Malaysia Tanah Tumpah Darah Kami

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setelah mengembara ceruk rantau merata dunia antaranya kembara Eropah, kembara New Zealand, kembara Palestin dan kembara Turki aku sangat bersyukur dipilih oleh ALLAH untuk dilahirkan di Tanah Tumpah Darahku, MALAYSIA yang terlalu banyak tempat menarik.

Hari Malaysia

Di tanah bertuah inilah aku dilahirkan di sebuah rumah usang di dalam kebun getah di kampung yang jauh pendalaman tanpa kemudahan asas, mandi air perigi, berlampukan pelita minyak tanah dan masak dapur kayu api. Hari ini segalanya sudah berubah kampung tersebut dilengkapi dengan berbagai kemudahan asas cuma semakin sepi kerana anak-anak kampung ramai yang berhijrah ke bandar mengejar rezeki.

Di tanah tercinta inilah aku menuntut ilmu berjalan kaki di jalan tanah merah berdebu menuju ke sekolah rendah yang jaraknya empat batu dari rumah. Alhamdulillah dengan kuota anak kampung pendalaman aku berjaya melanjutkan pelajaran sekolah menengah di sebuah sekolah berasrama penuh meninggalkan keluarga buat pertama kali. Menjadi seorang murid yang sederhana pandai aku terpilih untuk melanjutkan pelajaran keluar negara tetapi memilih untuk belajar di universiti tempatan. Menjadi kumpulan pelajar pertama yang tidak mendapat biasiswa yang ditukar kepada pinjaman tetapi alhamdulillah berkat usaha dapat juga diskaun bayaran balik pinjaman sebanyak 75%.

Di tanah penuh berkat inilah aku mencari rezeki setelah tamat pengajian dengan memulakan pekerjaan sebagai pembantu penyelidik di universiti tempat aku belajar. Mungkin bukan rezeki aku disitu akhirnya aku terpaksa berhijrah penjadi eksekutif pemasaran di sebuah syarikat Ali Baba. Walaupun hanya setahun bekerja tetapi di syarikat ini aku diberi peluang untuk keluar negara buat kali pertama iaitu bercuti di Pulau Phuket. Demi untuk berbakti kepada masyarakat aku berhijrah bekerja ke Jabatan Kerajaan selama enam tahun sebelum berhijrah ke Badan Berkanun selama tiga tahun. Dunia pekerjaan terakhir aku adalah bekerja dengan syarikat konglomerat yang terkenal merata dunia selama lebih kurang tiga tahun. Segala ilmu dan pengalaman gerih perih selama aku berkerja lebih 14 tahun aku gunakan untuk berniaga sendiri. Rupanya berniaga sendiri indah khabar dari rupa, lebih teruk dari aku sangkakan terpaksa kerja siang malam untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Dulu semasa bekerja paling malas bekerja cukup bulan pasti anda gaji yang masuk ke dalam akaun.

Malaysia negara tercinta

Di sinilah lahirnya sebuah cinta apabila aku berkahwin dengan isteri pada usia 25 tahun setelah gagal dengan beberapa cinta monyet. Kami melalui berbagai pengalaman susah susah susah senang hidup bersuami isteri sehingga lahir enam orang cahaya mata dengan seorang telah dijemput ALLAH lebih awal. Bertahun-tahun isteri dan anak ditinggalkan di rumah kekadang berjumpa beberapa jam sahaja sehari itupun di kala malam waktu tidur, tanpa ada hari minggu seperti keluarga yang lain demi mencari kesenangan. Pernah juga akau merantau di negara orang meninggalkan keluarga bertahun-tahun demi mengejar cita-cita untuk menjadi insan berjaya. Tetapi itu semua sudah menjadi sebuah kenangan dan pengalaman yang terlalu mahal nialinya.

Tiada apa yang nak aku banggakan dengan prestasi kehidupan setakat ini selagi belum dapat membalas jasa kepada Tanah Tumpah Darahku yang telah banyak berjasa memberi berbagai peluang kehidupan kerana semua itu belum pasti ada di negara-negara yang lain. Semuga aku, keluarga, anak, cucu, cicit dan keturunan aku sehingga hari kiamat bakal menjadi manusia yang sentiasa berbakti bukan sahaja kepada Tanah Tumpah Darah kami, Malaysia malahan memberi manafaat kepada seluruh alam.

Pernah dulu ku fikirkan, Tanpa Malaysia tak mengapa, Bila aku pergi jauh baru ku rasakan, Sunyinya di hati, Baru kini ku tahu, Nilai cintamu … Malaysia.

Luahkan perasaan anda untuk bumi bertuah … Malaysia Tanah Tumpah Darah Kita …. wangian yang hilang di Timur jauh.


Spread the love

620 Comments

  1. Negara luar sedang memerhati negara kita.Jjika kita lalai, sudah pasti ada negara luar yang akan cuba melakukan propaganda agar ada sesuatu yang memungkinkan mereka untuk menjadikan negara kita tidak mengikut peraturan antarabangsa. Lihat saja padi isu palestin. Israel menuduh negara kita melatih bridget Al-Qassam dalam soal perperangan.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di FacebookMy Profile

    1. Kemajuan yang dikatakan maybe tak seiring dengan pendapatan isi rumah rakyat malaysia..negara maju tapi beban hutang negara semakin bertambah..yang semakin susah adalah rakyat..

    1. Banyak perkara juga yang saya belum kenal tentag negara sendiri. Dulu masa sekolah subjek sejarah paling teruk result saya. Bila dah tua sekarang baru ingat tentang negara… hehe… itu pun bila terkial-kial nak cerita pasal negara pada anak… memang malu kan… em… my mistake!
      Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Cabaran Kedua Iphone 5sMy Profile

  2. Malaysia adalah sebuah negara yang aman, Allah jarang turunkan bala bencana kerana kalau kita lihat sendiri bagaimana Malaysia tidak berada di dalam kawasan lingkaran gunung berapi. Namun datang pula bencana lain seperti kes Lahad Datu, MH370, MH17 dan sebagainya. Semoga Allah selamatkan kita semua. Amin…
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak TahuMy Profile

  3. Saya juga gembira kerana dilahirkan di sebuah negara yang mempunyai cabaran pemikiran dan ideaologi, berbanding cabaran fizikal dan peperangan di Palestine. Nampaknya aku belum mampu untuk terjun ke medan perang. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan rohani, fizikal, ideologi dan pemikiran dalam mendepani cabaran sepanjang masa yang sentiasa hadir di bumi alaysia tercinta ini
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak TahuMy Profile

    1. kadang kala cabaran pemikiran dan ideologi membataskan persaudaraan kita. Walaupun aman makmur disulami dengan kepesatan negara kita yang membangun menuju ke status negara maju, namun dek kepolosan rohani yang rendah membuatkan antar kita bercanggah ideologi lebih-lebih lagi dengan racun sosial yang memudaratkan para remaja ke lembah kehancuran…
      Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Cabaran Kedua Iphone 5sMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!