke banyak2 kedai nak cari pakej. datang sini seharian, cari je pakej yg terbaik..
Curahan rasa Fisha Hasan @ ..Tips Sarapan Mudah Untuk Kekal Langsing Sehingga Hari Raya Nanti
lama dah tak pegi pameran pengantin camni ..hehe..pergi saja saja tengok takpe kan..
Curahan rasa JMR @ ..Bayar RM5 untuk 2 hidangan Quarter Peri-peri Chicken Nando’s
Comments are closed.